Bangpi Lekor Chips memang 'Sedap Bohh'

EDISI MAKANAN RINGAN PILIHAN 

Ada tak di kalangan pembaca blog AlongMurni (AM) yang menggemari keropok lekor seperti AM? Keropok lekor merupakan makanan yang sangat popular di Terengganu. Secara peribadi AM sukakan keropok lekor Terengganu kerana padat dengan ramuan isi ikan yang lebih banyak.

Bangpi Lekor Chips memang 'Sedap Bohh'

BANGPI LEKOR CHIPS

Untuk Edisi Makanan Ringan Pilihan AM kali ini, AM memilih BANGPI LEKOR CHIPS yang mempunyai rasa asli, padu dan ranggup. Malahan keropok ini menggunakan 100% isi ikan Selayang dan diproses tanpa memasukkan tulang ikan sebagai bahan.

AM sangat tertarik dengan cara pembungkusan yang unik kerana menggunakan material plastik dan disimpan di dalam pembungkusan yang kedap udara. Jenis pembungkusan yang jenis ‘zip’ yang boleh dibuka dan ditutup ini sangat praktikal dan boleh dimakan pada bila-bila masa setelah bungkusan dibuka.

Bangpi Lekor Chips memang 'Sedap Bohh'

Terdapat dua jenis perisa iaitu original dan juga spicy cheese dengan berat bersih 400g. AM sendiri telah merasai keenakan dan kerangupan BANGPI LEKOR CHIPS. Memang sesuai dengan taglinenya ‘SEDAP BOHH’. Uniknya adalah di dalam setiap bungkusan BANGPI LEKOR CHIPS telah disediakan Paket SOS yang sangat sedap untuk dicicah bersama keropok lekor chips.

BANGPI LEKOR CHIPS (Original)

RM 25

BANGPI LEKOR CHIPS (Spicy & Cheese)

RM 28

Setakat ini, BANGPI LEKOR CHIPS telah mendapat sambutan dan sangat digemari terutamanya di Singapura dan Malaysia. Kerana kerangupan dan rasanya enak serta pembungkusan yang mesra pengguna, jualan sebulan produk BANGPI LEKOR CHIPS ini telah mendapat permintaan tinggi sehingga jualan mencecah 100k- 150k sebulan.

BANGPI SERUNDING

ISTIMEWA HARI RAYA AIDIL ADHA

Jenama BANGPI ini ada juga mengeluarkan produk seperti Serunding asli dari Kampung Laut Kelantan. Rasanya semestinya enak dan sesuai dimakan bersama ketupat, lemang, roti dan juga nasi putih. Dengan berat bersih sebanyak 100g, serunding ini dijual dengan harga RM 15.

Bangpi Lekor Chips memang 'Sedap Bohh'

Antara pilihan serunding adalah daging, ayam dan ikan. Sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tak lama lagi, BANGPI telah menawarkan RM 10 bagi setiap pack serunding.  

PENGASAS BANGPI LEKOR CHIPS - HANAFI ROSDI

Pada tahun 2021, industri kreatif merupakan sektor yang paling terkesan dan menjejaskan lebih sejuta penggiat seni akibat pandemik Covid-19. Meskipun negara dilanda kemelut Covid-19, ianya tetap tidak mematahkan semangat Encik Hanafi Rosdi, 32 tahun anak kelahiran Terengganu yang merupakan seorang koreografer bagi program seperti BigStage, Gegarvaganza, Anugerah Meletop Era, Vokal Mania, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan pelbagai lagi.

Bangpi Lekor Chips memang 'Sedap Bohh'

Pada mulanya Encik Hanafi memulakan perniagaan dengan menjual keropok lekor sejuk beku (frozen) diperoleh sendiri di kilang yang cukup dikenalinya di Terengganu. Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan sehingga ke negara jiran iaitu Singapura, sehingga jualan pada tahun 2021 mencecah 1.5 juta.

AM sangat kagum dengan kegigihan dan dedikasi En Hanafi dalam memastikan usaha perniagaan yang dijalankan berhasil dan mendapat sambutan dari pelbagai masyarakat samada di dalam mahupun di luar negara. Berminat untuk menjadi agen dan stokis boleh scan QR Kod di bahagian belakang bungkusan BANGPI LEKOR CHIPS atau hubungi terus ke talian 014-6446580.

BANGPI LEKORS

Facebook: https://www.facebook.com/BANGPILEKORS

Tiktok Shop: https://www.tiktok.com/@bangpilekors

Instagram: https://www.instagram.com/bangpi_lekors.hq/


Bangpi Lekor Chips memang 'Sedap Bohh'


Post a Comment

0 Comments