Rentetan daripada kesan PKP yang telah melanda Malaysia sebelum ini, AlongMurni (AM) sendiri dapat melihat dan merasai sendiri membeli belah secara dalam talian telah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Boleh dikatakan seperti trend yang semakin giat diamalkan oleh setiap golongan masyarakat.
AM berpendapat bahawa ia lebih mudah dan jimat jika membeli belah secara dalam talian kerana AM boleh mendapatkan lebih banyak diskaun dan juga promosi. Segalanya Cuma di hujung jari sahaja.
SKINDAILY - THE FIRST SKINCARE SHOPPING PLATFORM
Baru-baru ini AM diperkenalkan dengan satu laman Platform Shopping untuk barangan penjagaan diri dan kulit wajah. Semestinya ianya menarik perhatian AM kerana, penjagaan diri dan wajah menjadi keutamaan untuk tampil elegen dan menawan di samping menambahkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan umum.
AM lebih suka berbelanja secara online kerana AM boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada perkara yang AM lihat, ataupun membuat senarai barang yang perlu dibeli dan hanya membeli barang yang diperlukan tanpa gangguan dari jurujal yang boleh mengalih perhatian AM jika berbelanja di kedai atau pasaraya.

Malahan semasa AM membeli-belah dalam talian, AM tak perlu menempuh ribuan pengunjung yang datang untuk membeli belah di kedai dan pasaraya. Lebih-lebih lagi ketika cuti perayaan dan ketika hujung minggu, di mana AM harus bersesak-sesak dengan pembeli lain. Lebih menjimatkan masa dan tenaga kerana tak perlu keluar menghadap jammed dan mencari parking yang kadang-kadang mengambil masa berjam-jam.
Jadi AM mencuba membuat pembelian melalui platform skindaily.com untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan penghantaran dan kualiti produk yang terdapat di sini. Berikut adalah hasil daripada pengalaman AM sendiri membuat pembelian melalui Platform skindaily.com
100% ASLI
Melalui pembelian dalam talian di Platform skindaily.com,
AM lebih mudah untuk mencari barangan penjagaan kulit wajah dengan
ciri yang diinginkan di samping dapat membandingkan harga. Pembelian atas
talian memberi peluang kepada AM untuk memilih barangan yang perlu dan berbelanja
24 jam. Setiap kali AM klik pada produk yang AM berkenan, terdapat pelbagai
info berkaitan produk tersebut. Antaranya adalah:
- Fungsi
- Kandungan Bahan
- Size Produk
- Cara-cara Penggunaan
- Jenis Kulit yang bersesuaian
- Pensijilan
- Negara Pembuatan
Bagi AM info ini sangat penting untuk dijadikan rujukan kepada pengguna. Rasa lebih yakin dan berpuas hati untuk menggunakan produk bila terdapat kelulusan dari KKM dan Halal. Di Platform skindaily.com ini segalanya jelas tertera dan dimaklumkan dalam setiap kategori produk yang disenaraikan.
Antara produk-produk yang AM dapatkan di SkinDaily.com
adalah :
🎁 Daily Cleanser
🎁 Deodarant Cream flavor
Lavender +Jojoba
🎁 Deodarant Cream flavor
ylang ylang + orange
🎁 Calming Cream
🎁 2 pc Lip Balm

PENGHANTARAN PERCUMA
Ianya memang menarik jika terdapat penghantaran percuma. Jadi AM hanya perlu membayar harga produk sahaja. Namun Penghantaran percuma dalam Malaysia boleh didapati jika berbelanja melebihi RM 150.
PENGHANTARAN SEGERA
AM sangat terkejut dan kagum dengan proses penghantaran yang cepat dan segera. Mana tidaknya, pada malam hari, AM membuat pembelian tempahan barangan keesokkan petang AM telah mendapatkan pesanan yang telah dibuat. Pesanan dihantar secara tempatan dalam masa 24 jam bekerja. Memang pantas kan??

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN
Setiap produk yang terdapat di Platform skindaily.com tertakluk kepada ‘Money Back Guarantee’ iaitu Jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 14 hari.
PELBAGAI KATEGORI PRODUK KECANTIKAN DALAM SATU PLATFORM
Terdapat pelbagai jenis produk bermula dari hujung rambut sampai hujung kaki Jadi tak perlu nak habiskan masa ke shopping mall untuk belek satu persatu produk di Store. Sekarang duduk sahaja di depan komputer atau telefon pintar dan shopping barang yang AM perlukan dengan satu klik sahaja.

TIADA CAJ TERSEMBUNYI
Semua harga yang ditawarkan tidak mengandungi caj yang tersembunyi di mana AM hanya perlu bayar harga produk serta caj penghantaran sahaja (jika jumlah pembelian kurang dari RM150). Tunggu barang sampai ke muka pintu AM dengan selamat.
Kalau membeli-belah di website ni, antara faktor yang menarik hati pengguna adalah paparan website itu sendiri. Di skindaily.com, AM tak perlu nak pening kepala memandangkan paparan dan cara pembelian di skindaily.com sangat mudah dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Dengan hanya mendaftar sebagai pengguna di website skindaily.com, AM sudah boleh mulakan pembelian pertama AM dengan mudah serta praktikal. Sekiranya memerlukan bantuan dari pihak skindaily.com, staff khidmat pelanggan mereka sedia membantu anda tanpa perlu menunggu lama.
Jadi, jangan lupa singgah di skindaily.com bermula
1 Mac 2023 untuk yang gemarkan produk penjagaan diri dan kulit wajah yang
selamat serta berkualiti tinggi. Pandai memilih, menang memakai. Jadi jangan
lupa dapatkan produk kegemaran di skindaily.com.
Jom sertai ‘Invite & Win’ dan berpeluang memenangi RM 10,000 hadiah
bernilai dan sign up sekarang!! Untuk maklumat lanjut dan pembelian produk,
layari skindaily.com sekarang!
0 Comments