Bengkel Blueberry Wonder: Jadikan Buah Beri Biru Sumber Makanan Bernutrisi

 

Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama dalam BENGKEL BLUEBERRY WONDER bertempat di KL Wellness City, Bukit Jalil. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan termasuk perbincangan berinformasi bersama ahli panel jemputan, demonstrasi masakan, serta peluang menikmati pemanis mulut yang dikombinasi bersama Buah Beri Biru Oregon Washington yang kaya dengan antioksidan.

Bengkel Blueberry Wonder

BENGKEL BLUEBERRY WONDER 

JADIKAN BUAH BERI BIRU SUMBER MAKANAN BERNUTRISI

Sebelum bengkel bermula, EN. EDDIE SAW, WAKIL MALAYSIA US BLUEBERRIES DARI TOTAL MARKET SOLUTIONS, memberikan ucapan tentang peranan beri biru merangkumi asal usul Buah Beri Biru sehingga terkenal sebagai sumber makanan bernutrisi pada hari ini.

Ini diikuti ucapan tentang kepentingan mengekalkan gaya hidup yang sihat dari wakil penaja tempat acara KL Wellness City, yang bertujuan melengkapkan acara yang berfokus kesihatan ini.

Bengkel Blueberry Wonder

Seterusnya, pempengaruh media sosial gaya hidup Iman Azman memberikan informasi tentang kepentingan menambahkan buah beri biru dalam kehidupan seharian.

Buah-buahan yang kecil tetapi penuh khasiat ini sering ditambah ke dalam diet yang moden disebabkan kandungan nutrisinya yang tinggi, dan kesesuaiannya ditambah dalam pelbagai hidangan dan minuman.

Iman berkata, “Si kecil saya suka menikmati buah beri biru di dalam cupcake mereka, dan sebagai seorang ibu, saya mendapat keyakinan apabila menambah ramuan segar yang berkualiti dan penuh khasiat ke dalam snek dan minuman mereka.”

Perjalanan gastronomi ini dimeriahkan dengan demonstrasi masakan oleh Chef Zie Zie. Beliau menyediakan Mangkuk Quinoa Ayam Bakar dengan Buah Beri Biru Segar. Berikut AM kongsikan resepi-resepi yang telah ditunjukkan oleh Chef Zie Zie

Bengkel Blueberry Wonder

Bengkel Blueberry Wonder

Bengkel Blueberry Wonder

AM sendiri dapat melihat secara langusng masakan yang dibuat oleh Chef Zie Zie dan memberi inovasi baru kepada masakan dengan menambah kelebihan rasa yang buah beri biru ini membawa kepada masakan savori.

Bengkel Blueberry Wonder

AM juga berpeluang menyediakan Tart Mini Berintian Krim Keju dan Beri Biru dan minuman Colada Beri Biru sewaktu aktiviti memasak.

Setelah akitiviti kulinari selesai, semua peserta yang terlibat menjamu selera dengan hidangan waktu tengahari, sebelum mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda ingatan.

Bengkel Blueberry Wonder
Penyampaian Sijil Penyertaan oleh Chef Zie Zie kepada AM

Setelah bengkel habis, upacara pemberian sijil diadakan sebagai tanda terima kasih kepada semua peserta. Ini diikuti dengan pengumuman pemenang pertandingan Insta, untuk mengakhiri acara tersebut dengan lebih meriah.

KELEBIHAN BUAH BERI BIRU

Sememangnya Buah Beri Biru, terkenal sebagai superfood yang kaya dengan antioksidan, memiliki pelbagai kelebihan dari segi kesihatan, dari peningkatan sistem imun kepada penyokongan kesihatan jantung.

Bengkel Blueberry Wonder

Buah Beri Biru bebas dari kolesterol dan garam, dan mempunyai kandungan Potasium and Vitamin C yang tinggi, menjadikannya makanan sihat pilihan utama bagi penggemar kesihatan.

Bengkel Blueberry Wonder

Buah Beri Biru Oregon Washington dipetik berhati-hati untuk menjamin bahawa hanya buah-buahan yang berkualiti tinggi disediakan untuk anda. Ia boleh didapati di pasaraya besar dan kedai runcit terpilih.

Bengkel Blueberry Wonder


Post a Comment

0 Comments