PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Penganugerahan Program TEAM Malaysia yang bertempat di Sunway Putra Hotel, KL. Majlis penganugerahan ini turut disempurnakan oleh DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA SELANGOR, TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ.

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) di bawah naungan DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA SELANGOR telah bekerjasama dengan PRINCE'S TRUST INTERNATIONAL, sebuah organisasi global yang diasaskan oleh YANG MULIA RAJA CHARLES III. Kerjasama ini telah menyaksikan satu inisiatif iaitu Program TEAM yang dilaksanakan bagi menyokong para belia Malaysia melalui modul-modul perkembangan peribadi dan profesional selama 9 minggu.

Kisah perjalanan hidup Hairul dalam usaha mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian dan bagaimana beliau bangkit semula melalui PROGRAM TEAM telah membuka mata ramai mengenai kepentingan program seumpama itu.

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

Antara penerima anugerah & anugerah yg diterima adalah:

PRINCE’S TRUST SUSTAINABILITY AWARD

Hairul Mafahir Abdullah

PERSONAL GROWTH AWARD

Teffanie Arputheraj

PERSEVERANCE AWARD

Duwan Abdullah

MOST SUPPORTIVE COMMUNITY PARTNER

Arus Academy

MOST SUPPORTIVE WORK PLACEMENT PROVIDER

Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC)

Hairul, salah seorang peserta dalam program ini telah dinobatkan sebagai penerima anugerah 2022 PRINCE’S TRUST SUSTAINABILITY AWARD FOR ASIA. Anugerah ini mengiktiraf penglibatan dan perkembangan golongan belia yang cemerlang dalam program Prince's Trust di seluruh dunia. Bagi meraikan pencapaian Hairul, satu majlis eksklusif telah dilaksanakan bersama golongan belia, penyokong serta semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam menjayakan inisiatif PROGRAM TEAM.

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

Hairul turut berkongsi cabaran yang sama dengan jutaan golongan belia yang lain iaitu kehilangan pekerjaan semasa pandemik wabak Covid 19. Namun begitu, Hairul tidak berputus asa dan nekad untuk menjadikan halangan tersebut sebagai pembakar semangat beliau. Beliau yang sebelum ini merupakan juruteknik kejuruteraan bertekad untuk mencari peluang pekerjaan baharu dan mendaftar untuk program TEAM.

Dalam majlis tersebut Wasim Malik, Ketua Wakil untuk Asia di Prince's Trust International, mengulas:

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

"Sungguh mengagumkan untuk mendengar daripada begitu ramai anak muda hari ini yang telah mendapat manfaat daripada program kami dan kini membuat perubahan dalam komuniti mereka. Di Prince's Trust International, dengan kerjasama rakan kongsi kami yang dihargai seperti Komuniti Belia Selangor, kami memperkasakan golongan muda untuk merealisasikan impian mereka dengan menyediakan peluang transformatif untuk membangunkan kemahiran dan memupuk keyakinan yang diperlukan untuk kerjaya yang mampan. Kami komited untuk menyediakan peluang yang tidak ternilai untuk golongan muda di Malaysia dan saya berharap untuk melihat lebih ramai lagi golongan muda disokong pada masa hadapan”.

Sepanjang PROGRAM TEAM, Hairul merupakan peserta yang proaktif dan sentiasa bersedia mencuba aktiviti baharu. Hairul juga telah ditempatkan di PUSAT PEMULIHARAAN & PENYELIDIKAN HUTAN HUJAN TROPIKA (TRCRC) bagi melaksanakan latihan pekerjaan selama 2 minggu. Kagum dengan prestasi beliau, pusat itu menawarkan beliau pekerjaan sebagai penolong penyelidik selepas beliau menamatkan program TEAM.

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT
Hairul bersama Ibu dan Ayah

Kini, sebagai Penyelaras Biodiversiti & Pemulihan, Hairul meluangkan harinya bekerja di hutan, menjaga anak pokok asli dan memantau hidupan liar. Beliau telah menemui tujuan yang lebih bermakna dalam hidupnya, yang memberi tumpuan bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi juga masyarakat sekeliling dan alam semula jadi.

Dalam ucapannya, Hairul berkata bahawa nilai-nilai yang diperolehi daripada PROGRAM TEAM telah membantu beliau dalam menetapkan laluan dan matlamat hidup serta memulakan kerjayanya. “Saya percaya ini hanyalah permulaan untuk saya mencapai tahap yang lebih tinggi mulai hari ini dan hari-hari seterusnya. Saya berharap PROGRAM TEAM dapat kekal maju di masa hadapan untuk memberi peluang kepada lebih ramai belia untuk berjaya.”

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor bertitah “Beta amat berbangga dengan Hairul dan pencapaiannya. Perjalanannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda yang sedang berjuang di luar sana. Beta turut berbangga dengan semua anak muda yang telah menyertai program ini. Beta harap kita dapat terus membantu lebih ramai anak muda di luar sana dan memberi inspirasi kepada perkembangan mereka.”
PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT

KATA ALONGMURNI

Secara peribadi AM sangat menyokong usaha dan inisiatif SELANGOR YOUTH COMMUNITY (SAY) dan PRINCE’S TRUST INTERNATIONAL dalam memperkasakan golongan belia untuk belajar, memperoleh pendapatan dan berkembang maju di masa hadapan. Di samping komited dałam menyediakan peluang bagi golongan belia mengembangkan kemahiran peribadi dan professional untuk memberikan impak positif kepada masyarakat program ini juga membawa suara golongan belia di pentas global dan meletakkan keperluan mereka sebagai garis panduan dalam pelaksanaan kerja. Semoga lebih ramai lagi golongan belia yang tampil menyerlah dengan wawasan dan berdaya maju dapat digilap dalam program ini. Syabas dan tahniah buat POGRAM TEAM MALAYSIA atas pencapaian cemerlang dalam pelaksanaan. 

PROGRAM TEAM MALAYSIA: DUA BENUA, SATU MATLAMAT
AM bersama dengan Hairul (Penerima Anugerah PRINCE’S TRUST SUSTAINABILITY AWARD)


Post a Comment

0 Comments