Pada tahun 2019, telah
berlangsung persembahan TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN
KE GOMBAK yang dibawakan khas oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia
(PEMADAM) Selangor. Pementasan ini dibarisi oleh para pelawak terkenal tanahair
seperti Wan Raja, Bell Ngasri, Ropie, Mamak Puteh, Ali Puteh, Abu Mamu, Lanun Resdongs
dan para pelakon dari Resdongs Entertainment dan telah ditonton oleh lebih dari
1000 orang penonton.
Pementasan ini telah diarahkan
oleh Lanun Resdongs dan juga telah menampilkan penampilan khas Azharina Juara
Gegar Vaganza 3 dan juga Pengurus Artis terkenal tanahair iaitu Jojie. Lebih
manis pada malam itu adalah kehadiran Penaung PEMADAM Selangor, Yang Amat
Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor: Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin
Bin Shari bersama isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.
Kini selepas 4 tahun berlalu, Persatuan
Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu
Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn
Bhd dan Resdongs Entertainment bakal menganjurkan bahagian kedua siri
pementasan TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH: DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA.
Sekali lagi Lanun Resdongs akan
bertanggungjawab selaku Pengarah untuk teater ini Pementasan TEATER KOMEDI
SERAM ANTI DADAH : DARI CHEROK TOK KUN KE PUTRAJAYA akan digegarkan lagi
dengan penampilan khas Ratu Rock Malaysia ELLA bersama suami tercinta Kapten
Azhar dan kakak serta Pengurusnya iaitu JOJIE.
Pentas teater akan dipanaskan
lagi dengan kemunculan pemain gitar lagenda Malaysia iaitu JO BRANKO (ex-Wings).
Boleh dikatakan ini adalah penampilan pertama JO BRANKO di pentas teater
tanahair. Bakal menggamatkan lagi suasana apabila Selebriti Chef Malaysia iaitu
Chef Yang Jamil dan Khairul Nizam, pemenang musim kedua program televisyen All
Together Now Malaysia juga akan membuat penampilan istimewa pada malam tersebut
100 tiket telah pun ditempah oleh agensi agensi tertentu dan baki tiket yang
tinggal hanyalah 900 tiket sahaja lagi untuk memenuhi Auditorium Dewan Jubli
Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
.jpeg)
Tiket pementasan Teater Komedi
Seram Anti Dadah : Dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya yang berharga RM 60
(Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM 120 (VIP) boleh dibeli secara atas
talian di www.myticketempire.com bermula dari hari ini (15 Mac 2023).
Untuk sebarang pertanyaan sila
berhubung melalui aplikasi Whatsapp di 0177054996 Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM) Selangor bersama Rakan Strategik iaitu Menteri Besar
Selangor Incorporated (MBI) dan dengan kerjasama Sajian Sejati Sdn Bhd dan
Resdongs Entertainment percaya bahawa penyampaian mesej anti dadah kepada
masyarakat perlu diperluaskan lagi bukan hanya melalui medium yang telah
menjadi kebiasaan sejak dahulu tetapi mesej anti dadah ini dapat juga
disampaikan melalui medium yang lain dari kebiasaan iaitu pementasan teater.
Penampilan selebriti hebat
tanahair seperti Ella, Jojie, Imuda, Jo Branko dan artis artis yang lain juga
menunjukkan semangat yang cukup kuat dalam usaha membasmi gejala dadah yang
semakin menular hari demi hari di negara tercinta kita.
TEATER KOMEDI SERAM ANTI DADAH: DARI CHEROK TOK KUN KE
PUTRAJAYA
- Tarikh: 26 Mei 2023 (Jumaat)
- Jam 8.45 malam
- Lokasi: Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
SINOPSIS
Mengisahkan tentang Danish
Mikhael anak muda dari Cherok Tok Kun yang mendapat peluang bekerja di
Putrajaya tetapi dihalang oleh ayahnya yang hanya mahu dia bekerja di kampung.
Manakala di kampung pula ada sekumpulan anak muda iaitu rakan rakan Danish
Mikhael yang terlibat dalam gejala dadah. Tidak cukup dengan masalah dadah,
Cherok Tok Kun juga diganggu oleh entiti makhluk halus. Dapatkah Danish Mikhael
mengubah nasibnya untuk ke Putrajaya dan dalam masa yang sama membantu rakan
rakan kampung yang terlibat dalam gejala dadah serta dapatkah masalah entiti
makhluk halus diselesaikan? Jom kita saksikan pementasan Dari Cherok Tok Kun ke
Putrajaya untuk mencari jawapan kepada semua di atas.
(Cerita ini hanyalah rekaan
semata mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah
meninggal dunia. Jika terdapat persamaan penceritaan, ianya hanyalah kebetulan
sahaja)
Para Pelakon : Imuda, Abu Mamu,
Kumpulan Kiut Juara Gegarlawak musim pertama, Caca Raja Lawak, Azmir Cuit Raja
Lawak, Che Mat Raja Lawak, Lanun Resdongs dan ramai lagi bakat istimewa dari
Resdongs Entertainment Penampilan : Ella, Jojie, Jo Branko, Kapten Azhar, Chef
Yang Jamil, Khairul Nizam (Juara All Khas Together Now Malaysia musim kedua).
- Dibawakan Khas oleh: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
- Selangor Rakan Strategik : Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)
- Dengan Kerjasama: Sajian Sejati Sdn Bhd
- Rumah Produksi: Resdongs Entertainment
Pembelian Tiket : www.myticketempire.com
Harga Tiket : RM 60 (Kategori 1), RM 80 (Kategori 2) dan RM
120 (VIP)
0 Comments