Sambal semestinya memberi
pengaruh kepada masakan orang melayu di Malaysia. Bagi AlongMurni (AM) sendiri
suka makan sambal untuk sarapan pagi dengan nasi lemak dan kalau makan
bersama nasi putih lebih ada ‘kick’ bila ada sambal belacan. Kadang-kadang kalua
makan buah-buahan seperti manga sedap bila cicah dengan cili padi yang ditumbuk
bersama gula dan digaul bersama kicap. Memang padu kan!!
Berita baik buat Peminat Sambal!!
Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama KL Gateway
Mall akan mengadakan Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) pada 10,11 dan 12 Mac ini.
Tosfe bakal menemui pecinta pecinta sambal dengan lebih 100 jenis sambal yang
akan di pamerkan oleh usahawan usahawan sambal juga produk berasas serta
berkaitan sambal.
Selain sambal sambal Malaysia
sebagai pempamer utama , pecinta sambal juga berpeluang menikmati juga membeli
sambal sambal dari Pavillion Negara Asia seperti Indonesia, Korea, Vietnam,
Pakistan juga Thailand.
Menurut pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan, antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah “Sambal”. Sambal belacan misalnya wajib menjadi “Hero Menu” di setiap hidangan di rumah atau restoren Malaysia . “Tak boleh lari orang kata dari sambal ni kalau dah orang Malaysia, tidak kira sebagai sambal dalam masakan atau pencicah“, tambahnya .
Sehubungan itu PSWAD bersama
rakan rakan strategic mengambil inisiatif untuk mengadakan fiesta atau Pesta
sambal yang di jenamakan sebagai TOSFE. Jika di lihat sambal belacan sahaja
mempunyai pelbagai jenis dan rasa antaranya Sambal belacan tempoyak, Sambal
Belacan Kuinin, Sambal Cermai, Sambal ikan bilis petai dan macam macam lagi.
TOSFE juga adalah salah satu
platform mempromosikan sambal sebagai salah satu tarikan produk pelancongan
makanan dan juga sebagai platform memperkenalkan sambal sambal Malaysia
(terutama sambal sambal eksotik) yang jarang dijumpai kepada masyarakat
terutamanya golongan muda supaya ia tidak ditelan zaman. Sambal yang di iktiraf
sebagai Sambal Warisan oleh Jawatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama
TOSFE. Sambal tersebut adalah Sambal Tumis, Sambal Tempoyak Daun Kayu,Sambal
Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis dan juga Sambal Taun.

Antara Sambal yang boleh didapati di Pesta Citarasa Sambal
Azmi berkata antara tarikan utama
aktiviti adalah demo masakan Sambal Warisan oleh Chef Selebriti , pertandingan
makan sambal , pertandingan fesyen tradisional, cabutan bertuah, Award Menu Inovasi
Sambal, Pertandingan Sambal Tik Tok , persembahan artis dan busking. Selain
aktiviti pameran serta jualan TOSFE juga turut mengadakan bengkel bengkel
memperkasa usahawan sambal PKS seperti “Seminar penjenamaan dan media, Bengkel
Digital Media, “sharing session bersama Icon Sambal, peluang jaringan
perniagaan di dalam dan luar negara dan lain lain lagi.
Rakan rakan strategik yang bakal
bersama sama menjayakan TOSFE setakat ini adalah Sambal Mak Jenny, KL Gateway
Mall, Product Ayu Damit usahawan cili, Seniman, PGDM, Chicken Royale, My
Pentas, Benang Emas Bridal House, Sambal Mak Esah – Shahrifah Shahirah dan Wan
Det sebagai penaja Streaming. Pihak PSWAD mengalu –alukan lebih ramai pihak
pihak swasta dan agensi kerajaan untuk turut sama sama menyertai TOSFE.





0 Comments