MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEUSAHAWANAN LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR dengan kerjasama SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) yang bertempat di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023

PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR merupakan sebuah program berimpak tinggi dengan matlamat untuk memperkasakan wanita B40 melalui pembinaan kemahiran, ilmu dan sumber yang diperlukan untuk menjana pendapatan yang mampan melalui peluang perniagaan. Program ini berteraskan latihan keusahawanan, sokongan mentor dari industri, sokongan kewangan dari segi pinjaman dan geran, dan juga rangkaian strategik komuniti perniagaan.

Pada fasa pertama program ini, seramai 100 usahawan wanita diberikan pendedahan melalui seminar mengenai perniagaan dan 20 orang peserta akan dipilih untuk menyertai kursus bimbingan keusahawanan bersama mentor dan diakhir program 10 orang peserta akan diberi peluang untuk membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Alhaj, Raja Muda Selangor dan bakal dinobatkan sebagai IKON USAHAWAN WANITA SELANGOR.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023

Program ini dijadualkan bermula pada Mei sehingga Jun 2023 dan terbuka kepada semua wanita B40, ibu tunggal dan wanita asnaf dari seluruh daerah di Selangor. Bersempena dengan majlis pelancaran pada hari ini, pihak penganjur turut memberikan pendedahan kepada 100 usahawan wanita melalui seminar bertajuk “USAHAWAN WANITA DALAM PERNIAGAAN: PELUANG DAN CABARAN”.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023

Antara panel berpengalaman yang dibawa khas untuk seminar ini ialah Puan Rabiatul Adawiyah yang merupakan seorang usahawan berasaskan makanan dan mendapat latihan di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS), Puan Siti Nabiha merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan urutan tradisional dan merupakan 10 peserta terakhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD), serta Encik Lakshwin Muruga daripada Women of Will (WOW) yang merupakan sebuah organisasi yang memberi latihan pembangunan kepada wanita dari keluarga berpendapatan rendah.

Antara kriteria pemilihan peserta ialah:

  • Wanita dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,600, asnaf dan ibu tunggal
  • Menjalankan perniagaan di negeri Selangor dan menetap di Selangor.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023

AM juga dimaklumkan oleh Pegawai Penolong Pengarah Unit Usahawan, UPEN Selangor iaitu Cik Puan Intan Nur Aqiela Ismail bahawa “Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada SAY untuk melaksanakan program LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023 bagi membantu wanita B40 dan asnaf dari belenggu kemiskinan”.

Untuk penyertaan, usahawan boleh mendaftar melalui pautan https://tinyurl.com/LUWS2023 . Penyertaan akan ditutup pada 1 Mei 2023. Usahawan yang terpilih akan dimaklumkan dan dihubungi oleh pihak penganjur.  

KATA ALONGMURNI

AM sangat menyokong usaha dan hasrat EXCO KEUSAHAWANAN SELANGOR dan KERAJAAN NEGERI SELANGOR bagi membangunkan usahawan wanita B40, ibu tunggal & wanita asnaf melalui program LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR 2023. Diharapkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan inisiatif ini mendapat sokongan dari semua pihak dan lapisan masyarakat SELANGOR umumnya. Semoga inisiatif yang diambil ini dapat membantu golongan ibu tunggal, B40 dan golongan ASNAF. 

Post a Comment

0 Comments