KEUNIKAN GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

 

Pada 14 April 2023 bersamaan 23 Ramadhan, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk berkunjung ke Grand Bazar Megaraya yang bertempat di antara Medan Selera Musang King dan Pasaraya AEON, Manjung, Perak. Penganjuran buat pertama kali ini akan melibatkan kolaborasi 3 buah syarikat iaitu Medan Selera Manjung Musang King, Manjung Awesome Greatest Trading dan WS Enterprise. Ketiga-tiga syarikat ini adalah berasal dari Manjung dan gabungan ini melibatkan kepakaran dan latar belakang yang telah menyempurnakan penganjuran bazar kali ini dengan jayanya.

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Grand Bazar Megaraya ini merupakan bazar Ramadan & Aidilfitri terbesar di daerah Manjung pada tahun ini yang telah berlangsung dari 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023. Banyak pihak dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta dan NGO turut sama membantu dan menyokong penganjuran kali ini. Pelbagai aturacara program telah disusun dengan menarik untuk pengunjung yang datang dan untuk warga sekitar Manjung dan teristimewa untuk masyarakat Perak umumnya. 

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Malahan terdapat pelbagai program menarik yang telah diadakan. Antaranya adalah:

AGIHAN BUBUR LAMBUK

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Agihan bubur lambuk ini diberikan secara percuma bermula Jam 4.30 petang bertempat di Medan Selera Manjung Musang King. Ianya diberikan sebanyak 200 bungkus untuk setiap orang sehingga 28 Ramadhan. 

MAJLIS JALINAN KASIH

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Majlis Jalinan Kasih ini adalah bagi meraikan pelajar-pelajar Tahfiz dari Pusat Pengajian Al-Ayyubi dan Anak-anak Yatim dari Rumah Jagaan Haruman Kasih. Dalam majlis ini telah diadakan program Iftar dan penyampaian sumbangan untuk para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim. 

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

MAJLIS PERASMIAN GRAND BAZAR MEGA RAYA 2023

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Majlis perasmian Grand Bazar Megaraya 2023 ini telah dirasmikan oleh YDH. TOH SERI BIJAYA LT. KOL. DATO' SHAHARUDIN BIN HAJI NAZARI, ORANG BESAR JAJAHAN MANJUNG. Antara yang turut sama hadir adalah YBhg. Tuan Shamsul Ridzuan bin Idris, Pegawai Daerah Manjung dan para wakil dari 3 buah syarikat yang merupakan penganjur iaitu Medan Selera Manjung Musang King, Manjung Awesome Greatest Trading dan WS Enterprise. 

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

YDH. TOH SERI BIJAYA LT. KOL. DATO' SHAHARUDIN BIN HAJI NAZARI, Orang Besar Jajahan Manjung telah mengulas, "bahawa Grand Bazar Megaraya 2023 yang telah diadakan di Manjung kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat dan pengunjung yang datang. Hal ini berikutan, lokasi penganjuran kali ini yang strategik dan merupakan laluan ke Pulau Pangkor dan Marina Island. Secara tidak langsung program ini dapat menjana pendapatan bagi peniaga setempat.

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Jualan Bazar Megaraya ini tertumpu kepada jualan makanan untuk Iftar dan produk pakaian untuk menyambut hari raya yang akan datang. Program ini dijangka akan berterusan untuk tahun hadapan dan seterusnya dijadikan Hub Jualan bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat dan sebagai tarikan pelancongan". 

FORUM EHWAL AGAMA

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Forum Perdana turut diadakan sempena Grand Bazar Megaraya yang menjemput YBhg Tuan Imam Mohamad Amir Hakim bin Mohamad Rashid iaitu Imam Masjid Seribu Selawat sebagai Moderator. Antara panel yang hadir untuk turut sama sepanjang Forum Perdana ini berlangsung adalah Ybhg. Tn Ihsan bin Abdul Karim yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Seri Manjung dan YBhg. Imam Muda Ustaz Nazrul Izwan bin Zolkiflee. 

KEUNIKAN GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 MANJUNG

Karnival Karosel

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Memang lain dari bazar yang lain. Di Grand Bazar Megaraya ini terdapat Karnival Karosel yang mendapat tumpuan perhatian permainan untuk kanak-kanak. Memang meriah bila AM dapat lihat mak ayah menghiburkan anak-anak meluangkan masa bersama setelah seharian berpuasa. AM dimaklumkan Karnival Karosel ini mendapat sambutan terutamanya apabila malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

Jualan Produk Makanan

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Terdapat pelbagai aneka juadah makanan untuk berbuka dengan harga yang berpatutan turut dijual di sini. Malahan sesuai untuk dibungkus dibawa pulang atau menjamu selera bersama keluarga di sini. Segala kemudahan telah tersedia di sini termasuk untuk solat terawikh secara berjemaah. 

Kemudahan yang tersedia:

  • Bazar Ramadan
  • Bazar Aidilfitri
  • Akses Mudah
  • Pengisian Program
  • Surau Terawih
  • Medan Selera
  • Tandas
  • Letak Kereta Percuma


Jualan Pakaian Raya

GRAND BAZAR MEGARAYA 2023 DI MANJUNG, PERAK

Di Grand Bazar Megaraya ini juga terdapat koleksi pakaian raya samada untuk lelaki, wanita mahupun kanak-kanak. Aksesori seperti kalung, subang, kasut, beg tangan dan sampul raya boleh dibeli di sini. Rambang mata AM bila melihat koleksi yang cantik dengan harga yang murah dan berpatutan. 

KATA ALONGMURNI

Secara peribadi, AM sangat sukakan kepelbagaian program dan acara yang terdapat di sini. Ada juga pengisian rohani seperti Forum Perdana dan juga program hiburan lain. Di samping insiatif yang telah dibuat oleh penganjur seperti pengagihan Bubur Lambuk, Majlis Jalinan Kasih juga patut dipuji. Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, golongan tahfiz dan anak-anak yatim turut diraikan dan dibantu dari segi sumbangan melalui barangan mahupun duit raya merupakan salah satu contoh yang baik untuk diteladani. Tahiniah buat semua pihak dari pelbagai agensi yang turut membantu menjayakan Grand Bazar Megaraya 2023 di Manjung, Perak ini.

Post a Comment

0 Comments