PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA ANJURKAN ‘PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022’

 

Kehadiran teknologi digital semestinya memberi pengaruh besar dalam kehidupan seharian kita. Kebanyakannya dari kita tanpa mengira usia juga bergantung kepada teknologi digital bagi menjalankan aktiviti seharian.

 

AlongMurni (AM) juga merasakan teknologi digital memberi impak yang besar dalam dunia perniagaan. Orang yang berkecimpung dalam dunia perniagaan pastinya akan mendapat banyak faedah, salah satunya ialah peningkatan keuntungan. Ini akan dirasai oleh ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan mereka secara online. Hanya dengan bajet dan modal kuota, sudah boleh mulakan perniagaan walaupun dari rumah. Sudah tentu, ini dapat menjimatkan kos dan juga mengurangkan kos operasi.

 

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA (PGDM)

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA ANJURKAN ‘PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022’

Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang telah diluluskan pada 2018 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan objektif “KE ARAH MASYARAKAT CELIK DIGITAL DAN PENGEMBANGAN DIGITAL EKONOMI SEDUNIA” disamping tidak melupakan untuk berusaha menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada institusi anak-anak yatim, pusat-pusat Tahfiz dan golongan-golongan artis dan seni veteran yang tidak bernasib baik.  

 

Malahan sebelum ini, PGDM telah menganjurkan beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan PGDM secara berkala, tajaan, latihan dan didikan pada badan-badan kebajikan yang dipilih telah dibuat oleh PGDM di Malaysia juga di Indonesia.

 

Menurut Pengasas Pertubuhan Generasi Digital Malaysia iaitu Dato’ Seri Jamal Hussain “dijangka di dalam waktu yang terdekat kehadapan nya PGDM berharap untuk melaksanakan program-program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran event di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa”.

 

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA ANJURKAN ‘PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022’
Pengasas Pertubuhan Generasi Digital Malaysia : Dato’ Seri Jamal Hussain 

Untuk itu PGDM telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman Rakan-Rakan Strategik bersama:

 

Pengerusi Pertubuhan Generasi Digital Malaysia iaitu Datin Seri Harnie Mohamed berkata, “PGDM mahu mengadakan acara PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022 berbentuk Penganugerahan Tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam business Bersama dengan PGDM. PGDM berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan majlis PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD dan berharap akan mendapat sambutan sebagai satu acara Tahunan yang popular di dalam dan luar negara”.

 

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA ANJURKAN ‘PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022’
Pengerusi Pertubuhan Generasi Digital Malaysia : Datin Seri Harnie Mohamed 

Di samping itu dalam waktu yang sama bagi anugerah tahun 2022, PGDM bercadang ingin memberi penghargaan kepada badan-badan kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS, Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Khas kepada RTM dan TV3 yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat.

 

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA ANJURKAN ‘PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022’

Majlis yang akan diadakan pada 18 March 2023 Bertempat Di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi ini dijangka akan dihadiri oleh 700 orang tetamu dari dalam dan luar negara. PGDM juga dijangka akan menerima kehadiran tetamu kehormat di kalangan Duta-Duta asing ke Malaysia dan orang-orang kenamaan yang lain.  

 

Terdapat 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital, 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan, 2 anugerah khas dan 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM. Tetamu kehormat yang akan hadir merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan sebahagian dari anugerah tersebut akan di umumkan pada hujung bulan Februari 2023 setelah mendapat surat persetujuan rasmi dari Menteri berkenaan yang telah dijemput oleh PGDM.

 

PERTUBUHAN GENERASI DIGITAL MALAYSIA ANJURKAN ‘PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022’

Post a Comment

0 Comments