
Hari Raya Haji atau Hari Raya
Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam
di seluruh dunia selain Hari Raya Aidil Fitri. Hari Raya Haji disambut pada
hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Setiap tahun umat Islam
akan menyembelih binatang-binatang korban seperti lembu, kambing, dan biri-biri
yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Edisi kali ini, AlongMurni (AM)
ingin kongsikan satu Kempen QURBAN4UMMAH yang dianjurkan PERTUBUHAN
PEDULI INSAN MALAYSIA setiap tahun kini buka peluang untuk orang Malaysia
yang ingin melaksanakan ibadah korban di 4 negara berbeza dengan harga serendah
RM800 sahaja! Negara yang terlibat adalah Syria, Palestin, Yaman dan Malaysia.
Palestin, Syria dan Yaman
merupakan tiga buah negara yang sehingga kini terpaksa hidup bergantung harap
kepada bantuan kemanusiaan sahaja. Tanpa bantuan, sukar untuk mereka meneruskan
kehidupan. Keadaan yang berlaku menyebabkan rakyatnya hidup dalam keadaan serba
kekurangan dan ada juga yang menjadi pelarian di negara lain.
Menurut Pengerusi PERTUBUHAN
PEDULI INSAN MALAYSIA, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan berkongsi objektif
utama setiap negara yang dipilih di dalam Kempen QURBAN4UMMAH tahun ini
yang mensasarkan bantuan utama berbentuk makanan sama ada daging segar mentah
atau makanan siap hidang yang akan diagihkan kepada anak-anak yatim, balu,
orang-orang tua, orang kurang upaya yang kehilangan anggota badan akibat
peperangan serta fakir miskin.

Selain dari pakej korban serendah
RM800 yang akan dilaksanakan di luar negara, PEDULI INSAN juga amat
menghargai semua pihak yang ingin berkongsi rezeki sempena Hari Raya Aidiladha
ini. Justeru itu, inisiatif Sedekah Adha juga turut dilancarkan di bawah Kempen
ini untuk rakyat Malaysia yang ingin menyumbang serendah RM30 sahaja.
Keistimewaan melaksanakan ibadah
korban melalui Kempen QURBAN4UMMAH PEDULI INSAN adalah setiap peserta
akan menerima gambar dan video sembelihan haiwan korban mereka yang akan
dikongsikan secara digital serta sijil penyertaan korban sebagai bukti ibadah
korban anda semua dilaksanakan dengan telus.
Selain itu juga, PEDULI INSAN
berharap para peminat serta rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa
Ikon Kemanusiaan Muhibbah mereka - Inteam, UNIC dan Ustaz Dr Zamri Mantop dapat
memberi sokongan dan kebersamaan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria,
Palestin, Yaman serta di dalam Malaysia sendiri dengan mendaftar pakej korban
ataupun melalui sumbangan Sedekah Adha.

KATA ALONGMURNI
Moga kempen QURBAN4UMMAH
PEDULI INSAN mendapat sambutan dan bersama-sama meringinkan penderitaan
bagi yang memerlukan. Bagi mereka yang berminat untuk mendaftar korban, boleh
pergi melalui pautan berikut: https://ezy.la/n5m
Manakala bagi mereka yang ingin
menyalurkan sumbangan Sedekah Adha boleh berkongsi rezeki melalui akaun rasmi
Bank Islam PERTUBUHAN PEDULI INSAN MALAYSIA bernombor 0704 3011 0620 82.
0 Comments