Festival Ummah Mega Haflah 2023 Dapat Sambutan

 

Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Festival Ummah Mega Haflah 2023 yang bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam. Festival Ummah Mega Haflah nyata mendapat sokongan penglibatan dari para muslimat dari pelbagai negeri.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

FESTIVAL UMMAH MEGA HAFLAH 2023 

DAPAT SAMBUTAN

“Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) 

Semarak Cahaya Al-quran”

Festival ini dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato’ Haji Rahmat yang merupakan Pengasas #MyInfaqIhsan iaitu penglibatan dalam kerja kerja kebajikan, dan #SweetTalkKeSyurga, penglibatan dalam berdakwah.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Festival Ummah Mega Haflah ini juga menjemput Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,

  • Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022)
  • Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022)
  • Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023),
  • Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022),
  • Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang),
  • Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017),
  • Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
  • Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
  • Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah)
  • Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah.

Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai, dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Bertepatan dengan slogan ‘Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-quran”, festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalan terbaik pendekatan dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarluas pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

KATA ALONGMURNI

Sepanjang program, AM berasa sangat kagum dengan setiap intipati yang disampaikan oleh para Asatizah dengan begitu unik dan banyak memberi pengisian Rohani. Malah program ini juga membenihkan perasaan sayang dan cintakan Nabi Muhammad S.A.W dan mukjizatnya iaitu Al-Quran.

Festival Ummah Mega Haflah 2023

Semoga segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.

 

Post a Comment

0 Comments