
Nama Bob Rock Clothing (BRC) tentunya tidak asing lagi di kalangan penggemar baju plus size yang menginginkan baju plus size yang berkualiti tinggi, trendy dan sangat selesa dipakai. Secara peribadi, AlongMurni (AM) sendiri turut menyukai koleksi baju-baju yang 'PERFECT FIT' untuk rakyat Malaysia bersaiz besar yang terdapat di BRC. Malahan di Bob Rock Clothing (BRC) terdapat pakaian harian yang disesuaikan mengikut kesesuaian untuk lelaki bersaiz besar yang terdiri daripada baju pejabat, blaus, seluar dan baju melayu yang lebih pelbagai dan menarik.
Sempena Ramadhan kali ini Bob Rock Clothing (BRC) turut mengimarahkan bulan mulia ini dengan menggerakkan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Kali ini menerusi usaha sama Bob Rock Clothing (BRC) dengan PLAZA SHAH ALAM dan beberapa lagi Pertubuhan NGO yang terlibat, satu majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri dan majlis berbuka puasa bagi meraikan anak-anak yatim RUMAH JAGAAN AMAL AL-FIRDAUS berlangsung bertempat di PLAZA SHAH ALAM.

AM berasa bertuah dapat hadir ke program yang dijalankan untuk meraikan anak-anak yatim RUMAH JAGAAN AMAL AL FIRDAUS, DENAI ALAM seramai 45 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun. Tambah meriah bila AM dapat makan bersama semeja dan melayan karenah anak-anak yatim ini. AM dapat melihat perilaku anak-anak yatim ini yang sentiasa menghabiskan makanan tanpa meninggalkan sebutir beras pun di pinggan mereka. Setiap makanan dihabiskan tanpa meninggalkan sisa pun. AM belajar rasa bersyukur dan kagum melihat dedikasi dan displin yang dibentuk oleh anak-anak dibawa RUMAH JAGAAN AMAL AL-FIRDAUS ini.
Program ini bermula dengan majlis berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan seterusnya majlis penyerahan bahan keperluan dan diakhiri dengan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak dari RUMAH JAGAAN AMAL AL-FIRDAUS.
Menurut En. Syafiq Azizan, Pegawai Pembangunan Perniagaan BOB ROCK CLOTHING, program seumpama ini merupakan aktiviti rutin BRC setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya. “Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan bersempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi”.
Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program CSR Bob Rock Clothing (BRC), boleh layari laman https://www.bobrock.com.my/csr@brc

KATA ALONGMURNI
AM sangat menyokong program
dan inisiatif yang diambil oleh BOB ROCK CLOTHING (BRC) dan pihak pengurusan PLAZA SHAH ALAM bagi membantu
dan meraikan golongan-golongan yang lebih memerlukan seperti anak-anak yatim
dan golongan asnaf. Semoga lebih banyak pihak tampil untuk turut sama
melaksanakan program seumpama ini. Tahniah buat BRC atas tanggungjawab sosial
yang telah dilaksanakan. Moga BRC terus berjaya dalam perniagaan dan
menghasilkan rekaan dan keluaran yang lebih menarik dan trendy untuk golongan ‘plus
size’.

0 Comments