KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA : PENUH GAYA, BERTEKNOLOGI TINGGI DAN EKSKLUSIF

Sejak dahulu lagi, jam tangan merupakan aksesori yang begitu penting dalam menentukan ketepatan masa. Seiring dengan teknologi yang semakin meningkat, jam tangan kini telah dikemaskini dan ditambahnilai kepada Jam Tangan Pintar (Smart Watch). Peranti ini memberi impak dan kesan yang maksimum kepada kehidupan seharian kita.

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Perkongsian AlongMurni (AM) kali ini, adalah berkaitan KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA. AM memilih warna kegemaran AM iaitu warna kuning keemasan yang semestinya nampak lebih menonjol dan eksklusif di mata AM. Ada pilihan warna lain juga untuk KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA iaitu warna merah jambu dan ungu.

SMART WATCH KIESLECT

KIESLECT jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 telah memasuki 5,000 pasaran runcit di lebih 60 negara. Sehingga kini jenama KIESLECT telahpun bekerjasama dengan penyedia teknologi bebas wayar (wayarless) terkemuka bagi menerajui dunia baharu peranti dalam smart watch yang berkualiti dan juga bersama reka bentuk yang elegan dan eksklusif. Semestinya semua produk dibawah jenama Kieslect diperakui oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Selain daripada KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA, terdapat juga edisi lain seperti:

  • v  KIESLECT WATCH KS
  • v  KIESLECT WATCH KR
  • v  KIESLECT WATCH KR PRO

KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini bukan sahaja boleh dihubungkan bersama Apps Glory Fit yang boleh dimuat turun dari Google Play ataupun Apple Store, malahan boleh digayakan dalam apa jua situasi keadaan samada untuk dipakai dalam majlis rasmi, ketika bersukan atau untuk kegunaan aktiviti harian.

KEUNIKAN KIESLECT LADYCALLING WATCH LORA

FADELESS ALUMINUM CASE

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Smart Watch KIESLECT ini direka dengan Fadeless Aluminum Case yang membuatkan ianya tahan lasak dan tidak mudah calar. Ciri-ciri ini yang menjadikan Smart Watch nampak lebih eksklusif dan punyai keunikan tersendiri.

QUICK RELEASE MAGNETIC STRAP

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Dalam setiap kotak pembelian KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA terdapat Magnetic Strap dan Fashion Bling Strap yang boleh diganti mengikut kesesuaian aktiviti seharian samada ke majlis rasmi, bersukan dan ketika dalam mood santai.  

3D FULL VIEW COLORFUL DISPLAY

Kieslect Lady Calling Watch Lora

AM sangat sukakan skrin KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini yang begitu padat, besar, jelas dan lengkap dengan aksesori teknologi yang diperlukan. Satu kesempurnaan yang sangat informatif seiring dengan teknologi peranti smart watch.

CUSTOMIZABLE WATCH FACE

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Pelbagai jenis rekaan yang menarik untuk dijadikan wallpaper bagi SMART WATCH KIESLECT ini, malahan AM boleh letakkan gambar AM sebagai wallpaper yang dipilih di dalam senarai galeri di HP AM. Menarik bukan?

2-IN-1 CORE CALLING CHIP

KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini mempunyai built-in speaker dan microphone yang sangat bagus. Jadi, AM boleh terus menjawab sebarang panggilan atau membuat panggilan melalui KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA. Sangat memudahkan AM terutamanya ketika memandu.

KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA juga menggunakan 2-in-1 chip, malahan pengurangan 30% power dari penggunaan yang membuatkan bateri smart watch ini tahan lebih lama.

STABLE BLUETOOTH 5.2 CONNECTION

Super Stable Bluetooth 5.2 Connection yang padu dan terbaik ini membolehkan AM menjawab panggilan telefon, ataupun nak mainkan Music Playlist untuk tempoh yang lama tanpa sebarang gangguan.

HEALTH MONITOR - SPO2, HEART RATE, SLEEP MONITORING

Kieslect Lady Calling Watch Lora

KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini membolehkan AM mengetahui SpO2, tahap degupan jantung serta pemantauan tidur samada mencukupi ataupun tidak. Sebagai info tambahan, SpO2 merupakan ukuran jumlah oksigen yang dibawa oleh darah kita dengan menunjukkan tahap peratusan maksimum. Bagi individu yang sihat, SpO2 biasa adalah diantara 96% hingga 99%.

FEMALE MENSTRUAL REMINDER

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Sememangnya unik apabila KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini boleh dijadikan peringatan dan persediaan ketika atau detik sebelum hari menstrual hadir. Mana tidaknya, AM sendiri pun kadang kala terlupa hari-hari menstrual. Kadang-kadang terpaksa minta ‘emergency pad’ bila tiba waktunya. Jadi permasalahan ini dapat diatasi bila adanya Female Menstrual Reminder

HIGH-DEFINITION MUSIC PLAYLIST ON WRIST

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Siapa seperti AM yang sentiasa mendengar muzik ketika memandu, ketika melakukan pekerjaan membersihkan rumah mahupun sebelum lena?? Dengan adanya KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA, AM boleh mengawal Music Playlist dari Smart Watch ini tanpa perlu melibatkan penggunaan telefon bimbit AM.

BUILT IN GAMES - BIRD GAME

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Dalam KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini juga mempunyai Game tau. Ianya agak simple main games ‘Bird game’ ini. Walaupun bukan jenis yang selalu Game card yang AM selalu AM main seperti UNO atau Puzzle Word, namun AM berharap akan ada pertambahan jenis permainan digital games di kemudian hari.

70 SPORTS MODES

Kieslect Lady Calling Watch Lora

KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA ini mempunyai 70 mod pilihan aktiviti bersukan. Smart Watch ini membolehkan AM memantau sendiri aktiviti bersukan pilihan AM dengan bacaan Heart Rate dan Pembakaran Kalori dalam badan AM.

Kieslect Lady Calling Watch Lora

Untuk sebarang pembelian KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA boleh didapati di Platform Rasmi KIESLECT di Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os

* KIESLECT menawarkan insurans jaminan gantian selama setahun untuk memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan. Dalam tempoh satu tahun pembelian, pelanggan boleh menukar mana-mana produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu. Walau bagaimanapun, jika produk rosak disebabkan faktor manusia, KIESLECT berhak untuk tidak menggantikannya.

PROMOSI ISTIMEWA

  • KIESLORA: Diskaun RM5 KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA Bonus 
  • KIESKS: Diskaun RM10 KIESLECT CALLING WATCH KS Bonus

KIESLECT OFFICIAL


Kieslect Lady Calling Watch Lora

VIDEO REVIEW KIESLECT LADY CALLING WATCH LORA

Post a Comment

0 Comments