Baru-baru ini AlongMurni (AM)
berkesempatan hadir dalam majlis Perasmian Sambutan MAGGI Sah Malaysia yang
dianjurkan oleh MAGGI bagi menzahirkan ‘citarasa’ Malaysia sebenar
menerusi ‘AIR TANGAN’ rakyat Malaysia.

Seramai empat penggemar makanan dengan bangganya mengetengahkan ‘AIR TANGAN’ masing-masing dengan menyediakan hidangan lazat menggunakan pelbagai produk MAGGI.
‘AIR TANGAN’ bukan sahaja
bermaksud hasil masakan yang lazimnya disediakan untuk orang tersayang, ia juga
mencerminkan keprihatinan dan kesungguhan rakyat Malaysia mengeluarkan setiap
produk MAGGI.

Sememangnya MAGGI dihasilkan
oleh rakyat Malaysia, dengan dua kilang pengeluaran di Selangor dan Sarawak,
yang bertekad membawakan citarasa tempatan kepada isi rumah di Malaysia.
MAGGI MENGHARGAI ‘AIR TANGAN’ RAKYAT MALAYSIA
YANG MENCIPTA DAN MENIKMATI SAJIAN CITARASA MALAYSIA
Selama lebih lima dekad, MAGGI
telah mendapat tempat istimewa dalam kehidupan rakyat Malaysia. Sejak 1969,
produk kegemaran ramai seperti Sos Cili dan Mi 2 Minit MAGGI telah menyatu
begitu ramai rakyat Malaysia di rumah, dan menjadi sebahagian penting daripada
detik-detik indah mereka menikmati hidangan yang lazat.
Ikatan istimewa dengan MAGGI telah
menyaksikan jenama ini hadir di 9 daripada setiap 10 isi rumah , sekali gus
membuktikan MAGGI sebagai jenama kegemaran untuk menunjukkan kasih sayang
menerusi ‘AIR TANGAN’ yang disediakan dengan sentuhan peribadi dalam
setiap hidangan.

Antara yang menarik perhatian
ialah gandingan klasik, iaitu Ayam Masak Merah dengan Nasi Tomato yang
disediakan secara kreatif dengan sentuhan yang lebih sihat; dan juga
transformasi sebungkus paket sederhana Mi Asam Laksa MAGGI kegemaran
ramai yang diolah menjadi masakan asli Sabah menggunakan ramuan tempatan, jeruk
tuhau.
“Kami amat berbangga dengan seluruh rakyat Malaysia yang telah membina MAGGI dari generasi ke generasi. Daripada peladang Kelab Cili Nestlé yang bekerja dengan sepenuh hati di kawasan Pantai Timur, kepada cef-cef berbakat, rakan-rakan sekerja yang berusaha gigih di kilang, wakil-wakil jualan, tenaga pekerja promosi produk dan seluruh pasukan komersial kami yang mewakili citarasa terbaik Malaysia, kami amat menghargai jasa anda.
Inilah caranya kami dapat membekalkan produk yang memenuhi jangkaan tinggi rakyat Malaysia secara konsisten, dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang,” kata En Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad.
PENGIKTIRAFAN MAGGI

Sempena sambutan ini, MAGGI
mengiktiraf beberapa rakan sekerja berdedikasi yang telah berusaha gigih di
belakang tabir untuk menyokong jenama kegemaran ramai ini. Antaranya termasuk
penanam cili seperti Noraini binti Ismail, yang sentiasa meningkatkan kemahiran
dengan teknik perladangan baharu sejak 23 tahun lepas.
Manakala untuk memastikan tanah
yang diusahakannya sentiasa subur dan menghasilkan cili bermutu tertinggi untuk
Sos Cili MAGGI, dan Pengurus Jaminan Kualiti Kilang, Mohd Khusaini Bin
Awang, yang sepanjang tempoh 27 tahun lepas telah menjamin kualiti dan
konsistensi citarasa Mi Kari 2 Minit MAGGI yang digemari rakyat
Malaysia. Penghargaan turut diberikan kepada insan-insan lain dengan kisah
penuh inspirasi.
“Kami benar-benar bangga dan bersyukur kerana berpeluang menjadi jenama sebutan ramai di Malaysia. MAGGI telah mencipta banyak kenangan indah dan manis bagi rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, menerusi produk yang memberikan citarasa yang digemari ramai. Citarasa ini menjadi kebanggaan jenama MAGGI kerana ia merupakan ‘AIR TANGAN’ rakyat Malaysia.
Merekalah yang menyediakan sajian dengan penuh kasih sayang dan sentuhan peribadi, yang amat kami hargai. Baik MAGGI Kari telur pecah yang mudah dimasak untuk orang tersayang mahupun Nasi Beriani Ayam untuk majlis kenduri yang menghimpunkan seisi keluarga, semuanya bertujuan mencetus kenangan manis yang dikongsi bersama.
Inilah yang menjadikan MAGGI jenama sebenar Malaysia, yang dibuat oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” tambah Cik. Ivy Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Sepanjang tempoh sambutan ini,
MAGGI menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah ‘AIR TANGAN’ mereka
sendiri dengan hashtag #MAGGIAirTanganKita dan tag @maggi.malaysia. Penyertaan boleh dibuat dalam bentuk gambar atau video yang memaparkan resipi
kegemaran atau detik indah dalam kehidupan mereka melibatkan mana-mana produk MAGGI.


0 Comments