MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara

 

BERITA MENARIK : MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke-5 menjanjikan lebih dari 50 jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak, haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi.

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023

MALAYSIA HOBBY EXPO akan berlansung selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan Disember 2023 yang juga melibatkan KONSERT “PASSION OF SOUND” pada 2hb Disember 2023. Acara ini disempurnakan bersama penganjur utama SPECTA GROUP VENTURE di MAEPS Serdang sebagai Lokasi Rasmi & Shopee sebagai penaja utama MALAYSIA HOBBY EXPO 2023.

Pengasas MALAYSIA HOBBY EXPO, En Muhammed Fidzri Syafeeq menyatakan kewujudan Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow. Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019.

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara

Acara ini adalah acara yang ke-5 sejak penubuhannya pada 2016 dan bangkit kembali pada tahun ini selepas Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Antara yang menarik adalah acara ini merangkumi pelbagai hobby dan setiap hobby ada di zon-zon yang dikhaskan.

Terdapat beberapa zon yang utama seperti zon “HOBBY BAZAAR”, “HOBBY GROUP”, “VINTAGE BAZAAR”, ZON SUKAN LASAK, ZON HAIWAN PELIHARAAN dan ZON “OUTDOOR” yang juga merangkumi 250 pempamer dalam acara ini. Yuran kemasukkan acara ini adalah serendah RM20.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak bagi 2 hari acara tersebut.

HARGA TIKET

Setiap pembelian tiket MALAYSIA HOBBY EXPO atau Konsert “PASSION OF SOUND” layak untuk cabutan bertuah yang bernilai RM50,000. Antara hadiah yang menarik adalah sebuah kereta MYVI fully convert, 2 biji Motorsikal Yamaha LC V8, TV 55’, Playstation dan 10 unit Jam G-shock.

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara

Penganjuran MALAYSIAN HOBBY EXPO 2023 kali ini adalah dengan penglibatan bersama nama nama besar iaitu MPH, Todak, U Moblie, Gardenia, FITA Hobby Shop dan Decathlon.

Selain itu, ekspo ini juga terlaksana dengan penganjuran bersama Malaysia Cat Groomer Association, Exotic Animal Expo, Seri Bayu Tekala dan Eight Bar. Choii pula adalah “Rakan Merchandise” rasmi acara ini.

KONSERT ‘PASSION OF SOUND’

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara

Expo ini juga mendapat sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan dan juga Rakan Muda untuk menjayakan acara ini. Acara kemuncak yang akan di adakan adalah KONSERT “PASSION OF SOUND” yang menampilkan 5 artist tanah air iaitu Ruffedge, Gerhana SKA Cinta, Insomniacks, Saixe dan Hujan. Konsert mega ini akan berlangsung pada 2 Disember 2023 bermula jam 7 petang sehingga 12 malam.

Tiket pembelian konsert ini akan di jual di platform Shopee & Platform digital bermula pada 21 November. Setiap pembelian tiket juga layak untuk cabutan bertuah. Cabutan ini akan dibuat pada malam tersebut dan hadiah cabutan ini adalah yang teristimewa sempena tahun ke-5 Malaysia Hobby Expo.

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara

“Ini adalah konsert gabungan yang cukup hebat dan harga tiket untuk konsert ini adalah yang termurah di Malaysia dengan artis yang membuat persembahan dan kami memastikan kelainan yang tidak ada di konsert yang lain.”

Konsert “PASSION OF SOUND” ini di taja oleh Elf Bar sebagai penaja utama. Dengan setiap pembelian tiket konsert, pembeli layak menyertai cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti sebuah Kereta BMW, Motorsikal, PS5 & lain-lain hadiah yang menarik.

PERTANDINGAN MINI 4WD TERBESAR

Acara tahun ini juga istimewa dengan penganjuran MINI 4WD MHXCUP2023 yang mana ini adalah pengajuran pertandingan MINI 4WD TERBESAR yang pernah dilakasanakn di Malaysia. Jumlah keseluruhan hadiah bagi pertandingan ini adalah lebih dari RM30,000 dan lebih 300 peserta dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan ramai lagi. Penganjuran ini adalah usahasama antara FITA Hobby Shop dan juga MHX2023 dengan kolaborasi GTMC.

PERTANDINGAN MEMANCING

Sempena ulang tahun ke-5 MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 ada keunikan dengan mengadakan pertandingan memancing pada 3 Disember di tasik Maeps dengan ganjaran bernilai RM50,000 secara keseluruhan untuk pemenang acara memancing.

Pertandingan memancing akan dianjurkan bersama dengan Seri Bayu Tekala & di taja oleh ELF BAR sebagai penaja utama pertandingan memancing ini. 

“Kami sudah mempersiapkan pelbagai platform pemasaran seperti billboard, iklan di radio dengan radio Hot FM sebagai radio rasmi dan juga dari selebriti seperti Fizo Omar, Shuib dan ramai lagi.”.

KATA ALONGMURNI

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 kembali lagi dengan pelbagai jenis hobi dalam satu acara
AM bergambar bersama Kumpulan Ruffedge

Tunggu apalagi?!! Jom sama-sama meriahkan MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 supaya lebih ramai orang terutama kepada generasi muda untuk menikmati hobby secara sihat dan kreatif. Selain itu, expo ini juga menggalakkan generasi muda yang mempunyai minat dalam perniagaan boleh memperkenalkan dan mempamerkan produk mereka semasa acara ini diadakan. 

Jumpa di sana!! 😍😍😍

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023

Lokasi: MAEPS Hall Serdang

Tarikh: 2/12/2023 – 3/12/2023

Masa: 10am – 10pm


Post a Comment

0 Comments