Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan untuk hadir ke program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah
dengan Cinta" yang dianjurkan oleh Munawwareen dalam mengimarahkan
Sambutan Awal Muharram bertemakan Raudah Jiwa yang julung kalinya diadakan
dengan kerjasama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa.
MUNAWWAREEN – JENAMA FESYEN ISLAMIK
Munawwareen merupakan jenama fesyen Islamik tempatan cetusan idea Datin Hajah Aliza Abu Bakar yang telah diilhamkan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Haji Haron Din membawa maksud ‘Engkau Datang Membawa Cahaya’. Munawwareen menumpukan rekaan kolekasi pakaian Muslim dan Muslimah, dan turut menyasarkan untuk menjadi pendahulu fesyen Islamik patuh Syariah di Malaysia.

Saiz pakaian bermula dari XS sehingga ke 4L. Jenama
Munawwareen telah berada 5 tahun dalam pasaran dan mendapat sambutan dari
masyarakat terutamanya para Muslimah.

PROGRAM TAUSIYAH 1 MUHARRAM
ANJURAN MUNAWWAREEN
‘HIJRAH, MELANGKAH DENGAN CINTA’
![]() |
| Barisan panel jemputan : Irma Hasmie selaku moderator, Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony, juga panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy |
Program terbuka yang hanya disertai para Muslimah ini berkonsepkan 'sharing session' di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawal jam 9 pagi.
.jpeg)
Pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H.
Awal Muharram atau Maal Hijrah
merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana
menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu
memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada
tahun 622 Masihi.

Justeru, Munawwareen mengambil
inisiatif menyampaikan dakwah melalui program sebegini di samping meraikan
kedatangan bulan yang mulia ini dengan semangat hijrah, yakni niat untuk
melakukan perubahan dalam pelbagai aspek.
Barisan panel jemputan terdiri daripada Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati, Ustazah Nony, juga panel istimewa Puan Masitah Mohd Afandy dan Irma Hasmie selaku moderator bagi program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”.
Program ini juga turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi
bersama-sama memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur
unsur dakwah Islamiyah, doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah
SAW.

Program Awal Muharram ini juga
adalah salah satu inisiatif memperkenalkan kolaborasi strategik jenama
Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan, untuk membawa Jemaah
OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) menunaikan Ibadah Umrah pada
bulan Oktober 2023. Projek Langkah Kerdil Menuju Baitullah 2.0 ini juga
bertujuan merealisasikan Impian lebih kurang 40 orang ahli pertubuhan
mengerjakan umrah buat pertama kalinya.
KATA ALONGMURNI
AM sangat menyokong program seumpama ini yang memberi manfaat kepada ummah. Insiatif dan usaha yang ditunjukkan oleh Munawwareen wajar mendapat penghargaan dan pengiktirafan. Semoga lebih ramai pihak turut sama menurut jejak langkah dan membantu usaha yang cuba dibangunkan oleh Munawwarren ini.
Sepanjang program ini banyak yang AM pelajari terutamanya saling menghargai, syukur dan sentiasa bersangka baik dengan setiap aturan yang telah diberikan oleh Allah. Segalanya pasti ada hikmah dan maksud tersirat di sebalik takdir yang tercipta.
AM begitu tersentuh dengan setiap topik yang diutarakan oleh panel-panel hebat yang berkongsi pengalaman dan menyentuh isu ilmiah dan insaniah.
![]() |
| AM bersama dengan Pengasas Munawwareen - Datin Hajah Aliza Abu Bakar |



0 Comments