Burung sekawan
hinggap di dahan,
Batang selasih di
Tanjung Dara,
The Grand Campbell
Hotel jadi pilihan,
Dengan tema ‘Hidangan
1001 Rasa’
Untuk Edisi Ramadhan 2023,
AlongMurni (AM) berkesempatan mencuba
menu sajian yang terdapat di The Grand Campbell Hotel. Buat julung kalinya,
pada tahun ini, “The Grand Campbell Hotel” yang terletak di dalam Kompleks
Campbell yang dimiliki oleh Kumpulan SHAPADU akan menyediakan Buffet Ramadhan
yang berkonsepkan “Hidangan 1001 Rasa” dengan harga RM78.00 untuk Dewasa dan
RM55.00 untuk Kanak-Kanak.
Dengan hidangan yang lebih
daripada 100 aneka juadah berbuka puasa, akan menjadikan “The Grand Campbell
Hotel” pilihan penggemar warga kota untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan
harga yang berpatutan.
Antara menu-menu menarik yang enak dan menarik disajikan di sini adalah:
 |
AlongMurni mencuba menu sajian di The Grand Campbell Hotel |
 |
Daging masak lemak cili padi |
 |
Ikan Bakar |
 |
Ayam masak hitam |
 |
Paru berlada |
 |
Sambal ikan bilis petai |
 |
Tempe goreng |
 |
Aneka jenis jeruk |
 |
Kuih Koci |
 |
Popia Sira |
 |
Gulai Udang Marsala |
 |
Dalca sayur |
 |
Kobis masak lemak |
 |
Budu dan Sambal Belacan |
 |
Bubur Kacang Hitam |
Menu sajian yang menjadi pilihan di The Grand Campbell adalah Ayam masak hitam, Sambal ikan bilis petai dan paru goreng berlada. Rasanya memang padu, enak dan menepati selera AM. Malahan bubur kacang hitam di sini benar-benar enak dan padat dengan rasa. Sampai 2 mangkuk AM makan bubur kacang hitam ini.
Apa yang menariknya, sepanjang
bulan Ramadan ini, selebriti terkenal Chef Dee atau lebih dikenali dengan watak
“Dee Jangan Ketawa” akan menghiburkan pengunjung sambil menikmati juadah
berbuka di The Grand Campbell Hotel.
 |
AlongMurni bersama Selebriti Dee 'Jangan Ketawa'
|
 |
Selebriti Chef Dee 'Jangan Ketawa' |
Selain dari menikmati juadah
berbuka puasa, pengunjung juga boleh menginap di “The Grand Campbell Hotel”
sepanjang bulan Ramadan dengan Harga Promosi dari RM150.00 semalam untuk Bilik
Superior (termasuk Sahur untuk 2 orang), sehingga RM300.00 semalam untuk Bilik
Superior (termasuk Sahur dan Buffet Ramadan untuk 2 orang).
“The Grand Campbell Hotel” juga
menyediakan Pakej Perkahwinan untuk bakal Pengantin dengan kapasiti Dewan Utama
yang boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa, semestinya menjadi pilihan
bakal-bakal Pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka.
“The Grand Campbell Hotel” juga
mempunyai 153 buah bilik iaitu Bilik Superior, Bilik Deluxe, dan Bilik
Eksekutif. Di sini juga mempunyai tiga bilik Seminar dan satu ruang majlis
tertutup yang boleh memuatkan 100 orang. Di samping itu, The Grand Campbell Hotel juga akan
memperkenalkan ruang majlis terbuka (open event space) yang boleh memuatkan
sehingga 4,000 orang di Tingkat Empat, Kompleks Campbell.
Kedudukan lokasi Hotel yang
strategik di mana ia berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kompleks
Sogo menjadikan Hotel ini tumpuan bagi semua lapisan masyarakat terutamanya
ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan.
0 Comments