Burung Merpati
hinggap di dahan,
Bunga Selasih di
dalam taman,
UTM Hotel &
Residence jadi pilihan,
Dengan tema ‘Sajian
Warisan’
 |
| AlongMurni mencuba menu sajian di The Sage at Sixth Restaurant |
Untuk Preview Ramadan 2023, AlongMurni (AM) berpeluang mencuba menu sajian di UTM Hotel & Residence yang bertempat di The Sage at Sixth Restaurant, Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Edisi Ramadhan 2023 kali ini, UTM
Hotel & Residence menyediakan juadah tradisi warisan kebangsaan yang
berkonsepkan “Sajian Warisan”. Konsep dan juadah Sajian Warisan ini adalah
kolaborasi eksklusif antara UTM Hotel & Residence dan Jabatan Warisan
Negara, agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) 'Sajian
Warisan' di UTM Hotel & Residence adalah nukilan ilham dari warisan
masyarakat Malaysia dan telah diangkat dan diperakui sebagai Warisan Kebangsan.
PERIHAL UTM HOLDINGS SDN BHD
UTMH ialah sebuah syarikat milik
penuh UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA dan perniagaan terasnya ialah pembangunan
hartanah, pengurusan projek dan pengurusan kemudahan. UTMH menjana pendapatan
dan menambah nilai aset dan hartanah Universiti melalui pelaburan yang kukuh,
penyelesaian inovatif dan perkongsian pintar yang menjana pendapatan tinggi dan
pulangan pelaburan.
UTM Hotel & Residence adalah
jenama hospitaliti dibawah kendalian UTM Holdings Sdn Bhd, menguruskan 500 unit
bilik hotel yang dilengkapi dengan kemudahan moden dan meliputi pelbagai
perkhidmatan seperti Restoran, Kolam Renang, Gym. Hotel yang terletak 5KM dari
KLCC ini mempunya kemudahan WiFI internet berkelajuan tinggi bagi memenuhi
keperluan pelanggan. Hotel ini juga terdapat Restoran The Sage @ Sixth yang
mengenengahkan sajian antarabangsa dan tempatan.
BUFFET RAMADHAN 2023 : UTM HOTEL & RESIDENCE
Sehingga 2018, sebanyak 213
sajian dari seluruh negara telah diangkat sebagai warisan kebangsaan. Dengan
pengalaman tenaga kerja lebih 20 tahun dalam industry kulinari, Chef di UTM
Hotel & Residence akan menyediakan 120 jenis sajian warisan di buffet Ramadan
yang bermula pada 24 Mac 2023 sehingga 8 April 2023.
Antara sajian istimewa yang akan
disajikan seperti Rusuk Kambing Bakar Jintan, Pindang Tumis Ikan, Sambal Udang
Petai, Sambal Neraka, Sup Nelayan, Opor Ayam, Kupang Daun Kari, Sotong Bunga
Kantan, Gulai Daging Batang Pisang, Masak Lemak Daun Kayu, Gulai Siam dan
pelbagai juadah lagi. Bukan itu sahaja, menu kesukaan rakyat Malaysia turut
disediakan khas antaranya mee kari putih, mee kuah, laksa kedah, bihun sup dan
laksa lemak.
 |
| Asam Pedas Ikan Tongkol |
 |
| Bubur Lambuk |
 |
| Kerabu Ikan Terengganu |
 |
| Daging Kerutuk |
 |
| Kupang masak Berlada |
 |
| Masak lemak Daun Kayu |
 |
| Moi Nasi |
 |
| Nasi Minyak |
 |
| Rusuk Kambing Bakar Jintan |
 |
| Sambal Neraka |
 |
| Sup Ayam Berempah |
 |
| Aneka jenis Kerabu |
 |
| Ayam Percik |
 |
| Ayam Gajus |
 |
| Opor Ayam |
Air Minuman Sejuk
Sehalus tradisi dan warisan
negara, sebagai pencuci mulut, UTM Hotel & Residence menyediakan Pengat
Pisang, Sira Labu, Bubur Cha Cha, Cememek, Kuih Nagasari, Puteri Mandi dan
pelbagai pemanis mulut warisan kebangsaan.
Pengunjung boleh dapatkan pakej
buffet ‘Sajian Warisan’ di UTM Hotel & Residence Kuala Lumpur dengan harga
promosi serendah RM60++ bagi untuk seorang dewasa, RM50++ bagi warga emas dan
RM38++ bagi kanak-kanak berumur 6 hingga 7 tahun. Pembelian harga promosi ini
hanya sah sehingga 23 Mac 2023.
Bagi pembelian selepas 23 Mac
2023, pengunjung masih boleh mendapat harga yang berbaloi iaitu dengan kadar RM
98++ untuk dewasa. RM68++ untuk warga emas dan RM38++ untuk kanak-kanak.
Bagi belian atas talian, boleh
lawati https://ramadhan.residensiutmkl.com/
Untuk pertanyaan maklumat lanjut, boleh hubungi
UTM Hotel & Residence di talian +6019 – 223 4821 atau boleh berhubung terus
dengan pegawai pemasaran di talian +6012 – 969 0171.
0 Comments