Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak


Sebagai tanah air banyak komuniti yang unik, Sarawak mempunyai pelbagai masakan yang jarang ditemui di tempat lain di Malaysia. Keunikan Sarawak bergantung kepada kumpulan etniknya. Setiap kumpulan asli di Sarawak mempunyai gaya hidup, tradisi, budaya dan makanan mereka sendiri.

AlongMurni (AM) sukakan masakan Sarawak kerana kurang pedas dan mempunyai rasa halus dalam rasa. Ia menggunakan makanan laut segar dan herba semulajadi seperti kunyit, serai, halia, limau dan daun ubi. Bahan-bahan ini tidak hanya mudah didapati, tetapi juga menambah sedikit aroma, tekstur dan kesegaran pada makanan yang lazat.

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Untuk edisi masakan pilihan AM kali ini, AM ingin kongsikan masakan Sarawak yang sedap dan penuh dengan keunikan rasa tersendiri. Restoran Kedey Kamek yang terletak di Sunway Putra Mall ini dimiliki oleh seorang anak jati Sarawak iaitu Amin Aznizan yang ingin mengetengahkan masakan Sarawak kepada dunia.


AMIN AZNIZAN ANAK JATI SARAWAK 

BERAZAM MENDUNIA 

SAJIAN MASAKAN SARAWAK


LATAR BELAKANG AMIN AZNIZAN

Ketika umur menginjak 34 tahun pada 2023 ini, Amin Aznizan telahpun mengetuai empat syarikat utama iaitu SOCC Holdings Berhad, SOCC Offshore Sdn Bhd, AnakMiri Kitchen Sdn Bhd dan juga SOCC Catering Sdn Bhd.

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Beliau merupakan usahawan selama lebih 10 tahun dengan pelbagai perniagaan yang melibatkan hiburan, makanan dan minuman, muzik, industri penjagaan kulit serta perkhidmatan perundingan dan latihan dalam industri minyak dan gas.

Beliau lulus dari Grenoble Graduate School of Business di Grenoble, Perancis dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Perniagaan Antarabangsa pada tahun 2012. Selepas tamat pengajian, beliau menubuhkan Cinqasa Sdn Bhd yang terlibat terutamanya dalam antara lain, pembuatan jus buah-buahan dan minuman lain serta mengendalikan kafe dan restoran.

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, tanggungjawabnya termasuk mempromosikan pengedaran jenama minuman baharu yang dicipta oleh syarikat itu, bernama Leema di seluruh Sarawak. Syarikat itu kini ditukar nama kepada AnakMiri Kitchen Sdn Bhd dan beroperasi dengan 3 jenama iaitu Kedey Kamek, Gogoreng dan Nang Haus di Lembah Klang.

Beliau juga pernah menerima pengiktirafan anugerah usahawan muda (Youth Entrepreneur Award) oleh Sarawak Bumiputera Chamber of Enterpreneurs (DUBS) pada tahun 2015.

RESTORAN KEDEY KAMEK MENDUNIAKAN MASAKAN SARAWAK

Nenek dan ibu saudaranya menjadi sumber inspirasi dan semangat utama Amin Aznizan untuk membuka KEDEY KAMEK ini. Mereka  telah menurunkan  resepi-resepi yang telah diwarisi turun-temurun dan resepi tersebut telah menjadi asas kepada hidangan-hidangan enak yang dinikmati di restoran milik beliau.

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Kedey Kamek yang dikendalikan oleh Amin Aznizan di bawah AnakMiri Kitchen Sdn. Bhd. mempunyai tiga lagi jenama lainnya iaitu Nang Haus, GoGoreng & Seahorse Seafood. Minuman jenama Nang Haus memperkenalkan minuman asal dari Sarawak seperti minuman '3-layer tea' dalam tin yang boleh didapati di kedai runcit seperti 7-Eleven.

MENU SAJIAN PILIHAN

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

AM berpeluang mencuba sajian yang penuh unik dan menarik iaitu Laksa Sarawak Udang Galah, Linut Terubok Masin, Mee Jawa Kambing, Mee Kolok, Nasi Ayam Pansoh, Satay Ayam, Mee Pok, Mee Kari Kerang dan Masak Lemak Udang.

LAKSA SARAWAK UDANG GALAH

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Mee (biasanya bihun) yang dihidangkan dalam sup santan berperisa, dihiasi dengan ayam yang dicincang, telur dadar yang dicincang, tauge, udang, dan dihiasi dengan ketumbar. Dengan kombinasi udang galah yang besar dan enak menjadi sajian ini bernar-benar unik dan menarik.

LINUT TERUBUK MASIN

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Linut makanan ruji untuk rakyat Melanau. Ia diperbuat dari tepung sagu, bercampur dengan air panas. Manakala Terubuk Masin dianggap sebagai makanan istimewa ikonik di Sarawak dan wajib dicuba.

MEE JAWA KAMBING

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Rasa Mee Jawa Kambing memang lain dari yang lain. Kuahnya likat pekat dan enak pastinya menarik untuk dicuba.

MEE KOLOK

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Mee kolok ialah mee yang popular di Sarawak. Ianya dihidangkan bersama kuah sup dan cili kicap. Mee kolok terasa istimewa kerana ia menggunakan yee mee dan dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu.

NASI AYAM PANSOH

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Penyediaan ayam yang paling tipikal Iban yang dipanggang dengan daun bungkang, serai, halia, dan daun ubi, kemudian disumbat ke dalam buluh dan dipanggang di Uma Avok (perapian tradisional).

SATAY AYAM

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Rasa satay ayam sangat enak dengan perapan tanpa perlu dicicah dengan kuah.

MEE POK

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Didatangkan bersama Sup dan Sos Kicap. Berbeza dari Mee Kolok kerana Mee Pok secara khusus menggunakan mee yang agak leper dan lebar.

MEE KARI KERANG

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Rasa Mee Kari Kerang ini memang lain dari Mee Kari yang AM pernah rasa sebelum ini. Sememang rasa kuah yang padat dengan rasa malahan terdapat kerang yang besar dan segar.

MASAK LEMAK UDANG

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Rasa masak lemak udang ini memang rasanya dari masak lemak yang AM pernah makan sebelum ini. Rasanya yang kurang pedas, tekstur yang ringan dan padat dengan rasa rempah asli.

Secara peribadi, AM sukakan masakan Sarawak yang disajikan di Restoran Kedey Kamek ini. Memang wajib dicuba menu-menu yang AM sarankan ini. Memang sangat puas hati dan berbaloi untuk menu masakan Sarawak di Restoran Kedey Kamek ini. 

Cawangan Restoran Kedey Kamek di sekitar Lembah Klang terdapat di TTDI, Lala Port dan Sunway Putra Mall. Jangan lupa singgah dan rasai sendiri keenakan masakan Sarawak di sini.

Untuk info dan maklumat lanjut boleh layari:-

Kedey Kamek: https://kedeykamek.com/

SOCC Holdings Berhad: https://socc.com.my/

 

Amin Aznizan Anak Jati Sarawak Berazam Mendunia Sajian Masakan Sarawak

Post a Comment

0 Comments