Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

 

Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

Nama Restoran BBQ Lamb Kemensah semestinya tidak asing lagi di kalangan peminat makanan BBQ. Kali ini AlongMurni (AM) ingin kongsikan Steamboat Buffet yang kini boleh dinikmati di BBQ Lamb Kemensah. Sangat mudah untuk datang ke sini kerana lokasi BBQ Lamb KL Kemensah di terletak di Kampung Kemensah, betul-betul jalan sebelah pintu masuk utama Zoo Negara, Kuala Lumpur.

STEAMBOAT BUFFET DI BBQ LAMB KEMENSAH

HARGA BERPATUTAN DENGAN MENU PELBAGAI .

Sebelum ini Restoran BBQ Lamb Kemensah dibuka pada waktu siang hari sahaja untuk menu seperti Smoke, BBQ dan Grill. Ada pelbagai menu pilihan sajian untuk dirasai bersama pasangan, keluarga mahupun kumpulan yang besar. Suasana lebih seperti berkelah mahupun santai sambil main di air sungai yang mengalir jernih.  

Namun kini menu Steamboat Buffet boleh dinikmati pada waktu makan malam bermula jam 7 malam sehingga jam 12 malam. Secara peribadi, AM rasakan suasana malam lebih indah, romantik dengan cahaya lampu dan nyaman.

Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

Pilihan untuk menjamu steamboat boleh dipilih mengikut kategori berikut:

RIVER DINING: Bagi yang sukakan cabaran menjamu selera di air, semestinyaRiver Dining menjadi pilihan untuk merasai sendiri dingin air sungai yang mengalir.

RIVERSIDE: Ada juga tempat duduk di tepi sungai juga disediakan. Jadi boleh makan Steamboat sambil melihat dan mendengar aliran sungai.

KHEMAH ARABIAN: Tempat berbumbung ‘transparent’ ala Arabian. Jadi masih dapat lihat suasana malam. Malahan jika hujan pun dapat berteduh dan nikmati Steamboat dengan suasana yang nyaman dan selesa.

MENU PELBAGAI STEAMBOAT BUFFET

Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

Terdapat pelbagai jenis menu untuk nikmati steamboat termasuk kambing, ayam, seafood dan itik. Setiap bahan ada diperap dan ada yang asli untuk di’grill’. Semestinya kambing dan itik menjadi pilihan AM untuk di’grill’. Rambang mata AM dibuatnya. Semua nampak sedap dan menyelerakan. 

Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

Manakala bahan untuk steamboat terdiri daripada sayuran, bebola (ikan, udang, sayur, ketam, ayam dan daging), telur (ayam dan burung puyuh) dan untuk dinikmati bersama mee dan maggi. Menariknya adalah, AM boleh makan sepuasnya tanpa had sehingga kenyang. Namun pastikan tiada pembaziran yea!

Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

3 jenis kuah disediakan dan boleh AM pilih. Antara pilihan kuah adalah Tomyam, Sup dan Kuah Kimchi. Semestinya Tomyam jadi pilihan AM. Tiada had untuk penambahan kuah tau!

Tidak lupa juga pilihan makanan bergoreng seperti ayam goreng Kimchi, Nugget, Nasi Goreng, kek Spagetti, Dimsum dan Pau, Aiskrim, kuih muih tradisional, jajan seperti keropok dan buah-buahan siap tersedia. 

Steamboat Buffet Di BBQ Lamb Kemensah

Dengan harga RM 38 seorang bagi dewasa, RM 25 bagi kanak-kanak dan RM 30 seorang bagi warga emas dan OKU boleh nikmati Steamboat Buffet di BBQ Lamb Kemensah.

WAKTU OPERASI

BBQ : Bermula 12 tengahari  sehingga 6.30 petang

Steamboat Buffet : Bermula jam 7 malam sehingga 12 malam

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bagi menjamu selera di BBQ Lamb Kemensah boleh Booking tempat dan di nombor 0122114100.

Post a Comment

0 Comments