Dayung perahu tuju haluan,
Singgah sebentar
ke Teluk Betung,
Park Royal
Collection KL jadi pilihan,
Bertemakan ‘Selera
Juadah Kampung’
Untuk Edisi Buffet Ramadhan 2023,
AlongMurni (AM) ingin kongsikan dan mengajak rakan, keluarga dan rakan sekerja mencuba
menu dan sajian menarik bertempat di PARK ROYAL COLLECTION KUALA LUMPUR.
Hidangan yang lazat dengan jamuan yang dipilih bermula pada 24 Mac hingga 21
April 2023.
RESTORAN THYME
Bertemakan ‘SELERA JUADAH
KAMPUNG’ PARK ROYAL COLLECTION KUALA LUMPUR menjanjikan menu sajian
seperti Juadah Kampung bertempat di RESTORAN THYME ditambah dengan gerai-gerai
yang disediakan dengan dekorasi ala kampung, santapan ala fresco lengkap dengan
suasana berasap dan juga muzik ghazal untuk menghiburkan ketika berbuka puasa dan
menjamu selera.
Semestinya hidangan tradisional
seperti Kambing Golek, Nasi Kandar, Aneka Bubur, Rojak Lambung Mamak dan Gulai
Kawah menjadi tarikan utama di Park Royal Kuala Lumpur. Antara sajian hidangan Selera Juadah Kampung yang menarik adalah:
|
Rendang Ayam Kampung |
|
Rendang Daging |
|
Sambal Ayam |
|
Gulai Kambing |
|
Ikan Masak Asam Pedas |
|
Gulai Ketam |
|
Masak Lemak Telur Itik |
|
Masak Lemak Cili Padi Ayam |
|
Ketam Goreng |
|
Ikan Siakap Stim |
|
TomYum Seafood |
|
Kambing Masak Black Paper |
|
Daging Masak Black Paper |
|
Ayam Tandoori |
|
Gulai Ikan Masin |
|
Sambal Udang |
|
Nasi Beriani Ayam
|
|
Nasi Beriani Kambing
|
Terdapat juga pasembor, ulam-ulaman dan pelbagai jenis kerabu yang enak dan wajib dicuba seperti:Antara yang menu chinese-style yang lain dari yang lain boleh dicuba termasuklah Pau dan Nasi Daun Teratai (Lotus Leaf Rice) yang
merupakan sebuah hidangan Cina klasik yang terdiri daripada pulut yang
dibungkus dan dikukus dalam daun teratai. Dimsum juga tidak terkecuali menjadi
sajian menu pilihan AM.
|
Nasi Daun Teratai |
|
Lok Ching |
|
DimSum |
|
Nasi Ayam Hainan |
Malahan makanan berasaskan laut
yang segar dajn premium serta berkualiti tinggi menjadi pusat perhatian bagi
yang ingin berbuka puasa di Park Royal Kuala Lumpur. Ada sashimi dan makanan
laut yang baru dihiris seperti Salmon, Scallop dan Sushi yang enak dan segar
ditambah dengan kehadiran sajian seperti tiram, kerang dan kerang.
|
Tiram Segar |
|
Ketam |
|
Kupang dan Kepah |
|
Lobster
|
Sashimi
|
Salmon |
Sushi
Tidak terkecuali Stesen Char Kuey
Teow, murtabak dan Shell Out yang dimasak panas-panas mengikut gaya selera dan
pilihan tersendiri.
|
Gerai Aiskrim dan Jajan |
|
Burger Daging |
|
Burger Ayam |
|
Roti John Ayam |
|
Murtabak |
|
Shellout |
Menu sajian kuih-muih tradisional
yang pelbagai dan pencuci mulut yang begitu menyelerakan dan pastinya enak. Rambang mata AM tak tahu nak mula cuba yang mana satu.
TARIKH DAN
WAKTU OPERASI
24 Mac - 21 April
2023
Masa: 6.30pm -
10.30pm
HARGA BUFFET
RAMADAN 2023
Dewasa RM228.00,
Kanak-kanak RM114.00
PARKROYAL
COLLECTION KUALA LUMPUR
Jln Sultan Ismail,
Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur,
Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Contact:
03-27828493/ 8411
Website: www.panpacific.com/kualalumpur
Instagram: www.instagram.com/parkroyalcollectionkl
Facebook: www.facebook.com/PARKROYALCOLLECTIONkl
0 Comments