Natura Campground: Indah dan Mendamaikan

 

Edisi percutian singkat kali ini, AlongMurni (AM) ingin kongsikan satu lokasi yang menarik yang penuh dengan kehijauan dan keindahan alam sekitar. Semestinya alam yang tidak hanya sekadar ubat yang mampu menghilangkan luka di hati, menghilangkan penat seharian bekerja malah alam juga dapat memberikan kedamaian di dalam jiwa.

Natura Campground

Cuti hujung minggu kali ini kami ke NATURA CAMPGROUND yang terletak di Kg Shafie Manchis, Bentong, Pahang. AM dan rakan-rakan berkumpul di Cyberjaya pada jam 11 pagi. Trip kali ini di bawah kelolaan GHULLAM DEVELOPMENT SDN BHD

Perjalanan dari Cyberjaya ke NATURA CAMPGROUND mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Kami menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh pihak GHULLAM DEVELOPMENT SDN BHD.

PERIHAL GHULLAM DEVELOPMENT SDN BHD

Dato’ Seri Hajah Siti Murni binti Dato’ Seri Sheikh Ahmad yang merupakan Ketua Pegawai eksekutif menubuhkan Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd pada 2013 dan bergiat aktif di dalam perumahan dan hartanah sehingga kini. 

Selain itu, beliau mewujudkan Program I-Kembali, yang akan bertindak sebagai “Care Taker” serta pemudahcara antara pihak Jabatan Penjara Malaysia, Peserta (ahli) dan Majikan.

GHULLAM DEVELOPMENT SDN BHD
Dato’ Seri Hajah Siti Murni binti Dato’ Seri Sheikh Ahmad : Ketua Pegawai eksekutif

Program I-Kembali ini memberi peluang kepada para bekas banduan untuk melalui kehidupan lebih bersemangat & lebih terbuka berbekalkan kesedaran & kemahiran yang diperolehi semasa di dalam penjara. 

Malahan program ini membolehkan para majikan membantu negara meningkatkan ekonomi negara melalui penggajian golongan bekas banduan - pengurangan kos di penjara.

AM sangat menyokong insiatif yang diusahakan oleh Dato’ Seri Hajah Siti Murni dalam memberi peluang pekerjaan kepada banduan apabila dibebaskan dan secara tidak langsung membantu ekonomi keluarga banduan.

KEDAI MAKAN KAK SU

Kedai Makan Kak Su

Dalam jam 1 petang, kami berhenti makan di KEDAI MAKAN KAK SU yang terletak di Simpang Pelangai. Lokasi KEDAI MAKAN KAK SU ini betul-betul berhadapan Pejabat ADUN Pelangai.

KEDAI MAKAN KAK SU ini menyajikan sajian kampung untuk makan dan minuman pagi dan tengahari. Masakan gulai kambing dan daging salai antara yang menjadi tarikan yang wajib dicuba.  

NATURA CAMPGROUND: INDAH DAN MENDAMAIKAN
'BACK TO NATURE'

Natura Campground

Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit untuk ke Natura Campground dari lokasi Kedai Makan Kak Su. Benarlah kata orang, ‘Alam itu indah, jangan hanya berdiam diri di rumah. Lihatlah pemandangan dan kehijauan alam untuk menghilangkan penat dalam fikiran’. 

Setibanya AM di Natura Campground, AM rasa teruja dan tak sabar nak menerokai Natura Campground yang seluas 9 ekar ini.

Natura Campground menyediakan penginapan chalet dan juga tapak perkhemahan. Terdapat tiga jenis penginapan chalet iaitu ;

HOBBIT CHALET

Terdapat 10 Unit lengkap 2 ‘camp bed’, kipas, plug suis, bantal, selimut dan tirai penyidai. Harga untuk penginapan semalam adalah RM 100.

COLLINA CHALET

Mempunyai 2 Unit lengkap dengan katil jenis Queen, bantal, selimut, tuala mandi, kipas, aircon dan bilik air. Manakala harga untuk penginapan semalam adalah RM 200.

CASA ALBERO CHALET

Kelengkapan sama seperti Collina Chalet Cuma ruangan agak luas lengkap dengan verandah. Harga untuk penginapan semalam adalah RM 300.

Natura Campground

AM memilih untuk menginap di Hobbit Chalet. Sepanjang berada di Natura Campground memang rasa tenang dan mendamaikan. Waktu malam hanya dengar bunyi cengkerik. 

AM yang selama ini mengalami kesukaran untuk tidur malam, dapat tidur dengan lena sehingga ke pagi. Rasa puas dapat tidur dengan nyenyak setelah 3 bulan sukar untuk tidur malam.

Terdapat empat lokasi perkhemahan iaitu ;

  • Campo Zone (20 Tapak)
  • Alto Zone (8 Tapak)
  • Pool Zone (5 Tapak)
  • Lato Zone (8 Tapak)
Natura Campground

Harga bagi setiap tapak perkhemahan adalah RM 70 untuk satu hari penginapan. Namun jika tidak mahu bermalam, hanya mahu berkelah dan mandi-manda, kadar bayarannya adalah RM 10 untuk dewasa manakala RM 5 adalah untuk kanak-kanak.

Natura Campground

Air kolam mandi di sini benar-benar sejuk dan bersih kerana berasal dari AIR BUKIT IDUNG. Memang rasa nyaman dan menyegarkan mandi di NATURA CAMPGROUND. Terdapat juga Air Terjun semulajadi dari Bukit Idung. 

Natura Campground

Fasiliti yang tersedia di NATURA CAMPGROUND adalah:

  • Ruangan padang: aktiviti sukaneka
  • Tempat khas BBQ
  • Tandas
  • Sinki
  • Surau
  • Swimming Pool (Kolam Mandi)
  • Pondok dan tempat rehat
  • Dewan
  • Ruangan Parking
  • Automatik Pagar yang sentiasa dikawal rapi.

Natura Campground

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi di :-

Email: naturacampground@gmail.com

WhatsApp: 016-449 4354

Lokasi: Lot PT666 Ulu Semie, Kg Shafie Manchis, Bentong, Malaysia

Post a Comment

0 Comments