PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA

 

PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA

Perkongsian AlongMurni (AM) kali ini ingin memfokuskan kepada pejuangan AINAA BEAUTY dalam melahirkan usahawan yang kuat dari segi mental, fizikal dan lebih berfikiran strategik dalam perniagaan. Setelah telah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, Ainaa Beauty berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya dengan dibantu 10 syarikat usahawan mereka.

 

‘MALAYSIA BARU, PELUANG PERNIAGAAN BARU’

Encik Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad atau lebih dikenali dengan nama Hafiz Mahamad di Media Sosial sebagai Influencer yang banyak memberi inspirasi kepada anak muda telah membuka ruang mentaliti usahawan untuk lebih bergerak dinamik dan maju ke hadapan. Dengan tema perjuangan AINAA BEAUTY ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’, Hafiz berharap dapat menghidupkan mentaliti internal usahawan dalam menerokai skill pembangunan perniagaan serta mengikuti perkembangan arus semasa.

 

“Sepatutnya mereka (peniaga baharu) ini perlu mula berniaga di fasa modal yang rendah dulu, ikut kemampuan mereka dulu. Barulah, belajar tentang pengurusan dan flow dalam bisnes. Bermula dari kecil kepada besar, bukan kita masuk ambil stok besar, tapi tak boleh jual kemudian terbiar begitu saja.


PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA
Hafiz Mahamad 


Tambah Hafiz atau Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad, mana-mana peniaga yang bernaung di bawah produk mereka, insya-Allah tidak menghadapi masalah sebegitu kerana AINAA BEAUTY sudah ada pengalaman dalam membentuk usahawan dan menjaga pelanggan.

 

“Alhamdulillah, oraganisasi kita mempunyai satu sistem dan pengurusan yang stabil. Bila ada sistem dan pengurusan stabil, kita ada kebolehan untuk membina orang yang mahu berniaga dengan kami. Bukan sekadar janji manis di mulut atau sekadar menayangkan benda-benda mewah kepada mereka.

 

Berpegang pada moto AINAA BEAUTY iaitu Kejayaan Demi Kebahagian ini banyak memberi impak positif kepada usahawan kerana kejayaan yang dicapai di Ainaa Beauty ini turut dikongsi bersama keluarga tersayang di rumah. Keluargalah yang menjadi kunci utama kepada kegigihan dan komited dalam menjalankan setiap perjuangan dalam perniagaan.

 

AINAA CLINIC

Pada 2022, AINAA BEAUTY menjadi salah satu dari jenama produk tempatan yang memiliki klinik estetik dan klinik perubatan swasta sendiri yang dikenali sebagai Ainaa Clinic. KLINIK AINAA Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai AINAA CLINIC merupakan Klinik Perubatan Swasta dan Klinik Estetik. 


PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA


Setelah hampir 5 tahun mengusahakan AINAA BEAUTY, AINAA Empire Sdn Bhd melebarkan sayap dan empayarnya dalam bidang estetik pada tahun 2022, dengan penubuhan AINAA CLINIC yang dibantu oleh dua orang doktor yang bertauliah dalam bidang estetik dan 3 orang pakar kecantikan yang terlatih. 

 

SYARIKAT USAHAWAN MUDA: PUAN SHIDA


PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA


AM berkesempatan untuk berbual mesra dan berkongsi perjuangan Puan Shida bersama dengan AINAA BEAUTY. Puan Shida merupakan salah seoarang daripada 10 yang telah berjaya membentuk syarikat dalam AINAA BEAUTY. Puan Rasidah Binti Edris yang berumur 31 tahun dan merupakan anak kelahiran Melaka ini telah menyertai AINAA BEAUTY sejak dari 2018 lagi. Puan Shida yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di Uitm Shah Alam ini juga merupakan Isteri dan Ibu kepada 2 orang anak.


PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA
Usahawan Ainaa Beauty : Puan Shida

Bermula dengan modal serendah RM200, Puan Shida yang meminati bisnes malahan juga menjadi pengguna setia produk penjagaan wajah telah mampu menjana pendapatan sendiri. Apatah lagi dengan sokongan daripada pengasas AINAA BEAUTY, Usahawan AINAA BEAUTY ini telah didedahkan dengan sistem pengurusan yang betul serta sistematik. Begitu juga dengan kepimpinan organisasi turut dikongsikan. Kini, kewangan beliau tambah kukuh di samping dapat menguruskan perbelanjaan harian, perbelanjaan ubat-ubatan anak dan persekolahan mereka. Malahan Puan Shida kini telah membentuk Shidasquad dibantu 30 orang usahawan lain di bawah bantuan dan bimbingan Pn Shida.

 

Puan Shida sempat juga berkongsi cerita detik bersama AINAA BEAUTY. Ketika Puan Shida hendak bersalin, beliau sempat lagi berbalas mesej dengan pelanggan yang berminat dan ingin menggunakan produk Ainaa Beauty. Beliau merasa seronok bila mendapat maklumbalas positif dari pelanggan sehingga lupa detik-detik melahirkan anak.


Puan Shida merasakan sejak menyertai AINAA BEAUTY selama 6 tahun ini, ekonomi bertambah kukuh dan dapat membantu ekonomi suami. Malahan tahap keyakinan semakin bertambah dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri. Malahan Suami Pn Shida turut menjadi ‘Support System’ dalam membantu menguruskan anak-anak ketika beliau sibuk dengan urusan bersama AINAA BEAUTY.


PERJUANGAN AINAA BEAUTY UBAH MENTALITI USAHAWAN MUDA
Puan Shida bersama Nursyafiqah Aina (Pengasas Ainaa Beauty)


KATA ALONGMURNI

Secara peribadi, sebagai seorang ketua HAFIZ MAHAMAD BERSAMA DENGAN ISTERI IAITU NURSYAFIQAH AINA ABDUL WAHAB YANG JUGA MERUPAKAN PENGASAS AINAA BEAUTY telah berjaya menjadi Role Model kepada para usahawan muda ini sehingga mampu berjaya dan berdikari sehingga ke tahap yang tinggi. Beliau telah berjaya menjadi contoh seorang ketua yang berkredibiliti tinggi, sentiasa menyokong dan mendengar pandangan setiap usahawan di bawah Ainaa Beauty. Para usahawan Ainaa Beauty diberi bimbingan dan tunjuk ajar dari ‘zero to hero’ sehingga berjaya mengubah mentaliti usahawan kerana perniagaan bukan sekadar memfokuskan kepada hasil jualan semata-mata. Tahniah buat team Usahawan yang berjaya membentuk 10 syarikat untuk bergerak lebih dinamik ke hadapan. 





Post a Comment

6 Comments

  1. Wowww best sangat kita suka positive vibes both of them memang inspired! Teringin nak guna produk dorang

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing the positive vibes and inspiration here for the new year 2023. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Banyak baca pasal Ainaa beauty. Memang selalu terinspirasi dengan dua usahawan muda ni😊

    ReplyDelete
  4. prog spt ini dapat membantu lbh ramai usahawan ainaa agar dapat melangkah lbh jauh dan sukses

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing this beautiful and inspiring story. i have learned so much from them!

    ReplyDelete
  6. Thanks perkongsian

    ReplyDelete