Mekar sejambak
bunga gubahan,
Pasang lilin
keliling taman,
I-Dahlia Corner
jadi pilihan
Dengan tema ‘Iftar Dalam Taman’
AlongMurni berada di I'Dahlia Corner |
Menurut pemilik I'dahlia Corner, Dahliati
binti Aliruddin memberitahu restoran ini mula bertapak di Persiaran Stonor
sejak tujuh tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Menu istimewa yang terkenal
ialah Sup Tulang Meletop di awal perniagaannya, kini I'DAHLIA CORNER merupakan
satu-satunya usahawan yang masih bertapak di kawasan tersebut.
Pemilik I'dahlia Corner, Dahliati binti Aliruddin |
Dalam menyambut ketibaan bulan ramadan, I'DAHLIA CORNER tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan suasana ramadan tahun ini dengan mengadakan buffet ramadan dalam taman di I'DAHLIA CORNER dengan menyediakan aneka juadah kuih-muih dan lauk-pauk ala kampung dan moden yang boleh membawa rakyat Malaysia mengimbau suasana kampung ketika menikmatinya melalui 60 juadah ala-kampung dan moden setiap hari pada harga yang sangat berpatutan.
Antara juadah yang menanti pengunjung ialah Sup Tulang
Meletop yang sentiasa mendapat permintaan, gulai kawah, ayam percik, ikan
bakar, sambal jering, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas, rendang
minang, nasi ayam I’dahlia, nasi lemak daun pisang dan bermacam lagi hidangan
kampung yang enak.

Tidak disitu sahaja, terdapat 10
jenis pemanis mulut yang disediakan seperti pengat pisang, pengat ubi, kuih
muih melayu, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan
bermacam-macam lagi. Selain itu, pengunjung boleh memilih untuk mencuba
‘add-on’ (ala-carte) jus alpukat, jus Romantika Dahlia dan fruit cocktail.

Buat kali kedua buffet ramadan
ini dianjurkan pada tahun ini, I'DAHLIA CORNER memberi peluang bagi
mereka yang ingin berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara. Selain
dari lokasi I'DAHLIA CORNER yang strategik iaitu di dalam kawasan tiga
segi emas, keunikan buffet ramadan dalam taman di I'DAHLIA CORNER adalah
pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa
sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu. Bagi
yang ingin menunaikan ibadah di bulan ramadan, kemudahan surau turut
disediakan.

BUFFET RAMADAN DI I’DAHLIA
CORNER akan bermula dari 25hb Mac 2023 sehingga 22hb April 2023 dari
jam 6:30 petang hingga 10 malam. Buffet Ramadan dalam taman ini hanya berharga
RM69 (Dewasa), RM49 (Warga Emas) dan RM39 (Kanak-kanak 6-12 tahun).
Pengunjung juga digalakkan untuk membuat tempahan awal dan parking turut
disediakan.
Sebarang pertanyaan dan tempahan,
sila hubungi 0179913907 atau 0123526397.
0 Comments