Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Majlis Pelancaran ‘MYSIHATPAL’ anjuran AstraZeneca bertempat di CCEC @ The Vertical, Bangsar South Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut ASTRAZENECA iaitu sebuah syarikat antarabangsa biofarmaseutikal bersama beberapa persatuan terkenal telah melancarkan portal kesihatan digital baharu ‘MYSIHATPAL’. Portal akan ini menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum.
Persatuan perubatan yang
bekerjasama dalam menjayakan portal ‘MYSIHATPAL’ adalah Asthma Malaysia
(AM), Bayi Pramatang Malaysia (BPM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara
Malaysia (BCWA), Yayasan Jantung Kongenital Malaysia (YJKM), Persatuan Endokrin
& Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga
Malaysia (FMSA), Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Persatuan Gastroenterologi dan
Hepatologi Malaysia (MSGH) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

MYSIHATPAL PORTAL KESIHATAN AWAM DIGITAL SEDIA AKSES PERKHIDMATAN KESIHATAN
PORTAL ‘MYSIHATPAL’
‘MYSIHATPAL’ adalah portal
kesihatan yang inovatif serta komprehensif menyediakan akses terus kepada orang
ramai dengan pelbagai perkhidmatan. Bermula daripada maklumat penyakit, kandungan
kesihatan, sambungan kepada penyedia kesihatan bersekutu, hospital swasta,
klinik penjagaan primer, klinik kerajaan hingga kepada perundingan maya dengan
profesional penjagaan kesihatan dan ahli farmasi untuk mendapatkan pandangan
pakar.
Ianya bertujuan bagi memastikan
setiap orang mempunyai peluang yang saksama untuk mencapai tahap kesihatan
tertinggi mereka. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk kemajuan dalam
penjagaan kesihatan, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang antara pesakit
dan profesional penjagaan kesihatan melalui pendigitalan.
Salah satu halangan terbesar
kepada kebolehcapaian penjagaan kesihatan ialah kedekatan pesakit dengan lokasi
fizikal, menjadikannya perlu untuk mewujudkan portal sehenti untuk
menghubungkan orang ramai kepada profesional penjagaan kesihatan untuk
mendapatkan nasihat yang berkaitan.

Portal ‘MYSIHATPAL’ dapat
memenuhi permintaan ini dengan mewujudkan pintu masuk untuk orang ramai
menjangkau pelbagai komuniti yang merangkumi profesional perubatan, masyarakat
dan kemudahan penjagaan kesihatan dalam rangkaian penjagaan kesihatan. Selain
itu, platform ini menyepadukan cadangan rujukan dengan menghubungkan orang
ramai dengan penyedia penjagaan kesihatan bersekutu untuk berunding.
Tidak dinafikan lagi kepentingan
digital dalam perkhidmatan kesihatan. Portal ‘MYSIHATPAL’ juga membantu
meningkatkan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan, di mana masih
terdapat jurang semasa pengesanan awal penyakit pada masa ini, ditambah pula
dengan jarak lokasi di antara pesakit dan fasiliti kesihatan.
Seiring dengan kemajuan yang
semakin pesat dalam bidang digital kesihatan, portal sehenti seperti ‘MYSIHATPAL’
perlu diwujudkan untuk menghubungkan orang ramai dengan petugas kesihatan
supaya mereka berpeluang untuk menjalani konsultasi yang sewajarnya dan pada
waktu yang sepatutnya.
PERIHAL ASTRAZENECA
ASTRAZENECA
(LSE/STO/Nasdaq: AZN) ialah syarikat biofarmaseutikal global yang diterajui
sains dengan memfokus pada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubat
preskripsi dalam bidang Onkologi, Penyakit Jarang Berlaku dan BioFarmaseutikal,
termasuk Kardiovaskular, Renal & Metabolisme, dan Respiratori &
Imunologi. AstraZeneca yang berpangkalan di Cambridge, UK, beroperasi di lebih
100 buah negara dan ubat-ubatan inovatifnya digunakan oleh jutaan pesakit di
seluruh dunia.
| Vinod Narayanan : Presiden AstraZeneca Malaysia |
Bercakap mengenai kerjasama ini, Vinod Narayanan, Presiden AstraZeneca Malaysia berkata, “Di ASTRAZENECA, matlamat kami adalah untuk berganding bahu dengan pihak dari pelbagai industri dengan tujuan yang sama, di dalam usaha menggiatkan kesaksamaan akses digital kesihatan melalui adaptasi teknologi digital di dalam bidang kesihatan di Malaysia.
Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat. Jesteru itu, ianya telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum.”
Di seluruh dunia, pendigitalan dalam penjagaan kesihatan dengan pantas mengubah cara penjagaan kesihatan disampaikan, mewujudkan anjakan paradigma baharu dalam perjalanan pesakit dan akhirnya, meningkatkan penjagaan kesihatan yang lebih baik.”
“Sebagai syarikat antarabangsa biofarmaseutikal, kami berhasrat untuk membantu rakyat Malaysia di dalam menggiatkan transformasi kesihatan dengan membantu menyediakan pelbagai penyelesaian termasuk penyelesaian digital sebagai langkah untuk menyokong keperluan pesakit, disamping memastikan inovasi kesihatan digital di Malaysia terus berkembang.
Melalui portal kesihatan digital seperti ‘MYSIHATPAL’ dapat memberi manfaat kepada orang ramai serta mengambil inisiatif untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit dengan memastikan bahan rujukan peroleh dari sumber yang dipercayai disamping meningkatkan pendedahan kepada fasiliti kesihatan, seterusnya dapat memastikan penjagaan yang lebih optimum,” jelas Vinod.
ASTRAZENECA MEMPERGIATKAN INISIATIF KESAKSAMAAN AKSES DALAM PERKHIDMATAN KESIHATAN MELALUI PORTAL MYSIHATPAL
![]() |
| https://mySihatPal.com.my/ |
Melalui portal ‘MYSIHATPAL’,
ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan kepada orang ramai di mana
penyampaian maklumat berkaitan dengan penyakit adalah dalam konteks yang mudah
difahami dan mudah dipauti. Pesakit juga berpeluang menjalankan penilaian
kendiri mengenai status kesihatan mereka sebelum berhubung dengan petugas
kesihatan melalui direktori dalam talian untuk menerima rawatan susulan dan
sesi konsultasi.
Daya tarikan penting ‘MYSIHATPAL’
adalah ia meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan pesakit, memberikan mereka
maklumat berkaitan penyakit yang dipermudahkan. Melalui portal ini, orang ramai
kini boleh menikmati autonomi yang lebih besar atas kebimbangan kesihatan
mereka sendiri kerana antara muka pengguna direka untuk menyampaikan maklumat
yang boleh difahami dan mudah dinavigasi.
Sama pentingnya, orang ramai juga
boleh menjalankan diagnosis kendiri awal mengenai keadaan mereka menggunakan
alat penilaian penilaian kendiri, sebelum berhubung dengan profesional
penjagaan kesihatan yang berkaitan melalui direktori dalam talian untuk
menerima pendekatan rawatan yang betul.
| Dr. Haji Helmy Haja Mydin : Pengasas Bersama Asthma Malaysia |
Menyentuh tentang kolaborasi ini, Dr. Haji Helmy Haja Mydin iaitu Pengasas Bersama ASTHMA MALAYSIA dan selaku wakil persatuan-persatuan berkata, “ASTHMA MALAYSIA menyokong pembangunan portal kesihatan digital yang komprehensif kerana ianya dapat menyediakan saluran yang boleh dipercayai oleh orang ramai untuk mendapat akses kepada maklumat penjagaan kesihatan dan berhubung terus dengan panel pakar penjagaan kesihatan.
Lebih penting lagi, dengan mempromosikan akses kepada rawatan dan konsultasi, ia mampu mengurangkan jurang masa yang ketara antara permulaan gejala dan rawatan. Pada dasarnya, maklumat komprehensif portal ‘MYSIHATPAL’ akan memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya melalui peningkatan kesedaran tentang aspek kesihatan.”
Selain dari mempertingkatkan
akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan, maklumat kesihatan di dalam
portal ‘MYSIHATPAL’ juga akan dikemaskini secara berkala dengan gabungan
informasi video dan artikel bertulis oleh pakar perubatan.
Portal kesihatan digital ini
memberi banyak manfaat untuk orang ramai, dalam masa yang sama AstraZeneca
ingin terus meluaskan kumpulan rakan kongsi kesihatan sedia ada di ‘MYSIHATPAL’
dengan menjemput rakan kongsi lain yang mempunyai matlamat yang sama untuk
menyertai gabungan itu dan membantu memajukan penjagaan kesihatan yang saksama
di negara ini, dan dapat mengurangkan jurang dalam akses kepada penjagaan
kesihatan.
‘MYSIHATPAL’ kini boleh
dilayari di laman sesawang https://mySihatPal.com.my/.



0 Comments