CHEONGDAM JAYA MAKANAN KOREA HIDANGKAN SAJIAN 'BBQ UNLIMITED SET'


CHEONGDAM JAYA MAKANAN KOREA HIDANGKAN SAJIAN 'BBQ UNLIMITED SET'
 

Mesti ramai yang sangat meminati Drama Bersiri Korea perasan setiap kali episod mesti ada sahaja ruang dan detik-detik yang kita dalam lihat para pelakon menikmati makanan dan sajian. Sampai terliur AlongMurni (AM) dibuatnya bila melihat betapa berseleranya mereka menikmati setiap sajian.

 

RESTORAN CHEONGDAM JAYA

Untuk kali ini, AM ingin kongsikan satu Restoran Makanan Korea iaitu Restoran CheongDam Jaya yang terletak IOI City Mall, Putrajaya. Restoran CheongDam Jaya ini menyajikan pelbagai hidangan istimewa dan menarik Korea. AM telah singgah di Restoran CheongDam Jaya sebanyak 3 kali untuk menjamu selera.

 

Waktu pertama kali mencuba menu di sini, AM sukakan suasana persekitaran yang santai dan ada ciri elemen dalam setiap ruangan restoran. Malahan pekerja di sana juga ramah dan mesra. 


CHEONGDAM JAYA MAKANAN KOREA HIDANGKAN SAJIAN 'BBQ UNLIMITED SET'

Sebenarnya, Restoran CheongDam Jaya ini telah beroperasi sejak 2017. Setiap sajian dan bahan makanan yang digunakan di sini adalah Halal dan disahkan oleh JAKIM. Selama 5 tahun beroperasi, restoran ini masih kekal dengan konsep mengamalkan Muslim Friendly. Jadi tidak hairanlah, restoran ini sentiasa penuh dengan kehadiran daripada pelbagai bangsa terutamanya Melayu untuk mencuba menu sajian masakan Korea.



 

MENU ISTIMEWA JADI PILIHAN

BBQ UNLIMITED SET




Di dalam sajian set ini, terdapat 8 jenis daging, 6 jenis Side Dish dan disertakan dengan Nasi Putih, Kimchi Stew dan Salad Coral. Menariknya adalah pengunjung yang memilih set ini, boleh REFILL semua pilihan daging seberapa banyak yang diperlukan. Antara 8 daging yang menjadi sajian utama bagi BBQ Unlimited Set ini adalah:

  • Sweet Ribeye
  • Spicy bulgogi
  • Seoul bulgogi
  • Beef brisket
  • Lamb leg
  • Duck breast
  • Chicken spicy
  • Chicken non-spicy

 

CHEONGDAM JAYA MAKANAN KOREA HIDANGKAN SAJIAN 'BBQ UNLIMITED SET'
Seronok AM : sambil menggril ngap terus masuk mulut.

Rasa dagingnya sangat segar, lembut dan cair di dalam mulut. Memang sedap dan enak. Malahan daging yang diperap bersama juga tidak kurangnya. AM siap 3 kali order minta tambah Duck Breast, Lamb Leg, Beef Brisket dan Sweet Ribeye tau!! 


CHEONGDAM JAYA MAKANAN KOREA HIDANGKAN SAJIAN 'BBQ UNLIMITED SET'
AM menikmati Stew Kimchi

AM sukakan rasa Stew Kimchi kat sini sebab rasanya enak. AM memang hirup Stew Kimchi ini sebelum menjamah daging yang AM grill. Rasanya padu yang amatt!!


Dessert Bingsu memang padu. Cukup order 1 boleh kongsi berdua. Semua flavor sedap untuk dicuba


Nak menjamu selera di CheongDam Jaya?? Jangan lupa dapatkan diskaun 5% dengan ‘mention’ promo code 'Raccoon' ni ya!


Harga 90 Minit:

Weekday ( Lunch 10am-4pm)
Adult : RM65+
Student : RM55+
Child : RM30+

Weekday ( Dinner 4-10pm )
Adult : RM75+
Student : RM65+
Child : RM35+

————————————————-

Harga 120 Minit:

Weekday ( Lunch 10am-4pm)
Adult : RM75+
Student : RM65+
Child : RM35+

Weekday ( Dinner 4-10pm )
Adult : RM85+
Student : RM75+
Child : RM35+

📍Cheong-Dam Jaya
LG-79C, IOI City Mall, Putrajaya.

#KoreanBuffet #KoreanFood #KoreanBBQ #UnlimitedRefill #CheongdamJaya




KATA ALONGMURNI

AM sangat berpuas hati dengan rasa daging yang empuk, premium dan berkualiti tinggi. AM sangat menyarankan untuk mencuba menu-menu di sini yang pastinya sangat berbaloi untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan. 

 

Post a Comment

0 Comments