Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

 

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke MAJLIS ANUGERAH ZOOM INTO MALAYSIA 2023 yang dianjurkan oleh HUAWEI MALAYSIA. HUAWEI MALAYSIA telah meraikan kegemilangan PERADUAN FOTOGRAFI ZOOM INTO MALAYSIA dengan majlis anugerah yang meriah bertempat di The Raw Studio oleh Metal Bees.

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

Acara tersebut meraikan bakat-bakat luar biasa di sebalik lensa, mengiktiraf pemenang-pemenang dengan hadiah-hadiah yang dinantikan seperti HUAWEI P60 Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI FreeBuds 5. Sambutan yang menggalakkan terhadap peraduan ini mempamerkan komitmen Huawei untuk memupuk kreativiti dalam komuniti fotografi di Malaysia.

HUAWEI MALAYSIA MENYAMBUT KECEMERLANGAN ARTISTIK
MELALUI MAJLIS ANUGERAH ZOOM INTO MALAYSIA 2023

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

PERADUAN FOTOGRAFI ZOOM INTO MALAYSIA, yang berlangsung dari Mei hingga Jun, berjaya menarik seramai 4,100 peserta dari seluruh Malaysia, menyediakan platform yang menarik bagi para profesional dan penggemar fotografi dan videografi mobil untuk mempamerkan kemahiran fotografi dan videografi mereka yang unik.

Para peserta telah merakam keindahan Malaysia yang mengagumkan menggunakan telefon pintar Huawei, membolehkan mereka mengekspresikan kreativiti dan perspektif mereka dalam menggambarkan pemandangan alam yang unik dan detik budaya yang meriah.

PERIHAL HUAWEI CONSUMER BUSINESS GROUP (CBG) MALAYSIA

Produk dan perkhidmatan Huawei tersedia di lebih 170 negara dan digunakan oleh satu pertiga daripada penduduk dunia. Empat belas pusat R&D telah ditubuhkan di negara-negara di seluruh dunia, termasuk Jerman, Sweden, Rusia, India dan China.

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

Huawei Device BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, PC dan tablet, perkhidmatan boleh pakai dan awan, dsb. Rangkaian global Huawei dibina atas kepakaran lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi dan didedikasikan untuk menyampaikan kemajuan teknologi terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

Encik Victor Xu, Pengarah Negara Huawei Malaysia Consumer Business Group (CBG) menyatakan, “Kami kagum dengan tahap kreativiti dan kepintaran yang ditunjukkan oleh semua peserta. Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia bukan sahaja merakamkan visual yang menakjubkan tetapi juga menyatukan para jurugambar dari pelbagai latar belakang, masing-masing menyumbangkan penceritaan unik mereka melalui lensa telefon pintar Huawei.”

Dilancarkan pada 2022, jenama XMAGE memberi tumpuan kepada sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi imbasan dan pemprosesan imej dalam bidang fotografi. Keempat-empat asas XMAGE kini membentuk prinsip teknologi kamera telefon pintar baharu Huawei yang tersedia dalam Siri HUAWEI Mate50 Kamera Apertur Ultra dan HUAWEI P60 Pro Telefoto Ultra Lightning Kamera.

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

Ianya menghasilkan imej yang mengagumkan siang dan malam dengan keupayaan menangkap cahaya penuh yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

PERADUAN FOTOGRAFI ZOOM INTO MALAYSIA MEMPAMERKAN KEUPAYAAN TEKNOLOGI HUAWEI XMAGE

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’
Pemenang utama : Peraduan Fotografi Zoom Into Malaysia

Dengan sokongan teknologi XMAGE, Huawei terus memperkasakan jurugambar dengan alatan termaju untuk merakam keindahan landskap dan detik budaya Malaysia. Dalam pandangan ke hadapan, Huawei tetap berkomitmen untuk memupuk kreativiti dan memajukan fotografi melalui teknologi inovatif.

Masa depan menjanjikan harapan besar bagi komuniti fotografi, kerana Huawei terus menolak sempadan teknologi pengimejan dan memberi inspirasi kepada juru gambar untuk menjelajahi alaf baru.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Huawei yang akan datang, boleh layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.

 

Huawei Malaysia Menyambut Kecemerlangan Artistik Melalui ‘Majlis Anugerah Zoom Into Malaysia 2023’

Post a Comment

0 Comments