PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

 

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah hadiri satu PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023 yang dianjurkan oleh SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) dengan YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR bersama - sama dengan rakan penaja utama dari WORLDWIDE HOLDINGS, sebuah syarikat korporat yang terkenal dengan tanggungjawab sosial dan juga STARVILION, sebuah syarikat hab fesyen Muslim.

Program ini merupakan satu platform bagi WORLDWIDE HOLDINGS dan STARVILION menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan mengagihkan agihan zakat dan bantuan - bantuan kepada golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

Edisi tahun ini, YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR dan SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) telah memilih komuniti di daerah Hulu Selangor sebagai penerima bantuan . Program ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain seperti YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut terlibat dalam aktiviti gotong - royong bersama dengan penghuni PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH, Rasa, Hulu Selangor serta melawat kawasan sekeliling pusat kebajikan ini.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

Pengagihan sumbangan yang disempurnakan oleh DYTM Tuanku turut memberi impak besar kepada komuniti Hulu Selangor. Sebanyak RM400 tunai untuk setiap penerima, kotak makanan - makanan ruji bernilai RM100, dan pakaian raya yang ditaja oleh pihak STARVILION telah disalurkan kepada 4 keluarga asnaf terpilih.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

Selain itu , mereka turut menerima bantuan baik pulih rumah yang telah siap sepenuhnya melalui sumbangan zakat daripada WORLDWIDE HOLDINGS yang bernilai sekurang - kurangnya RM1,500 setiap rumah . 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH juga menerima bantuan yang bermakna seperti pakaian Raya, bantuan baik pulih , gotong royong , dan dekorasi pusat kebajikan , bantuan makanan ruji bernilai RM100 dan cek bernilai RM3500 . Seramai 40 kanak - kanak dan 5 penjaga di sini telah menerima bantuan tersebut.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

Pengagihan sumbangan ini turut diberikan kepada PERSATUAN BEKAS POLIS NEGERI SELANGOR yang diwakili oleh 4 orang pegawai. Mereka telah menerima sebanyak 10-unit kerusi roda model Lightweight yang bernilai RM7,000 sumbangan WORLDWIDE HOLDINGS.

Selain daripada program pada hari ini, melalui inisiatif di YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR, WORLDWIDE HOLDINGS telah memberi sumbangan - sumbangan lain seperti tajaan kursus vokasional kepada lebih 100 pelajar asnaf di seluruh Malaysia. 

Sumbangan mesin jahit laptop dan tablet kepada pelajar - pelajar asnaf di bawah YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR program kursus motivasi " Self - Discovery Workshop kepada lebih 100 pelajar-pelajar asnaf dari seluruh Selangor, program pembangunan sahsiah kepada belia berisiko dan sumbangan - sumbangan kepada rumah - rumah anak yatim yang terpilih.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023 ini turut dihadiri oleh Orang Besar Daerah Hulu Selangor, YDP Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Pegawai Daerah Hulu Selangor, dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor yang turut bersama - sama memberi sokongan kepada program ini.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023

Secara peribadi AM sangat menyokong akan usaha dan tanggungjawab CSR yang dilakukan bagi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Moga PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2023 akan diteruskan dan mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat dan semua pihak.

Post a Comment

0 Comments