TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL!

 

TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL

Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelbagai komuniti ekspatriat dan pelancong antarabangsa di negara ini, Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dipersembahkan oleh MAE oleh Maybank2U telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan apabila tiket acara ‘Super Early Bird’ untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang, telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial.

TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL

Digelar sebagai festival durian yang tersebar di Malaysia dalam tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong.

Menurut pihak penganjur, festival ini telah dirancangkan sejak kira-kira setahun lalu di antara Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad dengan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia.

TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL

Dalam promosi ini, ia telah menawarkan peluang untuk menjamu durian sehingga 60-minit dari harga serendah RM49.99 untuk tiket warga emas manakala RM59.99 untuk tiket dewasa semasa promosi ‘Super Early Bird’.

Untuk setiap pembelian tiket dewasa ataupun warga emas, kemasukan kanak-kanak di bawah adalah percuma! MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah, manakala, untuk Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah.

TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL

Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare’ kandungan acara yang dibuat di di laman sosial PENANG FOODIE, KL FOODIE DAN JOHOR FOODIE netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang.

Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok masih ada. Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama iaitu:

LOKASI

TARIKH

MASA

Komtar Walk, Georgetown, Pulau Pinang

27 & 28 Mei 2023 (Sabtu & Ahad)

7 sesi setiap hari (60 minit untuk setiap sesi) 12.30 – 1.30pm, 2:00 - 3.00pm, 3.30 – 4.30pm  5.00 – 6.00pm, 6.30 – 7.30pm, 8.00 – 9.00pm, 9.30 – 10.30pm

The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru

1 & 2 Julai 2023 (Sabtu & Ahad)

7 sesi setiap hari (60 minit untuk setiap sesi) 12.30 – 1.30pm, 2:00 - 3.00pm, 3.30 – 4.30pm  5.00 – 6.00pm, 6.30 – 7.30pm, 8.00 – 9.00pm, 9.30 – 10.30pm 

Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara

3 & 4 Jun 2023 (Sabtu & Ahad)

7 sesi setiap hari (60 minit untuk setiap sesi) 12.30 – 1.30pm, 2:00 - 3.00pm, 3.30 – 4.30pm  5.00 – 6.00pm, 6.30 – 7.30pm, 8.00 – 9.00pm, 9.30 – 10.30pm  


TIKET MASUK ‘SUPER EARLY BIRD’ KE FESTIVAL DURIAN MAKAN SEPUAS HATI 2023 HABIS DIJUAL

MAE Pakej Sedappp

NIKMATI DURIAN SEPERTI D24, D13, IOI, UDANG MERAH DAN KAMPUNG KAHWIN SELAMA SATU JAM TANPA HAD

EARLY BIRD PROMOTION

  • Dewasa RM69.99 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM89.99 bersih)
  • Warga Emas RM59.99 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM69.99 bersih)
  • Promosi Eksklusif Dengan pembelian 2 tiket Dewasa, Percuma 2 tiket kanak-kanak dan 1 tiket warga emas

MAE Pakej Sedappp Gilerrr

NIKMATI DURIAN PREMIUM SEPERTI SUPER XO, D13, D99, UDANG MERAH DAN MUSANG KING SELAMA SATU JAM TANPA HAD

EARLY BIRD PROMOTION

  • Dewasa RM148.00 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM160.00 bersih)
  • Warga Emas RM99.00 bersih setiap orang (Harga Biasa: RM99.00 bersih)
  • Promosi Eksklusif Dengan Pembelian 4 tiket dewasa, Percuma 4 tiket kanak-kanak & 2 tiket Warga Emas

CARA MEMBELI TIKET

  1. Pergi ke Sama-Sama Local melalui aplikasi MAE
  2. Tekan ‘Durian Festival 2023’
  3. Pilih tiket yang anda mahu
  4. Selepas pembayaran, tiket anda akan dihantar melalui email

Platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services di https://www.agrobestservices.com/mae-maybank-durian-festival

Post a Comment

0 Comments