Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke MAJLIS SOFT LAUNCH LAMAN WEB E-DAGANG ENRICHZ
di Bora Ombak Putrajaya. ENRICHZ yang dimiliki oleh ENRICHZ NETWORTH
SDN BHD telah merancang untuk membina laman sesawang e-dagang bagi membantu
para usahawan di Malaysia tanpa membataskan sebarang kategori pada sekitar
tahun 2020. Pandemik COVID-19 telah memberi idea untuk pasukan Enrichz membantu
masyarakat yang terkesan dari wabak yang melanda satu dunia.

SHOP, SHARE DAN SMILE merupakan slogan ENRICHZ yang memberi kelainan melalui keuntungan berganda dalam ekosistem yang kondusif. Lebih banyak membeli, lebih banyak ganjaran diperolehi. Lebih ramai dikongsi, lebih selalu tersenyum sendiri!
Platform
perniagaan dalam talian yang menggunakan konsep gabungan E-Dagang dan Rangkaian
Pemarasan (Network Marketing) ini mampu menarik ramai pengguna membeli-belah
tanpa sebarang kerisauan kerana produk-produk yang dipasarkan terpilih dan
terjamin kualitinya.
Di samping itu, ENRICHZ menyediakan ekosistem yang memberikan keuntungan secara menang-menang kepada pengguna dan pembekal vendor. ENRICHZ menawarkan penawaran khusus iaitu tentang ENRICHZ Earn yang mampu membantu meningkatkan ekonomi diri tanpa mengira latar belakang pendidikan mahupun sosio-ekonomi.

Pelancaran ENRICHZ hari
ini membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama meneroka platform
E-Dagang yang akan memberi impak positif kesan terhadap perubahan pada corak
pembelian masa kini.
PENGARAH URUSANPENGURUS PEMASARAN ENRICHZ, ENCIK FADZLI AZIZ berkata “ENRICHZ bukannya platform untuk bersaing dengan platform E-Dagang yang lain, tetapi kewujudannya adalah untukia melengkapkan ekosistem pembelian yang memberi ganjaran ingin membantu mereka menambah pendapatan sampingan dengan hanya membeli, berkongsi dan mencadangkan produk-produk di dalam platform kepada rakan-rakan menjual dan memperkenalkan kepada yang lain”.
Sejurus selepas pelancaran, ENRICHZ
bersedia menerima pelbagai penyertaan daripada pelbagai pihak yang ingin
mendaftar sebagai ENRICHZ menjadi sebahagian (PRORICHZ).
KELEBIHAN PRORICHZ
- Daftar percuma
- Tidak perlu menjual
- Tiada risiko scammer
- Tiada maintenance bulanan
- Tiada pembelian minima
- Terus boleh kongsi dengan rakan
- Pendaftaran rangkaian Autoplacement
Detail lanjut boleh jengah ke
laman sesawang ENRICHZ https://enrichz.com/


0 Comments