AL-IKHSAN SPORTS LANCAR JENAMA “MESSI”


Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran Jenama Messi yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan Sports bertempat di Football Republic, Sunway Piramid, Petaling Jaya. Dalam majlis tersebut, Al-Ikhsan Sports telah diberikan hak jualan eksklusif untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi (Bukan Sukan) di Malaysia bermula dari Januari 2023 untuk tempoh tiga tahun.

 


Antara tetamu VIP yang turut sama hadir adalah:

  • YB Hannah Yeoh, Minister of Sports and Youth Malaysia
  • Mr Vach Pillutla, Chief Executive Officer of Al-Ikhsan Sports
  • Mr Jan Van de Berg, Chief Executive Officer of Vingino Netherlands
  • Yang Mulia Tengku Shakirinal Shah bin Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj, Tengku Panglima DiRaja Selangor
  • Datuk Santokh Singh s/o Gurdial Singh (Malaysian Football Legend)
  • En Khalid Ali (Malaysian Football Legend)
  • En Amri Yahyah (Malaysian Footballer)
  • En Norshahrul Idlan Talaha (Malaysian Footballer)

 

Al-Ikhsan Sports mempunyai hak eksklusif untuk menjual koleksi pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi termasuk kemeja-T, baju polo, seluar pendek, pakaian dalam, ‘hoodie’, dan seluar trek di Semenanjung Malaysia. Koleksi pakaian ini khususnya adalah untuk kanak-kanak berumur dari dua tahun hingga remaja. Koleksi ini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, Football Republic dan melalui laman web www.al-ikhsan.com mulai 6 Januari 2023. 

 


Dalam meraikan momen yang bersejarah ini, En Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports berkata, “Peluang untuk berganding dengan The MESSI Brand ini merupakan satu penghormatan. Semangat dan kesungguhan Messi sama ada di dalam padang atau di luar padang telah menjadi simbol bagaimana seseorang itu boleh bangkit dari kehidupan yang biasa kemudian muncul sebagai seorang pemain bola yang terulung dengan permainan yang cukup konsisten di peringkat antrabangsa. Al-Ikhsan Sports berharap produk ini akan menjadikan anak-anak lebih terinspirasi dengan ciri-ciri yang ada pada Lionel Messi seperti usaha keras, kejujuran dan nilai integriti yang tinggi”. 

 


Al-Ikhsan Sports juga mempraktikan nilai kejujuran, integriti serta usaha keras. Oleh itu gandingan ini adalah sangat sesuai. Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk ‘hoodie’ dan jaket. Hasrat Al-Ikhsan Sports adalah untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya, tambah En Vach Pilluta.  

 


Encik Jan Van Den Berg, Ketua Pegawai Eksekutif, Vingino Netherlands memiliki hak global untuk pakaian fesyen kanak-kanak berlesen Messi turut hadir pada hari pelancaran dan berkata “Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports, peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia. Al-Ikhsan Sports mempunyai bola sepak dalam DNA mereka dan saya yakin bahawa tiada peruncit sukan lain yang mampu bawa jenama MESSI ini dengan lebih baik. Kami mengharapkan kerjasama dan hubungan yang berkekalan dengan Al-Ikhsan Sports”.

 


Al-Ikhsan Sports adalah peruncit sukan pelbagai jenama #1 di Malaysia, peruncit bola sepak #1 di Asia Tenggara dan antara 10 peruncit Bola Sepak terbaik di seluruh dunia. Al-Ikhsan Sports mempunyai lebih daripada 175 kedai dikendalikan di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga mempunyai Platform E-dagang sendiri iaitu www.al-ikhsan.com.

 


Post a Comment

0 Comments