Pergi Berburu Rusa di Sempadan,
Terlajak Hingga Sampai ke Phuket,
MAHA BUFFET Jadi Pilihan,
Bertemakan “Family, Friendly Buffet’

.jpeg)
Mereka yang
sememangnya terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar &
western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA
BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga
20 April 2023 bermula 6.30pm – 9.30pm di Dewan C, MAEPS Serdang.
MAHA BUFFET: Gabungan Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong
Ia digelar
sebagai MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari
dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung,
western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih & menariknya di MAHA
BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut
menikmati menu berbuka yang lazat & menepati citarasa anak-anak.
MENU MASAKAN KAMPUNG
Dengan tagline
“Family Friendly Buffet”, MAHA BUFFET menawarkan pelbagai
aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka.
Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami &
pelbagai lagi aktiviti menarik. Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan
persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid & perkongsian dari
penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul
Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan.

Julung
kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang
akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua
muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka.
Ruang makan
yang luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada
keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain
seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA
BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk
memudahkan semua pengunjung yang datang.
Sepanjang
program food testing ini, pelbagai jenis makanan dan minuman yang AM nikmati
dan rasanya sangat memuaskan hati. Sedap, terasa seperti makan dirumah. Cukup
rasa, bahan dan yang paling penting BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan
penuh kasih sayang & teliti penyediaanya. Bab makanan ni, kebanyakan memang
cerewet tapi AM yakin di MAHA BUFFET, pasti tidak akan menyesal merasai
hidangan menu sajian bersama keluarga dan sahabat handai.
Harga yang
ditawarkan juga sangat berbaloi. Hanya RM89.90 SAHAJA untuk dewasa &
RM49.90 untuk kanak-kanak/OKU/Warga emas serta PERCUMA bagi kanak-kanak
berumur 4 tahun kebawah. Sangat berbaloi untuk nikmati:
- 200
jenis menu pelbagai
jenis
- Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
- 2 mega Kids area
- Persembahan artis nasyid terkenal
- Perkongsian penceramah terkenal tanah air
- Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya
- Parking PERCUMA
- Surau yang luas & selesa
0 Comments