Sayang kumbang
mencari makan,
Di bawah atap tepi
halaman,
HOTEL TENERA
jadi pilihan,
Dengan tema ‘Sentuhan
Ramadan’.
 |
| AlongMurni (AM) di Hotel Tenera, Bangi |
Untuk edisi BUFFET RAMADHAN
2023, AlongMurni (AM) ingin kongsikan sajian dan menu terbaik yang terdapat
di Hotel Tenera, Bangi. HOTEL TENERA sekali lagi bakal memenuhi
selera masyarakat Malaysia apabila menyediakan pelbagai menu untuk BUFFET
RAMADHAN 2023 bermula pada 25 Mac sehingga 19 April 2023.
Seperti biasa, menu Buffet
Ramadhan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan
untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan
harga berpatutan buat seisi keluarga. Hotel Tenera sering menjadi pilihan
pengunjung apatah lagi apabila Buffet Ramadhan kali ini bakal menyajikan
masakan kampung bertemakan 'Sentuhan Ramadan" sambil bakal dihiburkan
dengan alunan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar.
 |
| Gerai Biskut |
 |
| Ikan Bakar |
 |
| Gerai Sate |
 |
Kambing & Lidah Bakar
|
 |
| Aneka Menu Berkuah |
 |
| Makanan Laut (Bakar) |
Hidangan Warisan Melayu ini
pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan
tradisional dan sekali gus membuatkan mereka mengimbas kembali kenangan berbuka
puasa di desa. Apa yang istimewa, tahun ini Hotel Tenera berbesar hati
memperkenalkan selebriti popular Datin Alyah sebagai Wajah Buffet
Ramadhan Hotel Tenera 2023. Alyah bukan sahaja menyukai dan meminati semua
menu Buffet Ramadhan di Hotel Tenera, malah penyanyi lagu Kisah Hati ini sudi
menjadi Wajah bagi mempromosikan menu istimewa yang disajikan oleh pihak hotel.

Selain penampilan Alyah, pasti
ramai yang nak tahu keistimewaan lain kan? Antara keistimewaan yang ada sudah
tentunya apabila para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka seperti berada
di bazar-bazar Ramadhan kerana terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan
hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam
Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas,
Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun
Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai,
Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi.
 |
| Gulai Daging Tetel |
 |
| Mee Goreng |
 |
| Siput Sedut Masak Lemak |
 |
| Tempe Goreng |
 |
| Udang Kelapa Parut |
 |
| Ayam Percik |
 |
| Asam Pedas |
 |
| Sayur Kacang Botol |
Tidak lupa juga variasi makanan
di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari
Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup Celup,
Dim Sum, Best in Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam-macam
lagi.
 |
| Gerai Sup/Bakso/ Gearbox |
 |
| DimSum |
 |
| Gerai Penyet Sambal Lada |
 |
| Kari Kepala Ikan Salmon |
 |
| Nasi Ayam Buluh Betong |
 |
| Oden Celup Celup |
 |
| Gerai Pasta World |
Kelazatan Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu Padu, Sandwich
Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit dan Roti
Bakar Arang semestinya menjadi pertaruhan sajian yang sangat menarik untuk
dinikmati.
 |
| Cendol Sawit |
 |
| Roti Canai |
 |
| Roti John & Tortilla |
Aneka pilihan cucur,
keruk, kuih muih melayu, buah-buahan, ais krim, kek serta pelbagai jenis
minuman pelengkap selera seperti Air Panehh, Air Sejuk Mata Memandang, Air
Botol Legend dan Kopi Gantung Brew Omputih. Keenakkan lebih 200 menu
hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Chef yang berpengalaman, Chef
Sahisal Azrul Mat Said iaitu sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.
 |
| Jeruk |
 |
| Buah-Buahan |
 |
| Kopi Gantung Brew Omputih |
 |
| Kurma |
 |
| Aneka Kek, Kuih-muih & Aiskrim |
Sungguh 'mewah' aneka juadah
'Sentuhan Ramadan' yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat
berbaloi. Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada
harga RM 88. Tawaran istimewa ini bgermula pada Januari
lalu hingga 28 Februari 2023. Selepas tempoh tersebut, pengunjung masih
boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM118 untuk dewasa dan RM58
untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah.
Sepanjang bulan Ramadhan juga,
Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk
dengan baucar Buffet Ramadhan serta hidangan di waktu sahur. Pihak hotel turut
menyediakan kemduhan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk
menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh. Selain itu, semua
pengunjung juga diberikan parkir percuma.
Sedikit info tentang Hotel Tenera,
hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB
ini adalah berkonsepkan 'mesra muslim'. Antara yang menarik hotel ini mempunyai
500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan
seramai 1000 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang
dikhususkan untuk muslimah.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat
lanjut berkaitan promosi Buffet Ramadhan Tenera 2023 bertemakan ‘Sentuhan
Ramadan’ boleh rujuk dan hubungi :
Laman Web : http://www.hoteltenera.com/
Telefon :
03-89299600
WhatsApp: https://wa.me/60192658796 | https://wa.me/60193592796
Instagram : https://www.instagram.com/hoteltenerabangi
Facebook : https://www.facebook.com/hoteltenerabangi
1 Comments
Meriahnya menu sesedap
ReplyDelete