UNIVRSE INTERACTIVE PENERAJU PLATFORM METAVERSE TAMPIL HAJJVERSE DAN PERMAINAN EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES

 

UNIVRSE INTERACTIVE PENERAJU PLATFORM METAVERSE TAMPIL HAJJVERSE DAN PERMAINAN EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke satu majlis eksklusif POOLSIDE RAYA GET TOGETHER yang dianjurkan oleh UNIVRSE INTERACTIVE SDN BHD bertempat di Level 17, Poolside, Infinity Tower, Kelana Jaya.

UNIVRSE INTERACTIVE merupakan syarikat teknologi inovatif yang menjadi peneraju platform Metaverse uniVRse.io dan berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian realiti maya terkini dengan fokus kepada meningkatkan kehidupan masyarakat melalui teknologi maklumat, kreativiti, dan inovasi. Platform Metaverse yang ditawarkan mempunyai pelbagai ciri-ciri canggih yang direka khusus.

UNIVRSE INTERACTIVE PENERAJU PLATFORM METAVERSE TAMPIL HAJJVERSE DAN PERMAINAN EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES

Untuk mencipta pengalaman yang mendalam dan mengasyikkan untuk pengguna di seluruh dunia. UNIVRSE INTERACTIVE pakar dalam AR, VR, dan metaverse terbaru yang dikuasai AI, menyediakan solusi untuk bilik darjah maya, ruang pejabat maya, persidangan maya, pameran, dan banyak lagi. Visi mereka adalah untuk meningkatkan kehidupan orang ramai melalui teknologi maklumat dan mendapat keiktirafan secara global dengan pakar industri dari pelbagai bidang. 

HAJJVERSE.AI

Sepanjang Event ini turut memperkenalkan HAJJVERSE.AI, pengalaman haji maya canggih yang dikuasai oleh AI. AM sendiri merasa dapat melangkah ke dunia simulasi yang membolehkan AM meneroka visualisasi 3D Makkah, mempelajari ritual haji, dan menerima bimbingan masa nyata dari Mutawif dikuasai AI. Dengan HAJJVERSE.AI, kita boleh memulakan perjalanan transformasi, berhubung dengan jemaah haji maya lain, dan merasai kesatuan umat Islam seluruh dunia. Pendek kata, melalui teknologi HAJJVERSE.AI telah membawa pengalaman ibadah haji suci kepada Ummah Islam di seluruh dunia. 

UNIVRSE INTERACTIVE PENERAJU PLATFORM METAVERSE TAMPIL HAJJVERSE DAN PERMAINAN EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES

Secara peribadi AM merasakan konsep HAJJVERSE AI ini mengikut teknologi peredaran zaman di samping mengutarakan sistem bimbingan dan panduan bagi Jemaah haji yang ingin menunaikan tanjungjawab rukun islam yang ke 5. AM juga dimaklumkan ada sistem bagi mengesan lokasi dan membantu Jemaah sekiranya sesat sepanjang berada atau menunaikan haji atau umrah. AM sangat setuju dan menyokong dengan konsep dan panduan yang cuba diutarakan dalam HajjVerse.ai ini.

EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES

Di samping itu, AM juga dapat menyaksikan Trailer eksklusif untuk permainan mobile terbaru, EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES yang dibangunkan bersama STUDIO KEMBARA. Permainan EMPAYAR ini membawa pemain ke dalam perjalanan melalui dunia fantastic dan pemain dapat meneroka alam baru, berperang dengan musuh yang ganas di samping membuka kuasa ajaib. Permainan ini menawarkan visual yang tepat dan jalan cerita yang menarik.


Bagi Permainan EMPAYAR- THE MELAKA CHRONICLES ini, AM merasakan terdapat keunikan yang cuba diketengahkan sepanjang permainan ini. Di antaranya adalah jenis senjata melayu yang ditonjolkan dan dapat dikenali oleh generasi terkini dan bunga silat yang dapat dilihat sepanjang permainan berlangsung. Jadi generasi kini dapat melihat sendiri jenis silat dan senjata persilatan yang digunakan generasi terdahulu agar tidak hilang ditelan zaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai UniVRse Interactive dan acara Poolside Raya Get Together, sila layari https://linktr.ee/univrse.io atau hubungi info@univrse.io.

UNIVRSE INTERACTIVE PENERAJU PLATFORM METAVERSE TAMPIL HAJJVERSE DAN PERMAINAN EMPAYAR: THE MELAKA CHRONICLES


Post a Comment

0 Comments