Kali ini, AlongMurni (AM) ingin kongsikan sajian berasaskan makanan tradisional peranakan peranakan Baba Nyonya yang terdapat di KAPITAN CAFÉ yang terletak di Tingkat 3 HOTEL SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR.
Untuk datang ke sini boleh
gunakan pengangkutan awam seperti LRT dan Monorail. Cuma mengambil masa 4 minit
dari LRT Dang Wangi dan 7 minit dari Monorail Bukit Nanas berjalan kaki ke HOTEL
SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR. Jika menaiki kereta boleh juga parking
di hotel atau kawasan berhampiran yang telah tersedia.
SANTA GRAND
SIGNATURE KUALA LUMPUR PERKENALKAN MENU
‘AUTHENTIC NYONYA NOODLES HUT’
Masakan Tradisional Peranakan Baba Nyonya
SANTA GRAND SIGNATURE KUALA
LUMPUR telah memperkenalkan menu ‘Authentic Nyonya Noodles Hut’ untuk
meraikan MASAKAN TRADISIONAL PERANAKAN BABA NYONYA. Menu
promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran iaitu di Kopi Bar, Kapitan
Café dan Sky Lounge bermula 1 Ogos 2023 hingga 31 Disember 2023.
KAPITAN CAFE
Masakan tradisional peranakan
Baba dan Nyonya di SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR merupakan
resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Malaysia tempatan Tengku
Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De
Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).
AM sendiri tidak melepaskan
peluang untuk mencuba dan merasai keenakan hasil air tangan ketiga-tiga chef hebat
ini. Masakan Peranakan atau Nyonya ialah campuran bahan-bahan Cina dengan
pelbagai rempah ratus dan teknik memasak yang berbeza digunakan oleh masyarakat
Melayu/Indonesia.
Semestinya paduan rasa masakan Melayu/Indonesia yang sama masam, beraroma, pedas dan herba digabungkan bersama masakan Peranakan menjadi titik utama yang menggamit selera.
Chef telahpun menyelaraskan semua
ciri penting hidangan Nyonya merangkumi kesegaran, kemanisan, masam, kepedasan
dan rasa yang kaya dengan masakan asli Nyonya untuk menu sajian utama iaitu
AM telah merasai ketiga-tiga menu
yang menjadi sajian utama dan pilihan di SANTA GRAND SIGNATURE KUALA LUMPUR.
AM sarankan dan wajib dicuba sendiri jika singgah di sini. Setiap menu
menggunakan bahan yang segar dan premium. Pastinya akan ‘repeat’ untuk datang
ke sini lagi setelah mencuba sendiri keenakan sajian MASAKAN TRADISIONAL
PERANAKAN BABA DAN NYONYA.
KUIH MUIH TRADISONAL JUADAH NYONYA
Selain hidangan istimewa ini, AM
juga menikmati juadah Nyonya yang menjadi kegemaran ramai termasuk seperti
Kuih Onde-onde, Seri Muka, Kuih Talam, Kuih Koci, Sagu Gula Melaka, Cucur
Udang, dan kuih Ketayap. Malahan buah-buahan yang segar juga tidak terkecuali menjadi
sajian pencuci mulut.
Sebarang tempahan, boleh rujuk dan
membuat pesanan di:
Emel di:
reservation@santagrandhotels.com.my
Layari:
www.santagrandhotels.com.my
Alamat: Santa Grand Signature Kuala Lumpur
No.36 Menara Santa,
Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Malaysia





0 Comments