PROGRAM KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ATASI PERMASALAHAN OBESITI

 


Untuk tahun 2023, AlongMurni (AM) bertekad dan berazam ingin menurunkan berat badan. Menurunkan berat badan bukan proses mudah sebaliknya ia memerlukan kerja keras dan disiplin yang tinggi. Semakin menginjak ke umur 40, berat badan yang berlebihan ini telah membuatkan AM mulai sakit di bahagian lutut dan tumit kaki. Malahan AM juga kerap pening-pening kerana sering mengalami tekanan darah tinggi.

 

Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)



Jadi untuk mengatasi permasalahan dan menurunkan berat badan, AM telah mengikuti Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP). Program KMRP ini adalah program diet yang sangat rendah kalori. Mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari bermakna badan AM akan menarik tenaga daripada simpanan lemak dalam badan AM sendiri. Ianya amat mudah disediakan kerana KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan pada program diet kalori yang sangat rendah.

Malahan KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti. Ianya bertindak sebagai penggantian makanan untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam. KMRP ini juga disahkan Halal dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan.

 


KEBAIKAN KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS

  • Pengurusan berat badan
  • Penggantian makanan yang seimbang

 

KELEBIHAN KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS

  • Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi
  • Rendah Kalori kerana hanya 124 kalori setiap sachet. 
  • Mengandungi Vitamin & Mineral Penting - Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) mengandungi 18 vitamins dan minerals penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.
  • Sumber Serat yang Baik kerana boleh membantu memastikan AM merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan AM.
  • Rasa enak kerana KMRP dirumus dengan chocolate milk powder dan cip biskut yang lazat.

 

BAHAN-BAHAN PREMIUM 

  • Bijirin Oat
  • Oat protein
  • Konjac 
  • L-Carnitine 
  • Biji Chia 

 

DIET PROGRAM KMRP

 

AM mulakan kitsui diet program KMRP dengan hanya RM39.90 sahaja. KMRP ini AM dapatkan di Watson. Program KMRP ini tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu dan berumur 18 tahun ke atas. KMRP boleh dibeli secara Online di Shopee dan Lazada dan didapati di semua outlet Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia.

 


TAHAP PROGRAM KMRP


DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1 - Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)



DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2 - Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)



DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3 - Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)




CARA PENGUNAAN: 

1) Tambah satu paket KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS KMRP  30 Grams ke 200-250mL air sejuk atau air suam

2) Kacau atau goncang untuk melarutkan. 

3) Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa. 

4) Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera dan Produk harus di simpan tempat dingin dan kering. 

 



KATA ALONGMURNI

Setelah AM mengikuti Diet Program Level 1 iaitu mengamalkan satu sachet sehari, berat badan AM mulai turun sebanyak 2 kg dalam tempoh 3 minggu. Pada tahap ini AM hanya meminum KMRP pada waktu malam sebelum tidur. Sepanjang tempoh program ini AM merasa kuantiti makan AM telah berkurangan malahan AM mudah rasa kenyang. Namun program ini tetap membuatkan AM bertenaga dan produktif dalam melakukan aktiviti seharian. Malahan AM sudah tidak merasai sakit lutut dan tumit lagi.

 

Setelah nampak perubahan pada DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1, AM meneruskan ke DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2, iaitu AM mengamalkan 2 sachet sehari. AM menggunakan satu sachet sebelum tidur dan satu sachet pada waktu pagi dengan 2 biji epal sebagai ganti sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti harian AM.

 

Program KMRP ini nyata berkesan dan membantu AM dalam menurunkan berat dan ke arah mendapatkan berat badan yang ideal. 




 

Post a Comment

0 Comments