HIJABISTAHUB merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya.
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke acara tersebut yang telah berlangsung di JW
Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023 yang bertemakan ROYALE NIGHT
dan dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan
selebriti terkemuka dan Influencer media sosial.

Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu ‘SOULTAN’ yang membawakan koleksi Baju Melayu. Jenama SOULTAN ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, AERIL ZAFREL. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan.
Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan. Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan.
Koleksi yang ditampilkan oleh HIJABISTAHUB ini membuktikan bahawa kualiti dan karya Jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana. Dalam ucapan oleh pengarah HIJABISTAHUB juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali.
KOLEKSI PAKAIAN WANITA
| Mawar Rashid & Raf Yaakob |
Lisdawati & Fauzi Nawawi. |
| Alif Aziz & Bella Astilah |
| Amyra Rosli & Amar Baharin |
| Aeril Zafril dan Wawa Zainal |
Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan Influencer media sosial yang
tidak asing lagi iaitu, ryan Bakery & Boss James selain persembahan oleh
Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel dan Iman Troye. Kemeriahan sambutan pertunjukkan festyen
berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir.
| Gandingan mantap dari Ryan Bakery dan Boss James |
| Persembahan Anuar Zain |
| Persembahan Ernie Zakri |
| Persembahan Ernie Zakri dan Syamel |
| Persembahan Iman Troye |
Sementara itu, HIJABISTAHUB juga
mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi
mereka www.HijabistaHub.com dan butik
mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di
Plaza Angsana, Johor Bahru.
Jangan lupa untuk ikuti HIJABISTAHUB
di platform media sosial untuk segala info yang terkini.

0 Comments