Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan satu majlis pengiktirafan Dr Mustafa Mohammed Taher sebagai pakar bedah Bariatrik di Pusat Perubatan CENGILD bertempat di Restoran Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023

DR MUSTAFA MOHAMMED TAHER DIIKTIRAF PAKAR BEDAH BARIATRIK TERBAIK DI ASIA PACIFIC 2023

Dr Mustafa Mohammed Taher telah diiktiraf sebagai salah seorang pakar bedah Bariatrik terbaik di Asia Pacific pada majlis Anugerah Kesihatan dan Pelancongan Global baru-baru ini di Kuala Lumpur. Dr Mustafa yang merupakan Pakar Bedah GI dan Bariatrik telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan Bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu.

PEMBEDAHAN BARIATRIK

Pembedahan bariatrik ialah pembedahan yang membantu seseorang menurunkan berat badan dengan membuat perubahan kepada sistem pencernaan sama ada dengan mengecilkan perut ataupun memintas sebahagian daripada usus kecil.

AM juga berpeluang melihat video bagaimana cara operasi dibuat dan dijalankan. Pelbagai info menarik dikongsikan sepanjang program berlangsung. 

Ramai pesakit yang mendapatkan rawatan daripada beliau merupakan penghidap pelbagai penyakit seperti mereka yang mengalami masalah obesiti dan berat badan yang berlebihan sehingga menimbulkan kesukaran buat mereka disamping pelbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023

Pembedahan Bariatrik bukan sahaja berjaya membantu para pesakit untuk mengurangkan berat badan tetapi membantu merawat masalah kencing manis dan darah tinggi disamping membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan,asma,serangan panik, kemurungan,sakit lutut, sakit belakang,dan anti sosial.

Pesakit Bariatrik Dr Mustafa juga telah mengambil inisiatif menubuhkan kumpulan sokongan mereka sendiri yang diketuai oleh Chef Bob@Alfie Sabri. Chef Bob sebelum ini telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan menggunakan keluli untuk menyokong kakinya akibat masalah obesiti yang sangat teruk. Chef Bob telah berjaya menurunkan berat badan beliau sebanyak 130kg dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan kini menjalani kehidupan normal semula.

Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023

Diantara rakan Selebriti-Selebriti yang turut hadiri Datuk Khaty, Zarina Zainuddin, Ziana Zain, Liza Abdullah. Mina dan Dato Zila Jalil. Sepanjang majlis tersebut, rakan selebriti sempat menceritakan pengalaman mengadakan sesi pembedahan bersama Doktor Mustafa.

Pembedahan Bariatrik telah membantu menyelamatkan ramai pesakit dan ramai pesakit dalam dan di luar negara yang datang berjumpa Dr Mustafa untuk mendapatkan nasihat beliau demi kesihatan yang lebih baik.

Dr Mustafa Mohammed Taher Diiktiraf Pakar Bedah Bariatrik Terbaik Di Asia Pacific 2023

Bagi Dr Mustafa misi beliau ialah untuk melihat lebih ramai orang menjalani kehidupan yang sihat dan beliau ingin memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa obesiti merupakan penyakit yang sangat berbahaya jika tidak dirawat namun ia tetap boleh dirawat.

Orang ramai boleh mengikuti Dr Mustafa melalui Instgram beliau www.instagram.com/dr.mustafamt atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Puan Rafeah di talian +60162330678

Post a Comment

0 Comments