Melihat kepada situasi negara
yang semakin pulih dari pandemik, tentunya selain daripada beraya sakan,
Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh trendy. Dan sudah
pasti, untuk tampil bergaya lagi ‘trendy’ pada hari raya nanti, pembeli perlu
mendapatkan barangan kelengkapan di lokasi yang tepat.
Dengan itu, TREND RAYA 2023
anjuran TODAK FUSION SDN. BHD., yang turut mendapat sokongan sepenuhnya
daripada BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN
ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BHD, TODAK BIGO AGENCY DAN KENTANG HIJAU PRODUCTION
sebagai rakan strategik ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia secara amnya ke
acara yang bakal dilangsungkan ini.
Menyifatkan TREND RAYA 2023 sebagai
sebuah hub membeli-belah, TREND RAYA bertujuan menyatukan para peniaga
dari pelbagai produk di dalam satu acara yang seakan ‘indoor-bazaar’ yang
berkonsepkan ‘trendy’.
“TREND RAYA 2023 merupakan satu acara yang menyediakan pelbagai produk berciri ‘trendy’ dengan mengumpulkan para peniaga di Malaysia di bawah satu bumbung. Pelbagai jenama terkenal, terbaru dan viral akan turut bersama dalam acara ini.
“TREND RAYA juga menyediakan beberapa acara selingan menarik seperti cabutan bertuah, persembahan artis secara langsung, pemberian hadiah menarik, promosi istimewa dari para peniaga, juga dengan penampilan beberapa ikon selebriti tempatan dan para influencer yang digemari ramai bagi menarik minat para pengunjung untuk bersama-sama memeriahkan lagi TREND RAYA 2023.
Selain daripada itu, TREND RAYA juga bakal mengadakan kelainan dengan mengadakan sebuah pertandingan E-Sukan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara ini,” ujar En Mohd Ikmal Fareeq selaku Ketua Pegawai Eksekutif, TODAK FUSION SDN BHD.
TREND RAYA 2023 akan
berlangsung pada 7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre,
Kuala Lumpur. Dengan kemasukan secara percuma, bazar ini akan berlangsung
selama tiga hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Selain menjadi hub beli-belah
paling trendy raya ini, TREND RAYA 2023 juga mempunyai misi dan matlamat
yang ingin dicapai melalui beberapa program yang diadakan bagi membantu
golongan yang memerlukan. Melalui TREND RAYA 2023 ini juga, sebuah
program usahasama amal diadakan dengan kerjasama di antara TODAK FUSION SDN.
BHD. bersama BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB FOUNDATION dalam membantu
para peniaga kecil dan sederhana melalui PROGRAM INFAQ RAMADAN.
Pihak AFIZ AYUB FOUNDATION
bersetuju menaja separuh dari harga tapak kepada peniaga yang berdaftar di
bawah AFIZ AYUB FOUNDATION dan sebagai syarat, peniaga yang ditaja
haruslah menyalurkan sebahagian hasil jualan mereka kepada golongan yang kurang
bernasib baik dan yang memerlukan khususnya kepada golongan asnaf. Disamping
itu juga, sebuah program amal bersama Yayasan PUTRA juga akan diadakan
bersempena TREND RAYA 2023 di mana pihak yayasan akan mengadakan PROGRAM
INFAQ REHAL RAMADAN disamping pihak PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) juga
akan menyediakan kaunter kutipan zakat Fitrah bagi pengunjung TREND RAYA
2023.
Di samping itu, menurut En Mohd Ikmal Fareeq, “Terima kasih juga diucapkan kepada pihak AEON (M) CO kerana sudi bersama sama kami di dalam memeriahkan lagi acara ini. Pengunjung berpeluang menebus Voucher Tunai dengan jumlah ditawarkan bernilai sehingga RM 15,000.00 di booth AEON bagi setiap pembelian RM 100 dan keatas di mana mana booth jualan di TREND RAYA 2023.”
Menariknya, pengunjung yang hadir
juga akan dapat merebut peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai
lebih dari RM 10,000.00 sepanjang acara tersebut berlangsung melalui cabutan
bertuah, pelbagai pertandingan dan aktiviti yang disediakan. Selain daripada
itu, pihak penganjur juga menyediakan hadiah misteri yang menarik buat 100
pengunjung terawal pada tiga hari acara berlangsung.
Antara barisan jenama yang akan
berada di TREND RAYA adalah Wawa Cosmetics, Elrah Exclusive, Bulan
Bintang, Simply Siti, Mutyara Beauty, Mell by Melinda Looi, Behati, SugarBomb
Worldwide, dan banyak lagi. Selain daripada itu, TREND RAYA juga akan
membawa barisan artis tanah air bagi memeriahkan lagi acara ini.
Jadi jangan lepaskan peluang
untuk sama-sama memeriahkan TREND RAYA 2023 yang bakal berlangsung pada
7, 8 dan 9 April bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.
INFORMASI ACARA
TREND RAYA 2023
TARIKH
7, 8 & 9 APRIL 2023
LOKASI
MID VALLEY EXHIBITION CENTRE
(Hall 3)
WAKTU
10 PAGI - 10 MALAM
KEMASUKAN
PERCUMA
PENGANJUR
TODAK FUSION SDN BHD
SOKONGAN
BADAN KEBAJIKAN AFIZ AYUB
FOUNDATION, SUGAR BOMB HQ, PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (MAIWP), AEON (M) CO BERHAD,
TODAK BIGO AGENCY & KENTANG HIJAU PRODUCTION
LAYARI:
Instagram: https://instagram.com/mytrendfest
Facebook: https://www.facebook.com/mytrendfest
0 Comments