Baru-baru ini AlongMurni (AM)
telah hadir ke Majlis Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-9
diadakan pada bertempat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Anugerah
Telenovela kali ke-9 adalah anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama
Intact Media Sdn. Bhd.
Anugerah Telenovela merupakan
sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula diperkenalkan pada tahun
2005 dan pada tahun 2015 Anugerah Telenovela telah dianjurkan secara
berasingan. Kini, Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan yang berprestij
bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan
yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk
menembusi pasaran di peringkat global. Ini bertepatan dengan pengiktirafan
Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO, atau UNESCO – Kuala
Lumpur World Book Capital 2020.
Anugerah Telenovela kali ini
merupakan edisi kesembilan (ATN9) dengan menghimpunkan sebanyak 46 calon karya
adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagi tayangan
dari Januari hingga Disember 2022 berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam
2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik
(100% Penjurian oleh Juri Profesional). Kesemua karya adaptasi yang tercalon
mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free
To Air. FTA) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui
laman sosial tidak akan diterima.
Pengerusi Anugerah Telenovela,
(Dr) Hasan Hamzah berkata, penganjuran ini dianggap usaha berterusan dan
konsisten bagi merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif tempatan. Semua
karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang
disiarkan di televisyen, platform digital dan pawagam secara automatik dinilai
dan disaring. Bagi KATEGORI POPULAR, undian 100% dibuat oleh kumpulan peminat
melalui laman web rasmi https://www.telenovela.my, manakala KATEGORI TERBAIK
pula penilaiannya dibuat oleh kumpulan juri professional.
Seiring hasrat Menteri
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperkasa usaha memacu
industri kreatif tempatan menembusi pasaran global, pemenang Kategori Telenovela
Terbaik Anugerah Telenovela Ke-9 berpotensi dipertandingkan pada Anugerah Telenovela
Antarabangsa (International Telenovela Award) yang akan berlangsung pada penghujung
tahun ini. Langkah ini seiring usaha mengangkat karya kreatif tempatan ke peringkat
global dan memperkenalkan produk Malaysia di pentas dunia.
Sementara itu, Presiden Persatuan
Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London yang juga
Pengerusi Panel Penjurian Profesional ATN9 berkata, 46 karya yang dipertandingkan
banyak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian paling utama adalah asas
naratif atau penceritaan berpaksikan konsep yang berlandaskan kekayaan budaya, kesopanan
dan amalan bangsa. Begitu juga aspek bahasa yang berhikmah dan sopan santun.
Antara kriteria yang kita hendak
'jual' atau tampilkan ke luar negara ialah identiti bangsa Malaysia. Tentunya,
karya yang dipertandingkan tidak langsung mempunyai unsur ciplak atau peniruan
jalan cerita daripada karya lain. Barisan juri profesional bertanggungjawab
mengadili Anugerah Telenovela Ke-9 ini mengikut piawaian antarabangsa.
Untuk kali ini, ATN9 membawa
kelainan dengan memperkenalkan beberapa konsep baru dalam pengundian
"online" dengan motto "Mengundi Sambil Menderma", hadiah
untuk peminat bertuah dan Shop@Telenovela untuk karyawan, artis dan penggiat
seni dan kreatif tempatan dalam memasarkan produk-produk mereka.
Melalui konsep "Mengundi
Sambil Menderma", setiap nilai pengundian ini akan membolehkan pengiktirafan
dan sokongan diberikan kepada karyawan, penerbit, pengarah, pengarang dan artis
serta tenaga kerja yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, dalam
membawa karya agung lebih jauh lagi. Bagi peminat-peminat yang mengundi di
dalam kategori popular yang dipertandingkan ini, mereka berpeluang untuk
memenangi HADIAH-HADIAH BULANAN, BONANZA dan HADIAH KHAS yang ditawarkan.
Pengerusi Eksekutif Intact Media
Sdn Bhd, En Mohammed Rishi Md Ross, berkata sempena Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WCKL)
sehingga 4 Jun 2023 ini, pengundi-pengundi bertuah yang membuat pengundian di WTCKL
akan berpeluang mendapat hadiah-hadiah harian yang disediakan sepanjang tempoh Pesta
Buku ini.
Selain dari hadiah Bonanza, acara
kali ini akan dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan shop@Telenovela sebagai
platform e-dagang Telenovela bagi memperluaskan usaha pemasaran produk-produk
kreatif pengiat seni tempatan ke mata dunia. "Ini adalah merupakan usaha konsisten
dan berterusan kami dalam membantu dan menggalakkan karyawan dan anak-anak seni
untuk terus berkarya dan menghargai hasil kerja keras mereka serta memberi
kredit yang perlu untuk karya-karya kreatif yang berkualiti yang diterbitkan
atau akan diterbitkan," katanya.
Pengundian Atas Talian (Online)
bagi Fasa 1 dibuka kepada peminat menerusi laman portal https://www.telenovela.my
bermula dari 27 Mei 2023, bagi memberi peluang kepada para peminat tegar untuk
mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke telenovela (drama
bersiri), telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar
pemenang. Berikut merupakan tarikh undian atas talian mengikut fasa.
KATEGORI ANUGERAH TELENOVELA KE-9:
A.
KATEGORI POPULAR (100 % UNDIAN ONLINE) |
1. Novel
Popular 2. Telenovela
Popular 3. Pelakon
Lelaki Telenovela Popular 4. Pelakon
Wanita Telenovela Popular 5. Pasangan
Serasi Popular |
B.
KATEGORI TERBAIK (100 % PENJURIAN OLEH JURI PROFESIONAL |
1. NOVEL 1.1. Novel
Terbaik 1.2. Novelis
Terbaik 1.3. Penerbit
Novel Terbaik 2. TELENOVELA
(DRAMA BERSIRI) 2.1.
Telenovela Terbaik 2.2. Pelakon
Lelaki Telenovela Terbaik 2.3. Pelakon
Wanita Telenovela Terbaik 2.4. Pengarah
Telenovela Terbaik 2.5. Penulis
Skrip Telenovela Terbaik 2.6.
Sinematorgrafi Telenovela Terbaik 2.7.
Penyunting Telenovela Terbaik 3. TELEFILEM
3.1.
Telefilem Terbaik 3.2. Pengarah
Telefilem Terbaik 3.3. Penulis
Skrip Telefilem Terbaik 3.4. Pelakon
Lelaki Telefilem Terbaik 3.5. Pelakon
Wanita Telefilem Terbaik 3.6. Pelakon
Pembantu Telefilem Terbaik 4. FILEM 4.1. Filem
Terbaik 4.2. Pengarah
Filem Terbaik 4.3. Penulis
Skrip Filem Terbaik 4.4. Pelakon
Lelaki Filem Terbaik 4.5. Pelakon
Wanita Filem Terbaik 4.6. Pelakon
Pembantu Filem Terbaik 5. LAGU
TEMA TERBAIK 5.1. Lagu
Tema Terbaik |
C.
ANUGERAH KHAS |
1. Primadona
Telenovela 2. Pelakon
Kanak-Kanak Pilihan 3. Stesen
Penyiar Telenovela Popular 4. Stesen
Penyiar Telenovela Terbanyak 5. Budaya,
Nilai Kemasyarakatan, Seni dan Estetika 6. Pelakon
Harapan Telenovela 6. Teknikal
Produksi Terbaik |
D.
ANUGERAH KEMUNCAK |
1. Bintang
Telenovela 2. Ratu Telenovela |
Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9 boleh
dirujuk melalui laman web rasmi
Anugerah Telenovela: https://www.telenovela.my
0 Comments