Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

 

Untuk Edisi Percutian kali ini, AlongMurni (AM) nak kongsikan pengalaman AM menginap selama dua hari satu malam di AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT yang terletak di Bagan Lalang, Selangor melalui PROGRAM SEPANG FAM TRIP anjuran TOURISM SELANGOR.

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

PERCUTIAN DAN PENGINAPAN MENARIK DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT merupakan sebuah resort yang terletak di atas air dan pemandangan dari atas udara, akan nampak jelas seperti sebatang pokok kelapa.  Avani Sepang Goldcoast Resort mempunyai 315-unit bilik dan villa. Setiap bilik/Villa mewakili pelepah pokok kelapa ini. Ada disediakan Buggy untuk membawa AM dan beg/luggage ke Villa yang telah disediakan. 

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort
AM bersama dengan Zayani dan Aerill menaiki buggy

PENGINAPAN 2 HARI SATU MALAM 

DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort
AM menginap di Two Bedroom Villa

KEUNIKAN VILLA DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

Terdapat 4 jenis bilik/villa iaitu:

  • SUPERIOR ROOM : bersaiz 52 sqm / 560 sqft yang memuatkan dua orang dewasa
  • FAMILY VILLA : bersaiz 82 sqm / 882 sqft yang memuatkan 4 orang dewasa
  • TWO BEDROOM VILLA : bersaiz 122 sqm / 1,313 sqft yang memuatkan 5 orang dewasa
  • THREE BEDROOM VILLA : bersaiz 232 sqm / 2,496 sqft yang memuatkan 6 orang dewasa

TWO BEDROOM VILLA

AM dan rakan-rakan seramai 5 orang telah ditempatkan untuk menginap di villa jenis Two Bedroom Villa. Secara peribadi, AM merasakan ruangan di dalam Two Bedroom ini agar besar, eksklusif dan lengkap dengan kemudahan sedia ada. 

Memang sangat sesuai untuk menginap antara 4 ke 5 orang bagi satu-satu villa. Sungguh unik dan menarik design yang terdapat di Avani Sepang GoldCoast Resort. Segalanya serba lengkap terutamanya balkoni yang mempunyai pemandangan laut yang indah. 

Setiap bilik terdapat penghawa dingin dan juga kipas. Tidak lupa juga siap tersedia saterika dan papan bagi memudahkan untuk menggosok baju atau tudung untuk digunakan keesokkan hari. 

Bilik air juga lengkap tersedia dengan berus dan ubat gigi, tisu, shower cap, sabun mandi dan syampoo, tuala dan terdapat water heater. 

KELEBIHAN 

  • Teres atau balkoni peribadi dengan pemandangan panoramik laut
  • 2 bilik tidur dengan 1 bilik mandi
  • Bilik mandi marmar bilik tidur utama dengan tab mandi dan pancuran mandian berasingan
  • Ruang tamu
  • Televisyen LCD di ruang tamu dan bilik tidur utama
  • Akses internet berkelajuan tinggi
  • Jubah mandi dan selipar
  • Cerek air bersama sachet Kopi, Teh, Gula dan Cremer

SANTAI MINUM PETANG DI SEPOI-SEPOI RESTAURANT

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Menu hidangan di Sepoi-sepoi Restaurant berkonsepkan sajian tempatan asli dan barat. Jadi sajian yang dipilih untuk santai minum petang adalah:

  • Pizza
  • Chicken Chop
  • Sate
  • Set Burger
  • Rojak Buah
  • Air Kelapa

Setiap hidangan portionnya agak banyak dan boleh dikongsi bersama 2 atau 3 orang untuk satu-satu menu. Memang santai dapat minum petang sambil borak bersama rakan untuk merancang aktiviti yang ingin dilakukan di Avani Sepang Goldcoast Resort. 

NIKMATI MAKAN MALAM DI HAI SANG LOU RESTAURANT

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Menu sajian di Hai Sang Lou Restaurant berkonsepkan chinese style dan muslim friendly. Rasanya sangat enak dan memiliki selera oriental yang lazat. Memang sedap dinikmati ketika makan malam. 

Antara menu yang sempat AM cuba adalah:

  • Fried Sliced Beef with Black Paper Sauce
  • Roasted Chicken with Sichuan Spicy Sesame Dressing
  • Cantonese Style Hor Fun with Seafood in Egg Gravy
  • Steamed COD Fish in Premium Soy Sauce
  • Fried Squid with Salted Egg

AKTIVITI MENARIK DI AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT

AVANISPA

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Sambil bersenang-senang di Avani Sepang GoldCoast Resort, AvaniSpa juga turut menawarkan perkhidmatan spa dan urutan. Ianya menjadi saat paling releks yang boleh nikmati sepanjang percutian di sini terutamanya dilayan dengan mesra oleh kakitangan AvaniSpa. Semestinya memanjakan diri menjadi pilihan untuk pengalaman berbeza.

AM sendiri tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri urutan di AvaniSpa. AM diberi minuman yang sihat dan segar sebelum memulakan urutan. Memang best bila diurut sampai menikmati angin laut yang menenangkan.  

MENAIKI ATV

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

ATV sangat terkenal sebagai antara sukan lasak disukai ramai. AM sendiri sangat menyukai untuk menaiki ATV kerana ianya mencabar untuk mengendalikan ATV ini. Kekuatan tangan sangat diperlukan terutama apabila membelok ke satu-satu selekoh kerana saiz ATV yang sememangnya berat.

Trek yang digunakan untuk ATV ini agak santai dan mudah bagi yang baru nak menjinak-jinak diri untuk menaiki ATV. Masa diberikan 20 minit bagi setiap sesi. 

SMILEY BEACH FIRE SHOW

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Pada waktu malam, AM berpeluang untuk menyaksikan ‘Smiley Beach Fire Show’ yang dilakukan di Pantai bersebelahan Avani Sepang Goldcoast Resort. Pertunjukan api yang sangat menarik kerana Kumpulan ini telah melakukan beberapa formasi yang super-duper hebat seperti mandi api, makan dan sembur api, menari di dalam api dan beberapa formasi lain yang menarik.

AM sendiri berpeluang mengangkat batang besi berapi yang menjadi alat utama dalam persembahan. Sememangnya untuk mempunyai kemahiran mengendalikan batang besi yang disaluti api bukan sesuatu yang mudah kerana berisiko untuk tercedera. AM kagum dengan persembahan dan formasi yang dilakukan. 

BERBASIKAL

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

AM sempat juga berbasikal untuk ke Villa selepas selesai menonton Pertunjukan Api. Yelah, AM nak berbasikal di siang hari tapi memandangkan cuaca yang agak panas dan jadual yang padat jadi AM memilih untuk berbasikal di malam hari. 

Agak seronok berbasikal ke bilik sambil merasai angin laut yang mendamaikan. Rasa tenang dan siap menyanyi sambil mengayuh basikal sehingga ke Villa AM. Nak nak berbasikal santai bersama rakan-rakan. Memang menjadi detik-detik yang indah dan manis buat AM. 

OOTD

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Di Avani Sepang Goldcoast Resort ini juga terdapat lokasi yang menarik dan cantik untuk OOTD. Macam-macam gaya dan style AM buat bila berada di sini. Memang seronok rasanya bila tengok hasil OOTD. AM rasa cantik dan comel sekejap bila berlatar belakangkan pemandangan yang indah!!

SARAPAN PAGI DI BILA BILA RESTAURANT

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Sebelum check out, AM sarapan pagi di Bila Bila Restaurant. Menu sajian di sini memang pelbagai dan banyak pilihan sampai rambang mata AM tak tahu nak mula yang mana dahulu. Masakan di sini juga sedap dan enak. 

Ada masakan melayu, cina, india dan western. Pilihan roti juga pelbagai jenis dan perisa. Ada juga aiskrim yougurt, bijirin sarapan pagi dan pilihan buah-buahan atau manisan. 

Percutian Dan Penginapan Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort

Memang satu percutian dan pengalaman yang indah sepanjang AM berada di Avani Sepang Goldcoast Resort. Ada banyak aktiviti menarik dan port-port yang cantik untuk bergambar yang mesti dilakukan dan dikunjungi di sini. InsyaAllah ada rezeki, AM pasti akan datang ke sini bersama keluarga. 

Avani Sepang Goldcoast Resort

No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,

Kg Bagan Lalang, Sungai Pelek,

Selangor Darul Ehsan 43950

+603 3182 3600

sepang@avanihotels.com



Post a Comment

0 Comments