Semestinya rambut dianggap sebagai mahkota wanita dan penjagaan rambut adalah sangat penting terutamanya bagi AlongMurni (AM) yang berhijab apabila keluar dari rumah. Secara peribadi, AM amat mementingkan penjagaan rapi bagi rambut agar rambut tidak mudah rosak dan bermasalah.
Sebenarnya bagi wanita berhijab,
rambut amat cenderung untuk berada dalam kondisi berminyak dan lembap.
Menggunakan syampu khusus untuk kulit kepala sensitif akan dapat mengimbangkan
kondisi kulit kepala. Malahan amat penting untuk selalu memilih syampu dan
perapi yang sesuai untuk mencegah rambut dari kerosakan yang disebabkan oleh
bahan kimia. Jadi, AM ingin menyarankan satu set kelengkapan penjagaan rapi
bagi rambut yang sedang AM gunakan iaitu SET PENJAGAAN 3 IN 1 VE’ERA.
PRODUK VE’ERA KELUARAN EVLOGIA WORLDWIDE
Jenama penjagaan rambut VE'ERA
merupakan produk jenama tempatan yang diasaskan oleh Mr. Gin atau nama penuhnya
Gin Kioh Xiao Zhong bersama isterinya berikutan daparipada permintaan pelanggan
yang datang berkunjung ke Salon mereka. Mr Gin mempunyai salon di Kepala Batas
yang telah beroperasi 7 tahun. Set Penjagaan 3 in 1 Ve’era ini terdiri daripada:
- Root Revival Hair Shampoo
- Root Revival Hair Mask
- Root Revival Hair Tonic
![]() |
AM bergambar bersama Pengasas Produk Ve'Era iaitu Mr Gin Kioh Xiao Zhong |
Set Penjagaan 3 In 1 ini cuma berharga
RM 210. Memang berbaloi untuk mencuba dan WAJIB miliki untuk SEMUA wanita.
ROOT REVIVAL
HAIR SHAMPOO
Pembersih lembut dan tanpa sulfat
yang dapat membersihkan segala kotoran dan dapat menyegarkan semula akar rambut
anda hingga menambahkan penghidratan pada rambut. Pembersih lembut dan tanpa
sulfat ini dapat membersihkan segala kotoran dan dapat menyegarkan semula akar
rambut hingga menambahkan penghidratan pada rambut.
AM sangat berpuas hati selepas
menggunakan Hair Shampoo Ve’era ini. Rambut AM jadi mudah untuk diluruskan
dengan hanya menggunakan jari. Malahan rambut AM bau wangi, lembut dan
menyegarkan.
‘ROOT REVIVAL BEST SHAMPOO FOR HAIR LOSS’
Menariknya adalah Hair Shampoo Veera
ini mengandungi bahan Organic Green Tea & Chamomile Shampoo. Ianya diformulasikan
untuk mengurangkan keguguran rambut dan pertumbuhan folikel rambut baru, ia
menyuburkan rambut yang menipis dari akar hingga hujung, memulihkan kepadatan
dan daya hidup rambut. Gabungan sempurna dari Organic Chamomile & Green Tea
Extract yang memberikan aroma yang menyegarkan, dan melegakan kulit kepala yang
gatal dan mengelupas, menjadikan rambut lembut, berkilau dan kelihatan sihat.
Cara Penggunaan (Veera Shampoo for Hair Loss)
Sapukan pada rambut lembap dan
urut sehingga buih terbentuk. Untuk hasil yang optimum, diikuti gunakan Veera
Organic Green Tea & Chamomile Hair Mask kemudiannya.
ROOT REVIVAL
HAIR MASK
Pre-wash treatment yang sangat
pekat ini mengembalikan kelembapan dan kelancaran dari akar hingga ke hujung
rambut. Hair Mask Veera ini AM gunakan sebagai perapi. Semerbak bau Green Tea dan Chamomile ini selepas
AM menggunakan Hair Mask ini. Selalunya ketika AM rapikan rambut mesti akan ada
rambut yang gugur namun dengan adanya Hair mask Ve’Era ini, rambut gugur Am
mula berkurangan. Malahan rambut AM nampak lembab dan tidak mudah putus lagi.
‘Hair Mask for Damaged Hair’
Hair Mask yang berstruktur ringan
ini direka untuk memberikan kelembapan dari dalam dan melicinkan rambut dari
akar hingga hujung. Kualiti pelembap Hair Mask berasal dari Glycerin yang
berfungsi untuk melembapkan dan menyuburkan rambut anda, menjadikannya lembut
dan terhidrat. Veera Organic Green Tea Extract & Organic Chamomile Hair
Mask mengandungi Marula Oil yang membantu menyembuhkan masalah rambut seperti
kering dan tidak bermaya.
Cara Penggunaan (Directions to Use Hair Mask for
Damaged Hair)
Sapukan pada rambut lembap dan
urut sehingga buih terbentuk. Untuk hasil yang optimum, sapukan Hair Mask
selepas Veera Organic Green Tea Extract + Organic Chamomile Extract Shampoo.
ROOT REVIVAL HAIR
TONIC
AM paling suka dengan Hair Tonic
Ve’Era ini. Selain menyegarkan dan menghidupkan semula kulit kepala AM yang
sensitif. Tonik dengan organik extract dan provitamin B5 menyegarkan kering
kulit kepala dan menguatkan rambut AM. Tiada lagi rasa gatal-gatal pada kulit
kepala dan kelemumur telah tiada. AM memang sarankan untuk mencuba produk Ve’era
ini!! Memang puas hati dan terbaik.
‘Best Hair Tonic for Hair Loss’
Tonic anti-keguguran rambut yang
berkesan untuk mengekalkan kulit kepala sihat yang mendorong pertumbuhan
rambut. Ia mengandungi bahan seperti Red Clover (Trifolium Pratense (Clover)
Extract Bunga) yang bermanfaat untuk menenangkan keradangan. Veera’s Hair Tonic
diformulasikan dengan Dextran dan Acetyl Tetrapeptide-3 untuk mencegah
keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan rambut sementara Hydrolyzed Soy
Protein dan Panthenol menjaga rambut anda menyuburkan dan melembapkan.
Cara Penggunaan
Membersihkan rambut dengan Veera Shampoo diikuti dengan Veera Hair Mask.
Keringkan rambut menggunakan tuala dan kulit kepala. Semburkan Veera Hair Tonic
ke kulit kepala dan urut dengan lembut selama beberapa minit. Gayakan seperti
biasa.
Untuk membuat pembelian Produk Ve’Era
ini boleh dapatkan dari laman web VE'ERA, agen dan stokis VE'ERA. Untuk
keterangan lanjut boleh layari:- https://veeracares.com/
IG: https://www.instagram.com/veeracares_official/
FB: https://www.facebook.com/veeracares
0 Comments