SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) telah hadir ke Majlis Pusingan Akhir Liga Usahawan Wanita Selangor yang bertempat di Sunway Putra, Kuala Lumpur. AM berasa bertuah dapat hadir ke majlis yang mengetengahkan kegigihan wanita dalam memajukan perniagaan dan membentuk jati diri. Program Keusahawanan Liga Usahawan Wanita Selangor ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

PROGRAM LIGA USAHAWAN WANITA SELANGOR

Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan YB Hajah Rodziah Binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Selangor berhasrat membangunkan taraf ekonomi wanita dari keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal dan wanita asnaf melalui program keusahawanan Liga Usahawan Wanita Selangor dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) yang telah berlangsung selama tiga bulan bermula April 2023.

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal
Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberikan kata kata semangat dan motivasi kepada 10 peserta akhir.

Program Liga Usahawan Wanita Selangor merupakan sebuah program berimpak tinggi dengan matlamat untuk memperkasakan wanita B40 melalui pembinaan kemahiran, ilmu dan sumber yang diperlukan untuk menjana pendapatan yang mampan melalui peluang perniagaan. Program ini berteraskan latihan keusahawanan, sokongan mentor dari industri, sokongan kewangan dari segi pinjaman dan geran, dan juga rangkaian strategik komuniti perniagaan.

SAY MENCUNGKIL BAKAT USAHAWAN WANITA ASNAF DAN IBU TUNGGAL

Pada fasa pertama program ini, seramai 100 usahawan wanita diberi pendedahan melalui seminar perniagaan dan 30 orang peserta yang komited telah dipilih untuk menyertai kursus bimbingan keusahawanan bersama mentor. Pada pusingan akhir Liga Usahawan Wanita pada hari ini, 10 usahawan wanita telah membuat pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Alhaj, Raja Muda Selangor.

Pelbagai aneka perniagaan telah dibentangkan, antaranya ialah perkhidmatan solek, kerepek, aiskrim yogurt, perkhidmatan menjahit kulit, penjualan nasi lemak pada waktu malam, perkhidmatan menjahit langsir, dan sebagainya.

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

YB Rodziah Ismail turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan program Liga Usahawan Wanita Selangor 2023 yang telah berlangsung selama tiga bulan, “Melalui program ini, patik serta hadirin lain telah menyaksikan semangat, keberanian dan ketekunan yang luar biasa daripada setiap peserta wanita kita. Anda telah menunjukkan potensi yang tidak terbatas dalam dunia perniagaan. Setiap idea, langkah dan halangan yang dihadapi adalah penting demi masa depan diri dan keluarga yang lebih baik. Liga Usahawan Wanita Selangor bukan hanya sekadar pertandingan kalah ataupun menang, tetapi adalah terarah kepada mewujudkan sebuah komuniti wanita yang saling bantu-membantu.”

PEMENANG ANUGERAH

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal
10 Peserta Akhir menerima sejil penghargaan dan Geran Perniagaan bernilai RM 1,0000 seorang

Di samping itu, seramai 21 peserta lain menerima geran perniagaan bernilai RM1,000 seorang untuk membantu mereka memulakan perniagaan mikro masing-masing.

Di akhir pembentangan, tiga usahawan telah memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan sebagai Ikon Liga Usahawan Wanita Selangor 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon Liga Usahawan Wanita Selangor 2023 dan geran bernilai RM3,000 seorang.

Tiga pemenang Pusingan Akhir Liga Usahawan Wanita Selangor 2023 adalah:

TEMPAT PERTAMA

SOFEA CHAN SHU FEN BINTI ABDULLAH – Snek Kulit Popiah

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Puan Sofea telah berkahwin dengan orang melayu dan merupakan seorang mualaf. Beliau juga mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Sebelum ini beliau pernah bekerja dengan syarikat swasta dalam pengurusan acara. Disebabkan situasi ekonomi yang tidak stabil, maka telah beralih ke bidang F&B dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Mula berniaga food catering & lunch box dari rumah. Setelah lama berniaga, beliau mencari alternatif perniagaan yang lebih baik. Pada masa itu, tercetusnya idea untuk mengeluarkan jenama dan produk sendiri iaitu Snek Pop Yummy. Beliau sangat berharap dapat mengembangkan pasaran Snek Pop Yummy dan menjadi jenama yang dikenali ramai.

TEMPAT KEDUA

NOR SABRINA BINTI NOR SAIDI – Servis Jahitan Cover Steering & PU Leather

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Puan Sabrina merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik dan telah berkahwin selama 14 tahun. Pada tahun 2019, suami yang bekerja sebagai driver e-hailing dan membuat perkhidmatan menjahit cover steering secara separuh masa. Pada tahun 2020, beliau disahkan menghidap jangkitan kuman di otak dan setelah melalui ujian MRI, telah disahkan menghidap penyakit chiari malformation type 1 yang membuatkan dirinya lemah terutama di bahagian saraf kaki dan tangan. Akhirnya beliau membuat keputusan untuk melibatkan diri secara sepenuh masa dengan suami dalam perkhidmatan menjahit cover streering kereta.

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Beliau berharap SAY meneruskan program Liga Usahawan Wanita Selangor agar dapat membantu memberi ilmu dan semangat kepada usahawan golongan B40 untuk terus maju ke hadapan.

TEMPAT KETIGA

FAUZIAH BINTI ABDUS SOMAD – Kerepek Sayuran

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Beliau berasal daripada keluarga yang susah dan mula mencari duit sendiri sejak kecil lagi. Minat berniaga bermula dari zaman persekolahan. Inspirasi yang mencetuskan idea untuk memulakan pernigaan ialah untuk membantu suami mencari pendapatan sampingan dan untuk keperluan anak-anak.

SAY cungkil bakat usahawan wanita asnaf dan ibu tunggal

Beliau sangat berharap Liga Usahawan ini dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan di samping membantu orang sekeliling.

Pusingan akhir Liga Usahawan Wanita pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman yang terdiri

daripada:

  • Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY)
  • YBrs. Pn. Intan Nur Aqielah binti Ismail, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor
  • YBrs. En Mohammad Syukri bin Ismail, Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH)
  • YBrs. Pn. Nurul Balkhis Arshad, Pegawai Pembangunan MARA Selangor
  • YBrs. Cik Aida binti Zunaidi, Pengasas Ibupreneurs

Untuk maklumat lanjut berkenaan Liga Usahawan Wanita Selangor 2023, sila layari laman sesawang di https://entrepreneurshipselangor.com.my/luws/

Post a Comment

0 Comments