
Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke SAY ASPIRE Pitch Finale bertempat di Sunway
Resort Hotel Petaling Jaya. SAY ASPIRE merupakan sebuah program
pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan
khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi
eksport.
Ini merupakan kali keempat
program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang
Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja
Muda Selangor melalui agensi baginda Selangor Youth Community (SAY) yang
berpusat di Shah Alam, Selangor.
Program SAY ASPIRE edisi
pada tahun ini bermula Mac sehingga Mei 2023 dan memberi impak kepada 30 usahawan
IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global. Antara kriteria
ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur
18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam.
Program SAY ASPIRE ini
merupakan kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth
Community, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh DYTM Raja
Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa.
Usahawan-usahawan di Selangor
hendaklah melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat
telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE
Pitch Finale. Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang
mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport:
- Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
- YBrs. Encik Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
- YBrs. Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation
- YBrs. Dr Nurliza Mohd Mydin, Ketua Pegawai Strategi EXIM Bank
- YBrs. Puan Wan Norma Wan Daud, pakar eksport dari Malaysian Exports Academy
SAY ASPIRE Pitch Finale
menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu
tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan,
akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan
mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan
perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan
sijil.
Antara 10 syarikat yang telah bertanding pada SAY ASPIRE Pitch Finale Edisi Ke-4 adalah:
NO |
NAMA
SYARIKAT |
PRODUK
/ PERKHIDMATAN |
1 |
MY
INNOVATIVE WELLNESS SDN BHD |
Bijirin
& snek sarapan sihat |
2 |
GLOBAL
HALTECH SDN BHD |
Ujian
kit halal |
3 |
RESPECTED
CITIZEN SDN BHD |
Kosmetik |
4 |
NIBOU
INDUSTRIES (M) SDN BHD |
Dadih,
yogurt |
5 |
ELMA
FOOD MANUFACTURING SDN BHD |
Kopi
3-dalam-1, minuman bijirin, yogurt |
6 |
MGR
MALAYSIA SDN BHD |
Biskut
& snek ringan |
7 |
XIERRA
HOLDING SDN BHD |
Pakaian
sukan |
8 |
INAH
RASA SDN BHD |
Pes
masakan |
9 |
H&S
DELIGHT (M) SDN BHD |
Kiub
masakan |
10 |
PROSURV
RESOURCES |
Pes
masakan |
PEMENANG TEMPAT PERTAMA: HALTECH GLOBAL
Produk: Ujian Kit Halal
Global Haltech ialah kumpulan
yang menawarkan “TOTAL HALAL TRADE EKOSISTEM”. Mereka menawarkan pendekatan
yang sistematik dan mampan dengan menyepadukan latihan, ujian dan menyediakan
alat perdagangan. Global Haltech juga berfungsi sebagai penyambung pasaran yang
menghubungkan pengeluar FAR EAST dengan dunia.

Global Haltech memegang teguh slogan
dan moto iaitu 'Trust but Verify', memfokuskan dan mengetengahkan kepada dunia
konsep rantaian nilai halal "dari makmal ke rak".
PEMENANG TEMPAT KEDUA: MGR
MALAYSIA SDN. BHD.
Produk: Biskut & Snek
Ringan
Syarikat MGR MALAYSIA SDN BHD
ditubuhkan bagi membangunkan komuniti membuat pendapatan sampingan dengan
mengeluarkan produk-produk makanan ringan yang sedap dan berkualiti di bawah
jenama CHEMILAN.

Ianya dibentuk bagi membantu orang ramai yang ingin mengubah hidup mereka dengan memperolehi pendapatan tambahan dengan pilihan produk TGC dan produk bermusim yang mudah dijual dengan modul latihan dan bimbingan yang terbukti berjaya membantu usahawan yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan menggunakan teknik ZERO COST MARKETING. Kini, telah mempunyai lebih 4000 Usahawan dibawah bimbingan dan tunjuk ajar mereka.
PEMENANG TEMPAT KETIGA:
H&S DELIGHT (M) SDN BHD
Produk: Kiub Masakan

Tagline syarikat 'Global Brand,
Local Taste' adalah selaras dengan Visi dan Misi untuk menjadi jenama global
dari segi produk makanan berkualiti tinggi dan keselamatan yang memenuhi
piawaian dan pensijilan antarabangsa. Pada masa yang sama mempromosikan
Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai pendekatan model perniagaan.
KATA ALONGMURNI
Tahniah AM ucapkan buat para pemenang yang terpilih dalam program SAY ASPIRE Pitch Finale. Secara peribadi AM sendiri merasakan 10 syarikat yang bertanding masing masing punyai potensi dan kekuatan WOW faktor tersendiri. Semestinya Program SAY ASPIRE ialah satu program pengembangan perniagaan untuk syarikat sedia eksport untuk menembusi pasaran luar negara melalui pembangunan perniagaan dan strategi eksport dengan matlamat akhir untuk melahirkan juara global dan memperbesar impak sosial. AM berharap program seumpama ini akan berterusan dalam menggalakkan dan memberi impak positif dalam pertumbuhan ekonomi negara.
8 Comments
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang. Diharap dengan adanya anugerah ini, banyak lagi perniagaan dan usahawan tempatan yang dapat maju bersama.
ReplyDeletetahniah pada mereka yg telah berjaya. moga dengan penganugerahan yg diberikan menjadi pemangkin untuk
ReplyDeletemenjadi lebih berjaya
Ohh wowo....thanks for sharing this inspiring story & congrats to those that successful. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteBagus kan ada platform mcm ni, encouragement juga ni kan.. love to read the story about ni. Hopefully more to come in near future kan!
ReplyDeleteRasa macam pernah dengar program ni. Tahniah semua pemenang. Inovasi pemenang utama tu bagus eh. Boleh cek dengan ujian kit Halal. Chemilan memang femes, time raya korporat event mesti ada produk mereka. Sebab snek mereka dibungkus memang sesuai sebagai gift dan warna warni pula tu.
ReplyDeleteTahniah kepada para pemenang. Mesti ramai yang makin teruja untuk menyertainya tahun hadapan dan bersaing secara sihat kan.
ReplyDeleteTahniah kepada syarikat syarikat yang terpilih dalam program ini, semoga terus berjaya
ReplyDeleteTahniah sekali lagi kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ni hanya permulaan untuk pencapaian yang lebih gemilang lagi. Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti untuk bermimpi. Mungkin pada masa depan, kita pula akan dengar cerita-cerita tentang kejayaan kita sendiri kan? So, teruskan berjuang dan jangan pernah berhenti berharap. Sky is the limit!
ReplyDelete