PERKHEMAHAN GLAMPING merupakan
satu salah satu tarikan pelancongan yang mula mendapat perhatian ramai kerana
dirasakan lebih selesa dan penuh dengan kelengkapan tersendiri yang begitu unik.
Kebiasaanya, glamping menyediakan kemudahan tambahan seperti set
tilam, kipas, lampu, dan dekorasi dalaman yang menarik sambil membuat aktiviti
meredah kehijauan alam.
Trip kali ini AlongMurni (AM) berpeluang
untuk melihat sendiri konsep dan kreativiti yang cuba diketengahkan oleh setiap
peserta perkhemahan dari komuniti NATUREHIKE OUTDOOR CAMPING MALAYSIA
(NOCM).
NOCM MEGATH 2
DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN
PENUH KEUNIKAN DAN
INSPIRASI KREATIVITI TERSENDIRI
Seramai 300 peserta perkhemahan telah
terlibat dalam MEGA GATHERING kali ke-dua yang diadakan bersempena
sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66. Sebanyak 52 khemah didirikan mengikut
konsep dan kreativiti yang kelihatan begitu unik dan menarik.
Program yang berlangsung selama 3
hari 2 malam merupakan anjuran NOCM MEGATH 2 dengan kerjasama TOURISM
MALAYSIA selain penaja utama CAMPGURU, FELDA RESIDENCE HOT SPRING, PUSAT
PUNGUTAN ZAKAT (PPZ), ECOFLOW, NEW ERA dan OVER MALAYSIA.
Penganjuran program ini turut
mendapat kerjasama TOURISM PERAK. Program ini disempurnakan oleh Encik
Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism
Malaysia. Tujuan program perkhemahan kali ini bertujuan mengumpulkan
peminat-peminat daripada pelbagai jenis khemah dibawah jenama NATUREHIKE.
NOCM MEGATH 2
Sebagai komuniti yang
berkonsepkan kekeluargaan, NOCM MEGATH 2 ini diadakan untuk mengeratkan
hubungan silaturrahim yang mempunyai minat yang sama sambil menyambut Hari
Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.
Antara intipati utama program
adalah malam “Gala Night” yang bertemakan Patriotik beserta pengisian yang
dibawa khas daripada PPZ “Slot Bersama Ustaz Don Daniyal”. AM rasa terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don yang cuba mengetengahkan isu semasa kekeluargaan dan menjentik hati setiap peserta bagi melahirkan keluarga yang harmoni dan rukun.
Disamping itu, program turut
dimeriahkan dengan aktiviti seperti sukaneka kanak-kanak, Aerodance, peraduan
khemah tercantik dan pertandingan pakaian yang mengikut tema Patriotik. Secara peribadi, AM merasakan konsep yang cuba disampaikan sangat berkesan dengan melibatkan kerjasama dan sokongan dari ahli keluarga.
Selain itu, para peserta juga
akan merasai pengalaman berkhemah di dalam kawasan resort yang julung kalinya
diadakan di FELDA RESIDENCE HOT SPRING SUNGKAI, menikmati makan malam
barbeku sambil menyaksikan persembahan “Sapei”serta diakhiri oleh acara
penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
AM merasakan setiap khemah mempunyai keunikan tersendiri. Selain lengkap dengan peralatan untuk memasak dan tempat tidur, aktiviti perkhemahan ini begitu manis untuk dikongsi bersama keluarga dan mengeratkan perhubungan dalam satu komuniti.
PEMENANG KHEMAH TERCANTIK
Konsep perkhemah tercantik dan
unik telah dimenangi oleh:
1. PINKKIE GLAM CAMP (En.
Mohd Yusof dan Puan Rokiah)
2.THE ORIGAMI CAMP (En.Ruzaini
Zainol)
3. IRRENA MIAMIKKAYAD (Puan
NoorIrrena Nordin)
4. AK CAMPZ (En.Azmar
dan Puan Khayrany)
5. EJA X IFTA (Puan
Eja)
Tahniah buat kesemua para peserta NOCM MEGATH 2 kali ini. Dengan hanya perkenalan singkat di alam maya melalui FB Page NATUREHIKE OUTDOORS COMMUNITY MALAYSIA yang mempunyai dalam 15 ribu ahli, MEGA GATHERING kali ke-2 ini nampak memberi impak kepada konsep perkhemahan yang begitu menakjubkan.
0 Comments