Dayung Perahu Tuju
Haluan,
Mega Berarak Indah
Berbalam,
BBQ Lamb Kemensah Jadi
Pilihan,
Rasa Power Indah Malam.

Nama Restoran BBQ Lamb KL Kemensah semestinya tidak asing lagi bagi penggemar masakan jenis Smoke & Grill. Di samping menyediakan sajian yang boleh dimakan santai di dalam sungai, rasa keenakan setiap perapan dagingnya pasti membuatkan sesiapa yang pernah datang menjamu selera di sini untuk datang ke sekian kalinya. AlongMurni (AM) juga tidak terkecuali dan AM merupakan penggemar sajian Smoke & Grill di BBQ Lamb KL Kemensah.
Untuk Edisi Ramadhan 2023, BBQ Lamb KL Kemensah juga menyajikan sajian Smoke & Grill iaitu Smoke Lamb, Smoke Duck, Smoke Chicken, Smoke Tenderloin yang menjadi pilihan di samping lebih dari 30 jenis hidangan untuk berbuka puasa. Sajian Buffet Ramadhan di BBQ Lamb KL Kemensah ini terdiri daripada masakan melayu seperti Rendang, Masak Lemak Daging Salai, Gulai Ikan, kuih muih tradisional, ulam-ulaman dan beberapa hidangan western lain.
Antara hidangan sajian utama yang menjadi pilihan AM adalah:
Kambing masak Varuval |
Rendang Daging |
Daging Masak Lada Hitam |
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi |
Gulai Ikan |
Ikan Masak 3 rasa |
Rendang Ayam |
Sotong Masak Hitam |
Sambal Terung |
Egg Tofu bersama Black Fungus |
Ayam Masak Korea |
Aneka Sambal dan Budu |
Ulam-ulaman |
Selain itu, terdapat juga sajian Western seperti Spagetti
Aglio Olio |
Spagetti Carbonara |
Terdapat juga sajian pemanis dan kuih muih tradisional serta minuman seperti ABC dan Air Minuman. Tidak lupa juga jajan seperti Sagun Kelapa, Dragon Beard Candy dan gula-gula tradisional lain. Bila lihat gula-gula ini pasti teringat kenangan zaman kanak-kanak dulu. Susah tau nak dapat jajan seperti ini.
Air Minuman Sejuk dan Panas |
Gerai ABC dan buah-buahan |
Aneka gula-gula tradisional |
Selalunya AM datang ke BBQ Lamb Kemensah ketika waktu siang hari namun pertama kali menjamu hidangan Buffet Ramadhan ketika malam memang agak unik dan mempersonakan. Suasana yang sangat berbeza kerana AM dapat berbuka puasa dalam keadaan yang nyaman. Sesekali AM dapat mendengar bunyi cengkerik dan serangga malam. Memang sangat indah dan mendamaikan.
TAWARAN
HARGA SEPANJANG RAMADHAN
Sepanjang bulan Ramadhan 23-31 Mac 2023.
(7pm-10pm)
RM68/pax.
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM45/pax
1hb -7hb April 2023.
(7pm-10pm)
RM78/pax.
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM45/pax
8-18 April 2023.
(7pm-10pm)
RM88/pax.
Kanak-kanak 6-12 tahun/warga emas RM50/pax
Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh whatapps atau call: 012-211 4100
Lokasi: BBQ Lamb
KL Kemensah, Jalan Taman Zooview,
Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Instagram : https://www.instagram.com/bbqlambklkemensah/

0 Comments