Komuniti perubatan Malaysia melangkah ke tahap yang lebih tinggi dengan
kejayaan cemerlang dalam penyelidikan probiotik strain BCMC® yang dihasilkan
oleh salah satu peneraju industri farmaseutikal Malaysia - B-Crobes Laboratory Sdn. Bhd. (B-Crobes) sebagai terapi sampingan
untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs). Pada sidang akhbar baru-baru ini, B-Crobes dan GUT Research Group Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memaparkan
penemuan baharu dalam aplikasi strain BCMC®.
Penyelidikan baharu strain BCMC® ini telah diuji dan disahkan secara
klinikal, mampu membaikpulih dan mengurus NCDs, khususnya kanser kolorektal,
diabetes yang dialami perempuan mengandung dan penyakit hati berlemak bukan
akibat alkohol (NAFLD). Selama dua dekad, B-Crobes mendedikasi diri mereka
kepada penyelidikan, pembangunan dan penghasilan strain probiotik khusus iaitu
BCMC® yang mengandungi Lactobacillus
acidophilus BCMC® 12130, Lactobacillus
casei subsp. BCMC® 12313, Lactobacillus
lactis BCMC® 12451, Bifidobacterium
longum BCMC® 02120, Bifidobacterium
bifidum BCMC® 02290, dan Bifidobacterium
infantis BCMC® 02129, digunakan untuk mencegah dan membaikpulih sistem
pencernaan, kesihatan metabolik, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhan.
Lebih dari 20 kajian klinikal telah dijalankan untuk membuktikan tahap
keselamatan dan kecekapan strain BCMC®, menghasilkan produk yang bernama
‘HEXBIO’, digunakan di unit-unit ICU hospital kerajaan dan swasta di seluruh
Malaysia. Ia turut boleh didapati di kedai-kedai farmasi seluruh dunia termasuk
UAE, Bahrain, China, Oman, Singapura dan banyak lagi.
Penyelidikan pertama yang diterbitkan berjudul “A Randomized Double-Blind Placebo-Controlled Trial on Post-Surgical
Colorectal Cancer Patients” (1) - sebuah penyelidikan yang mengkaji
kesan-kesan strain BCMC® terhadap pesakit kanser kolorektal selepas pembedahan.
Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind
trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan
menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara
rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan.
Didapati, strain BCMC® menunjukkan kesan pengurangan yang signifikan tahap
khusus sitokin radang (bahan merbahaya) yang diketahui mengakibatkan kesan
buruk terhadap pesakit kanser kolorektal. Justeru, meningkatkan kadar pemulihan
selepas pembedahan seseorang pesakit kanser kolorektal.
Penyelidikan seterusnya yang diterbitkan berjudul “The Roles of Probiotics in the Gut Microbiota Composition Outcomes in
Asymptomatic Post-Gestational Diabetes Women: A Randomized Controlled Trial”
(2) di mana kajian mengenai kesan strain BCMC® terhadap metabolisme glukosa
dalam wanita selepas bersalin dengan sejarah penyakit gestational diabetes
mellitus (GDM). Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan menerima
plasebo manakala satu lagi kumpulan menerima strain BCMC® secara rawak, selama
3 bulan.
Penyelidikan tersebut turut melibatkan ujian yang teliti dan konsisten
terhadap glukosa puasa, tahap penerimaan insulin dan tanda-tanda keradangan
para pesakit. Didapati, kumpulan yang menerima strain BCMC® menunjukkan
pemulihan tahap penerimaan insulin, di mana ianya faktor penting dalam
mengubati diabetes selepas mengandung dan mengurangkan risiko mengakibatkan
diabetes tahap 2.
Berdasarkan kajian NAFLD, dua penyelidikan telah diterbitkan iaitu “The Effect of Probiotics (MCP® BCMC®
Strains) on Hepatic Steatosis, Small Intestinal Mucosal Immune Function, and
Intestinal Barrier in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease” (3) dan
“The Effects of Probiotics on Small
Intestinal Microbiota Composition, Inflammatory Cytokines, and Intestinal
Permeability in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease.” (4)
Penyelidik telah mengkaji kesan strain BCMC® terhadap hepatic steatosis, fibrosis,
dan ujian darah biokimia para pesakit NAFLD.
Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu
kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC®
secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan.
Setelah ujian disimpulkan, didapati strain BCMC® dapat mengawal kestabilan
fungsi imun mukusal yang melindungi pesakit NAFLD melawan kebolehtelapan usus
(menghalangi toksin memasuki ke dalam badan). Penggunaan strain BCMC® juga
membantu mengawal keseimbangan komposisi mikrobiota, meningkatkan kesihatan
usus dengan anggapan strain BCMC® memainkan peranan sampingan merawat NAFLD dan
menjaga kesihatan secara keseluruhan. Tambahan pula, ianya menurunkan tahap
sitokin radang, hampir sama dengan kajian sebelumnya, menunjukkan keputusan yang
konsisten dengan strain BCMC®.
Puan Razida Hanim Abdul Razak, Director of Lifestyle & Sciences Section, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) |
Pengarah Bahagian Gaya Hidup & Sains, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), YBrs. Puan Razida Hanim Abdul Razak berkata, “Penyelidikan ini bukan sahaja memaparkan dedikasi dan komitmen peneraju industri kita untuk menyediakan produk yang cekap dan dibangunkan secara klinikal untuk kesihatan masyarakat, ianya juga meningkatkan kebergantungan dan permintaan terhadap produk buatan Malaysia di peringkat antarabangsa.”
Study presentation by Prof. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar, Leader Of Gut Research Group, Cluster Chairman, Health And Advanced Medicine, UKM |
Puan Razida Hanim menambah, “Saya yakin di masa hadapan, kerjasama di antara B-Crobes, UKM dan Universiti Sunway akan membawa industri perubatan dan farmasi di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Ini turut memberi motivasi kepada para pemain tempatan untuk menyelami dan menemui penemuan yang membantu kemanusiaan disamping membangunkan inovasi-inovasi canggih dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara yang disegani dalam pengeksportan produk perubatan secara global.”
Speech by Mr Dean Lee (李兴雨), Executive Director, B-Crobes Group Of Companies |
Pengarah Eksekutif B-Crobes Group of Companies, En. Dean Lee berkata, “Inisiatif ini adalah untuk menyediakan pendidikan dan penyelidikan yang akan mengembangkan para pelajar dan bakal penyelidik, di mana mereka ini akan menjadi tunjang dalam menawarkan pembangunan inovasi yang mencerminkan apa yang Malaysia mampu tawarkan. Tambahan pula, penyelidikan translational merupakan kaedah seterusnya dan akan meningkatkan ekonomi Malaysia. Kami percaya ini merupakan contoh kerjasama unik dalam penyelidikan dan pembangunan klinikal yang melibatkan empat sektor seperti industri, universiti, kerajaan dan orang awam. Kami berharap objektif kami akan memberi inspirasi kepada para pemain industri untuk menemukan penemuan perubatan yang lebih baik dan menyumbang kepada masyarakat Malaysia. Sudah pasti, penemuan penyelidikan yang penting akan diterapkan di dalam pengamalan klinikal untuk kebaikan masyarakat Malaysia dan lebih lagi.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bcrobes.com/about-us
References:
(1) Colorectal Cancer study
citation: Zaharuddin, L., Mokhtar, N.M., Muhammad Nawawi, K.N. et al. A
randomized double-blind placebo-controlled trial of probiotics in post-surgical
colorectal cancer. BMC Gastroenterol 19, 131 (2019).
https://doi.org/10.1186/s12876-019-1047-4
0 Comments