Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk turut sama hadir memeriahkan Festival KAMYA yang telah diadakan
bermula 10-12 Februari 2023 bertempat di parkir A & B Stadium Nasional
Bukit Jalil. AM berkesempatan untuk berbual mesra bersama dengan Puan Erna. Erna Elliyana binti Rosli,
lahir pada 10 Ogos 1988 adalah merupakan pengasas Kamya, produk kecantikan dan
kesihatan. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 1988 sebagai seorang
pelakon dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu masih berusia 6 tahun.
PRODUK KECANTIKAN KAMYA – ‘CANTIK
ITU KAMU’
KAMYA merupakan jenama di bawah
naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital
(M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana
sejak 2020. Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah
dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau
suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik.
Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia. Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi yang mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara.
Dasar kualiti standart Kamya adalah untuk menyediakan suplemen
pemakanan berkualiti tinggi dengan menggabungkan inovasi termaju ke dalam
penciptaan setiap produk menjadikannya berkesan, berdaya saing dan berfaedah
dari segi sosial. Agar estetika dan kesejahteraan peribadi berjalan seiring,
Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai
keseimbangan ideal antara kedua-duanya.
FESTIVAL KAMYA
Jenama produk kecantikan dan
kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat
dengan penganjuran FESTIVAL KAMYA (KAMYA FEST). Berlandaskan objektif
berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk
maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang
terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Inisiatif ini didorong oleh
Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti
serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur
Bersama. Kamya Fest merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk
makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta
gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga. Menurut Puan Erna Elliyana, dia sangat
teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.
![]() |
| Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA |
![]() |
| Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA |
![]() |
| Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA |
“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan. Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festivalseperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih seramai 50,000 sehingga 70,000 pengunjung dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti keluaran Kamya yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.
Puan Erna berkata demikian ketika
majlis pelancaran Kamya Fest, seiring dengan pelancaran produk terkini Kamya
iaitu sabun kecantikan Kamya Soap, di sini petang tadi. Majlis pelancaran telah
disempurnakan oleh Puan Erna sendiri bersama-sama barisan selebriti popular
antaranya Shuib Sepahtu, Datin Alyah, Kak V, Eja, Ayie Floor 88, Dolla, Ameer
Fourteen dan pendandan rambut terkenal Chez Hamdan.
![]() |
| Antara sajian makanan menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA |
![]() |
| Antara sajian minuman menarik yang boleh didapati di Festival KAMYA |
![]() |
| Antara Fun Games menarik |
“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. “Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.
Antara hadiah utama adalah sebuah
kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon
bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot. Bukan itu saja, Kamya Fest
akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen
bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang
dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti












0 Comments