Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

 

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) telah menginap di HOTEL ARMADA PETALING JAYA selama 2 hari 1 malam. Lokasi HOTEL ARMADA ini sangat strategik kerana berhampiran dengan LRT Asia Jaya. Malahan HOTEL ARMADA merupakan akses mudah untuk ke destinasi seperti Mid Valley Megamall, KL Sentral, Transit ke KLIA dan juga KLCC.

HOTEL ARMADA PETALING JAYA SEDIA PENGINAPAN DAN PERKHIDMATAN TERBAIK

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

HOTEL ARMADA PETALING JAYA

Edisi Percutian kali ini, AM akan kongsikan fasiliti dan kemudahan menarik yang terdapat di HOTEL ARMADA PETALING JAYA. Hotel bertaraf 4 bintang ini telah dibuka pada 1997 dan menjadi pilihan Hotel No 1 di sekitar Petaling Jaya. Selain akses yang berhampiran dengan LRT Asia Jaya, kemudahan parking yang banyak dan luas juga serba mencukupi.

HOTEL ARMADA PETALING JAYA menampilkan 257 bilik yang baru diubah suai dengan ciri-ciri elegan dan eksklusif. Terdapat 7 jenis bilik iaitu Deluxe King, Deluxe Twin, Grand Deluxe, Family Deluxe, Premier Deluxe, dan Admiral Suite. AM menginap di bilik 1607 jenis Deluxe Twin.

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

Secara peribadi, AM merasakan bilik yang AM menginap selesa kerana dilengkapi dengan peti keselamatan, cerek untuk memasak air, sachet kopi, teh dan gula, peti sejuk, seterika, pengering rambut, Laundry Bag, Selipar bilik, Tuala Mandi, Berus gigi, shampoo dan Sabun Mandi, dan TV. Malahan terdapat juga ruang untuk santai dan ruangan kerja. Sangat sesuai untuk yang menginap atas urusan kerja dan percutian bersama kawan.  

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

Antara kelengkapan dan fasiliti lain di HOTEL ARMADA PETALING JAYA adalah fasiliti seperti Gimnasium, bilik mesyuarat, ruangan untuk penganjuran acara ataupun majlis perkahwinan dan juga upacara majlis rasmi yang lain.

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

Selain itu, terdapat Merchant Bar di tingkat 1 yang membolehkan pengunjung yang menginap di sini untuk berhibur bersama teman dengan adanya ruangan karaoke, Table Pool dan bermain permainan Dart. AM berkesempatan bermain pool dan santai berkaraoke bersama rakan. Memang meriah dan riuh dengan gelak tawa tau!

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

SARAPAN PAGI DI HOTEL ARMADA PETALING JAYA

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

AM bersarapan di RESTORAN UTARA yang terletak di Lobby HOTEL ARMADA PETALING JAYA. Bukan calang-calang menu yang disediakan untuk sarapan pagi tau! Sampai rambang mata AM tak tahu nak mulakan yang mana dahulu. Semua nampak sedap, menarik dan menyelerakan.

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan dan Perkhidmatan Terbaik

Sarapan pagi bermula dari jam 7 pagi sehingga 10.30 pagi. Penggemar durian pasti suka kerana di RESTORAN UTARA ini mempunyai menu Roti Canai Durian yang sangat enak dan wajib dicuba tau!

TAWARAN PROMOSI: Bulan Ogos & September

● Tawaran MERDEKA: Sempena Bulan Kemerdekaan harga untuk penginapan 2H1N di bilik deluxe adalah sebanyak RM166+ sementara sarapan pagi untuk dua orang pada harga RM66+. Tempoh penginapan yang sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 – Terhad hanya 10 bilik sehari.

● Istimewa JOM UNDI - Nikmati penginapan 2H1M dengan harga RM198+ dengan sarapan pagi untuk dua orang dari 11hb hingga 13 Ogos 2023. Cuma perlu tunjukkan jari berdakwat selepas mengundi dan terima 30% eksklusif diskaun di RESTORAN UTARA untuk hidangan SATURDAY SEAFOOD BUFFET DINNER dan SUNDAY HI TEA BUFFET. (rujuk artikel di https://www.alongmurni.com/2023/07/hotel-armada-syurga-makanan-tawarkan-3-jenis-set-buffet.html)

BERSANTAI & RECHARGE (Day Use) - Alami percutian yang menyegarkan dari jam 10:00 pagi sehingga 2:00 petang. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar).

Untuk tempahan, sila hubungi di nombor telefon (03) 7954 6888 atau e-mel di armada@armada.com.my.


Post a Comment

0 Comments