
Kali ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke program Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia yang bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Selangor Youth Community (SAY) memperkasakan pembangunan usahawan OKU Melalui Liga Usahawan OKU Malaysia (SAY LEAD PRO).
Duli Yang Teramat Mulia (D.Y.T.M.) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah membangunkan usahawan OKU melalui program Liga Usahawan OKU Malaysia atau SAY LEAD PRO melalui Selangor Youth Community (SAY) disokong oleh Yayasan Hasanah.
Usaha ini adalah untuk membangunkan
usahawan OKU yang berbeza latar belakang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor,
Putrajaya dan Negeri Sembilan melalui program keusahawanan yang telah
berlangsung selama 18 bulan.
SAY MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN OKU MELALUI LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA (SAY LEAD PRO)
Program Liga Usahawan OKU
Malaysia ataupun SAY LEAD PRO bermatlamat untuk meningkatkan tahap sosio
ekonomi mereka agar dapat menjana pendapatan yang stabil melalui perniagaan dan
seterusnya mewujudkan sebuah komuniti usahawan OKU yang saling membantu serta
bermanfaat kepada masyarakat.
Terdapat empat fasa program ini
iaitu Unearth The Talent, Commercialisation, Sustainability dan Giving Back to
Society. Antara teras program ini adalah latihan keusahawanan, penglibatan
mentor dari industri, sesi kaunseling dan penglibatan ahli keluarga.
Pada fasa pertama program,
seramai 90 usahawan OKU telah dipilih berdasarkan sektor makanan dan minuman
(F&B), jahitan dan perniagaan atas talian. Pada fasa ini, peserta diberikan
latihan asas berdasarkan sektor mereka dan sejumlah RM90,000.00 telah diberikan
kepada 30 peserta terbaik bagi semua sektor sebagai geran permulaan perniagaan.
10 PESERTA PUSINGAN AKHIR LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA

Pada pusingan akhir Liga Usahawan
OKU Malaysia pada 27 Julai 2023, seramai 10 usahawan OKU telah membuat
pembentangan perniagaan di hadapan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah
Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
Pelbagai jenis perniagaan telah
dibentangkan, antaranya ialah kerepek, minyak wangi, kedai runcit, jahitan baju
dan beg batik, tanjak, panipuri, sambal hitam belimbing, rendang dan
sebagainya.
Di akhir pembentangan, tiga
usahawan akan dipilih memenangi pusingan akhir ini seterusnya dinobatkan
sebagai Ikon Usahawan SAY LEAD PRO 2023. Pemenang akan membawa pulang trofi Ikon
Usahawan SAY LEAD PRO 2023 dan geran tambahan perniagaan bernilai RM2,000.00 seorang.
PEMENANG PUSINGAN AKHIR LIGA USAHAWAN OKU MALAYSIA
Tiga pemenang Pusingan Akhir Liga
Usahawan OKU Malaysia adalah:
![]() |
| Tempat Pertama Liga Usahawan OKU Malaysia |
TEMPAT PERTAMA: Pn Nor Zaidah
binti Ab Rahman.
Jenama: Zai Collection
Jenis OKU: Fizikal
Produk: Blaus Batik &
Tanjak
![]() |
| Tempat kedua : Liga Usahawan OKU Malaysia |
TEMPAT KE-2: Lailatol Mawar
binti Mohd Noh
Jenama: Lyla Rose
Jenis OKU: Fizikal
Produk: Tote Bag, Book Cover, Table Runner, Placement
![]() |
| Tempat ketiga: Liga Usahawan OKU Malaysia |
TEMPAT KE-3: Nurzakiah bt
Dzulkifli
Jenama: Haruman Perfume
Jenis OKU: Fizikal
Produk: Minyak Wangi
![]() |
| Panel Juri Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Malaysia |
Pusingan akhir Liga Usahawan OKU Malaysia pada hari ini telah diadili oleh juri berpengalaman yang terdiri daripada:
- Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor merangkap Pengasas dan Penaung Diraja Selangor Youth Community (SAY)
- YBrs. Encik Zadil Hanief Mohamad Zaidi - Ketua Pegawai Strategi, Yayasan Hasanah
- YBrs. Encik Rizal Nainy - Ketua Pegawai Eksekutif, SMECorps
- YBrs. Encik Muhd Firdaus Bin Azharuddin - Ketua Pegawai Eksekutif, INSKEN
- YBrs. Puan Hairul Azrien Baharudin - Pegawai Pembangunan Usahawan, DDEC, MARA
.jpeg)





0 Comments